" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, October 10, 2009

umno xrelevan : Ahli umno masuk PKR di Bagan Pinang

Pak Ngah Zainal, bekas ahli UMNO selama 15 tahun menyerahkan 279 borang keahlian PKR kepada YB Azmin dalam satu majlis ceramah di Bagan Pinang malam tadi

SAH 279 ahli umno masuk PKR di Bagan Pinang.

Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO malam ini membawa bersama-sama nya 278 lagi ahli UMNO untuk menyertai PKR. Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada YB Azmin dengan di saksikan oleh TGNA, DSAI, Datuk Kamarul Bahrin, YB Titiwangsa Dr Lo Lo, Bendahari Agung PKR William Leong, Che Gu Bard, Shamsul Azhar dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Upacara penyerahan borang tersebut saksikan oleh kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri sekitar rumah Pak Ngah Zainal untuk mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi PR.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Prof Shahril dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO dan diikuti dengan Dr Lo Lo, Sdra William Leong, calon Pas Bagan Pinang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan DSAI dengan seterusnya menerima borang permohonan keahlian dari Pak Ngah Zainal.

Selepas menerima borang-borang keahlian baru dari Pak Ngah Zainal, DSAI meninggalkan majlis untuk ke satu lagi ceramah di Bt 9 Jln Pantai, iaitu di Bangunan DAP. Selepas DSAI, TGNA pula mengambil tempat dengan pesanan-pesanan nya yang cukup memberi erti buat yang mendengar.

Alhamdullillah, setakat jam 11.15 semasa saya meninggalkan majlis, segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa ada lagi gangguan dari samseng-samseng seperti apa yang berlaku malam tadi semasa ceramah di markaz Ulama'.

para pimpinan Pakatan Rakyat

antara hadirin yang begitu ramai

Dr Lo Lo

calon Pakatan Rakyat - Sdra Zulkifli

Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul

DSAI sedang berucap

Pak Ngah Zainal selepas menyerahkan borang

Pak Ngah memberi sepatah dua kata

TGNA dengan nasihat yang cukup bermakna buat pengundi Bagan Pinang

copymuraisenja:

umno xrelevan : dacing tak guno


Maie den kobarkan..dah beghapo lamo kito dolu dok kono koncing dongan si Pendek tu? Apo kito dapek, ekau sekarang dapek la baju dongan duit, tapi lopeh tu meghano satu kampong kito.

Dulu laie..babi bersepah. Lopeh soghang-soghang tekojol mati. Apo ekau pedulik sobab yang mati tu orang kampong den, bukan oghang ghumah ekau, ekau dok sonang ajo. Apo ekau nak, sumo dapek. Sekarang ni den dah tak bokonan dah lagi dongan muko ekau.

Pot Diksen sekarang ni dah kotor. Bukan bole sebarang ekau menyolam, silap-silap totolan air taik. Gilo ko. Ontah apo-apo dibueknyo. Anak mudo sumo dah jauh dari masjid dan lobih suko lepak kek Terminal One. Lomah boto..

Setiap kali ghayo..bososak-sosak la manusio ngan gajah naik Bukit Putus. Bocampo-campo, ado yang nak poie kojo, nak poie hospita, mano-mano lah, den sikit laie den nak tejunam dalam gaung tu. Apo ekau buto ko tak nampak jalan macam ula kono palu. Dah bepuloh tahun ekau buto ko?

Den tak suko kaki ghasuah. Den tak kigho ekau nak kato langga kod etika ko, apo ko..ekau dah tak layak. Bukan den tak tau ekau dah tobat ko tidak, den tak kigho..tapi yang penting biorlah oghang yang baik-baik, sojuk mato lihat, cakap lomah lombut ajo, den suko.

Dacing dah tak guno botol!..nyampah..poie campak luar tu jang!

copy sujudterakhir

umno xrelevan : Pandangan bekas Mufti Perlis, Tok Guru Nik Aziz selari



Dalam kolum tetapnya di sebuah akhbar mingguan, Ahad (4 Oktober) lalu, bekas M
ufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) menulis tentang ‘Islam tulen dan Umno’. Sepertimana lazimnya tulisan beliau sangat berterus-terang, tanpa kecenderungan ‘takut atau meraikan’ mana-mana pihak.

“Saya terlebih (dahulu?) akui bahawa saya bukan ‘ahli politik’ untuk menghuraikan masalah Umno. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam Umno,” demikian beliau memulakan coretannya.


Penghuraiannya kali ini adalah reaksi terhadap dambaan ramai tokoh Umno yang bertanyakan pendapatnya akan cara memulihkan parti itu. Tanpa selindung Dr Maza terus menerjah Umno dengan persoalan Islam.


Beliau meletakkan asas jelas bagi Umno bahawa jika parti itu mahu masyarakat Melayu terus menerimanya, Umno mestilah menjaga dan mendokong dengan baik Islam sebagai nadi hidup mereka.


“Justeru itu, jawaban saya mudah sahaja: Umno! Kembalilah kepada Islam tulen! Umno mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif,” ujarnya.


Saranan itu tidak terhenti setakat itu. Ia diperjelaskan menerusi penghuraian panjang lebar. Dr Maza sempat melontarkan beberapa soalan panas yang sayugia direnung Umno.


Di ketika lain, beliau menyuarakan pemerhatian peribadinya yang agak keras mengenai letak duduk Umno dan Islam. Katanya, beliau menemui ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, tetapi kebanyakan mereka tidak memilih Umno.


“Secara jujur, akuilah iklim dan suasana Islamik tidak cukup kuat dalam Umno untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat,” tegasnya.


“Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘Anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi Muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam Umno’?”, terjah Dr Maza lagi.


Beliau mengakui agak sukar menemui ungkapan sebegitu. Jika ada pun, katanya, ia mungkin kes terpencil.


Lantaran itu beliau menyarankan agar Umno jujur terhadap Islam, zahir dan batin. Umno perlu ikhlas terhadap kerja Islam sehingga gerak kerja pendokongnya terhadap parti layak dianggap ibadah. Dengan itu, jika pun Umno tidak menang pilihan raya, parti itu yakin boleh menang pahala.


Dr Maza turut menyebut buat masa ini imej Umno sering dikaitkan sebagai kurang Islamik dan para pemimpinnya dikatakan kurang kefahaman Islam.


Sementara beliau menyarankan Umno memperbetulkan imej itu, bagi kita pula apa yang beliau luahkan itu, itulah juga sebenarnya punca utama pertembungan antara PAS dan Umno sejak berdekad lamanya. Pertelagahan tradisi antara dua parti utama orang Melayu itu sebenarnya bertitik tolak soal akidah, mengenai batas iman dan kufur serta perbezaan pegangan mengenai persoalan Islam dan politik.


Letak duduk Umno dari perspektif Islam tulen sepertimana diterjah Dr Maza itulah yang cuba diterangkan para pemimpin PAS. Malangnya para pemimpin Umno terlalu angkuh dan ego untuk menerima atau cuba memahami hakikatnya.


Suratan atau kebetulan, Ahad lalu juga, di sebelah malamnya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengulas perkara sama, iaitu ‘Islam tulen dan Umno’. Dalam ceramahnya bersempena perasmian bangunan baru PASTI Al-Khairiah, di Alur Keladi, Besut, Menteri Besar Kelantan itu mengulang sebut dua soalan asas yang menyebabkan beliau menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno.


“Ambo (saya) tanya dua soalan (kepada pemimpin Umno). Pertama, pasal apa Umno tolak Islam, Umno tak nak kepada (pelaksanaan dan dasar perjuangan) Islam ? Yang kedua, sebab apa Umno lawan PAS?”, jelas Tok Guru.


Beliau merujuk kepada isi utama surat peribadi beliau kepada pemimpin tertinggi Umno beberapa bulan lalu. Ketika itu isu Tok Guru melabelkan Umno sebagai sesat sedang hangat dibual bicara. Tok Guru mengaitkan penyelewengan Umno kerana parti itu menolak Islam sebagai dasar perjuangan dan mengambil nasionalisme sebagai ganti.


Malam itu pula Tok Guru mengibaratkan manusia yang menghuni dunia ini umpama pelajar yang menghuni asrama sekolah. Sebagaimana pelajar yang diberikan segala kelengkapan dan keperluan agar belajar bersungguh dan berjaya dalam pelajaran, manusia yang dijagai Allah dengan segala keperluan di dunia ini juga ada tujuannya, iaitu untuk mengabdi diri kepadaNya.


Tok Guru turut membangkitkan soal dosa dan pahala bagi setiap perbuatan manusia. Sepertimana harapan Dr Maza agar apabila Umno betul dengan kehendak Islam, maka gerak kerjanya menjadi ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah, penerangan Tok Guru malam itu turut menjurus ke arah pertanyaan sama. Apakah beroleh pahala gerak kerja sebuah parti yang tidak berdasarkan Islam? Jika tidak mendapat pahala, bagaimana mungkin pendokongnya akan masuk syurga?


Secara jujur soalan-soalan tadi elok diulang tanya kepada Umno. Persoalan sebegitulah sebenarnya yang menunjangi persengketaan tidak berkesudahan antara PAS dan parti itu. Meski pun berbeza pendekatan, terjahan Dr Maza dan hujahan Tok Guru terhadap Umno adalah sealiran.


sumber detikdaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111