" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, October 14, 2009

umno xrelevan : Mesti adil pada semua tentera

AMAT bertuah warga tentera yang menetap di sekitar Port Dickson apabila berlakunya pilihanraya kecil di Dun Bagan Pinang baru-baru ini. Mereka telah dikunjungi oleh menteri-menteri yang sebelum ini tidak pernah menjenguk mereka. Bagaikan kanak-kanak, warga tentera ini diberi umpan `gula-gula' dan tidak hairanlah ada yang termakan umpan tersebut. Ada segelintir yang punyai akal untuk berfikir menolak bekas perasuah dan memilih calon yang berakhlak. Tetapi lebih ramai yang mahukan Padang Futsal, Kolam Renang dan kemudahan wifi termasuk segelintir yang bergelar ustaz askar.

Maka, menanglah Bn di Bagan Pinang dan mulai saat itu warga tentera di sana mulalah berangan untuk berenang di kolam renang, bermain futsal di padang futsal yang baru serta ada yang telah membeli komputer walaupun secara berhutang kerana tidak lama lagi seluruh kem di sini akan menikmati kemudahan wifi. Persoalannya, adakah janji-janji itu akan dipenuhi dan jika benar bila warga tentera ini akan dapat menikmatinya? Setelah mereka pencen atau setelah mereka tidak lagi bertugas di situ? Bila pula agaknya bandar (betul ke taraf bandar?) Port Dickson akan menjadi `Bandar Tentera Darat' walaupun berada di tepi lautan?

Tidak kira bila janji-janji ini akan ditunaikan, yang pasti tokeh-tokeh komputer termasuk kedai Perwira Niaga Malayasia (PERNAMA) tempat tentera hendak berhutang akan melebar senyum mereka. Tokeh-tokeh kedai sukan pun mulalah menyediakan stok seluar renang dan seluar serta kasut futsal yang banyak selepas ini. Inilah berkatnya bila Pembangkang berhadapan dengan Bn. Percayalah, jika Pembangkang tidak sertai pilihanraya kecil ini berani kita kerat jari bahawa Port Dickson tidak akan diumumkan menjadi `Bandar Tentera Darat' dan usah haraplah warga tentera hendak memiliki Padang Futsal yang baru, kolam renang atau perkhidmatan wifi. Kirim salam ye skot.

Kita lihat sendiri kem tentera di Kuantan yang menempatkan jumlah tentera darat dan udara yang begitu ramai serta menjadi tempat Najib `bergantung nyawa' di dalam pilihanraya umum yang lepas. Ada ke kolam renang, padang futsal dan perkhidmatan wifi? Sekali lagi kirim salam ye skot. Mengapa? Sebab tiada pilihanraya kecil di situ. Begitu juga di mana-mana kem seluruh Malaysia tiada yang mendapat keistimewaan seperti yang diperolehi oleh kem di Port Dickson. Jika mahu, berdoalah agar diadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut dan Pembangkang masuk bertanding. Pasti mereka akan dapat.

Jika sudah ada Bandar Tentera Darat, mana pula Bandar Tentera Laut dan Udara? Tentu TLDM dan TUDM terasa hati. Tetapi mereka perlu bersabar kerana kawasan kem mereka belum ada pilihanraya kecil lagi. Tunggulah ye skot. Kalau Bandar Tentera Darat berada di tepi laut, mungkin Bandar Tentera Laut pula akan berada di tengah darat. Bandar Tentera Udara mungkin di atas gunung gamaknya. Begitulah hebatnya Bn mentadbir pembangunan negara mengikut musim pilihanraya semata-mata.

Adalah wajar dan adil jika semua kem penempatan tentera memohon kepada Menteri Pertahanan untuk mendapatkan apa yang diperolehi oleh warga tentera di Port Dickson. Jika untuk berlaku adil kepada warga tentera pun sukar, bagaimana untuk berlaku adil kepada rakyat keseluruhannya? Apakah tentera ini hanya alat untuk dipergunakan sahaja? Jika benar, mengapa sanggup warga tentera menjual maruah diri semurah itu? Rakyat percaya tentera mempunyai semangat jati diri yang kuat tetapi apa yang berlaku di Port Dickson membuatkan rakyat berfikir dua tiga kali untuk menyatakan tentera itu berani dan gagah serta setia bersama rakyat.

Apa pun, tahniah kepada 600 orang tentera yang mengundi Pas baru-baru ini. Sekiranya berlaku situasi perang di negara ini, ini lah jumlah yang boleh diharapkan untuk mempertahankan ugama, bangsa dan negara. Manakala yang lainnya mungkin boleh mewakili negara ke pertandingan futsal atau renang setahun dua nanti. Jangan mati beragan sudahlah.

copy detikdaily:

umno xrelevan : Pemimpin Tertentu PAS Patut Muhasabah Dan Berundur

Itulah masa PRU-12 dulu Allah bagi kemenangan untuk menguji pemimpin dan penyokong PAS adakah mereka masih lagi komited dengan Islam dan memerangi segala bentuk penyelewengan dan dosa-dosa yang diperjuangkan oleh UMNO. Tapi ternyata dah menang sikit, sudah hanyut dibawa arus. Dari luaran sentiasa berzikir, memegang tasbih, memakai jubah, serban/kopiah, tapi di dalam, perpaduan Melayu menjadi agenda - satu perkara yang tak pernah diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Menang sikit sibuk berebut ''ghanimah''. Kerusi Ahli Majlis Perbandaran, Ketua JKKK, dan seumpamanya menjadi igauan. Pemimpin pula leka dengan kerusi empuk pimpinan. Baju pula sudah berbatik-batik. Jika dulu, bertemu penyokong, bersalaman dan berpelukan sudah menjadi perkara biasa. Mengimamkan solat, makan sama-sama, bermalam di markas, makanan dalam polisterin, melawat ahli akar umbi - sekarang mana perginya semua itu? Lebih rela sewa hotel 5 bintang di Bagan Pinang baru-baru ini.

Isu hangat yang timbul dan melibatkan PAS seperti Selcat, isu kuil di Shah Alam, mana dia pimpinan tertinggi PAS bersuara? Dan membiarkan Hassan Ali membuat sesuka hati. Penyokong bukan Islam sudah ada yang tawar hati dengan PAS. Ketelusan dan integriti bukan lagi fokus utama, sebaliknya membela melayu yang korup menjadi agenda. Pimpinan tertinggi langsung tak menegur perbuatan sesetengah pesuruhjaya yang bertindak di luar batasan. Kesannya pengundi-pengundi tidak berapa yakin dengan PAS. Seolah-olah sokongan kaum bukan Islam bukan menjadi perkara penting. Kalau nak Islam memerintah, sesuaikanlah dengan suasana Malaysia! Strategi, bukannya asyik membuncitkan perut.

Nak sangat berbaik dengan UMNO, sampaikan perwakilan parti jadi membodohkan diri nak pertahankan kepimpinan ulamak konon. PAS boleh lagi ke kawal masjid, pantau Majlis Agama Islam, kawal aktiviti arak, judi, dan lain-lain kalau dengan UMNO?


Nota :

Pemimpin veteran yang menjadi liabiliti kepada parti patut disuruh berundur atau disingkirkan. Sekarang geng dari Terengganu mempunyai pengaruh yang besar di dalam parti. Masing-masing sibuk nak mengenyangkan perut. Agenda Islam ditukar dengan agenda Melayu. Perangai pun sudah jadi macam UMNO. Ada sesiapa masih ingat bagaimana artikel dari Tuan Guru Nik Aziz ditarik balik dari Harakah gara-gara beliau menegur Pesuruhjaya PAS Terengganu pada ketika itu? Ingat lagi tentang peratusan undi yang diperolehi Husam Musa sehari sebelum keputusan pertandingan Timbalan Presiden diumumkan? Peratusan menjadi berkurangan, dan Nasha menang pertandingan itu. Siapa punya kerja ni?? Parasit serta virus inilah yang perlu dibuang dengan menggunakan antivirus yang paling berkesan.

copy reformisjalanan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111