" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 20, 2009

e-sihat: Sedap tapi memberi kesan...

Siapa tak kenal Tongkat Ali? Tongkat Ali adalah minuman yang popular pada waktu ini. Dahulu semua tak tau macam mana rasenya tongkat ali. Tetapi setelah di komersialkan ianya menjadi minuman kegemaran ramai. Di mana-mana kita akan jumpa minuman tongkat ali. Sampaikan kat vending machine pun ada tongkat ali.

Ada yang menjadikan tongkat ali sebagai minuman harian. Minuman rutin. Segalanya mesti dengan tongkat ali. Tetapi ader pelbagai cerita aku dengar mengenai keburukan mengamalkan minuman tongkat ali. Cerita pertama adalah dari saudara aku sendiri. Dua tahun lepas Tongkat Ali adalah minuman utamanya setiap masa. Dari pagi, Petang sampai ke malam mesti kena tongkat ali. Kalau berjalan pun mencari tongkat ali. Baik secawan tongkat ali ataupun tongkat ali di dalam tin.

Minggu lepas aku jumpa dengan dia. Seperti biasa lepak minum dia mesti order tongkat ali. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku pun pelik. Kenapa dia tak minum tongkat ali lagi. Rupa-rupanya, semasa dia mengamalkan minuman tongkat ali, kepala sering terasa pening. Pergi cek dengan doktor, dia ada darah tinggi. Doktor menasihatkan agar dia tidak mengamalkan minuman tongkat ali. Sekarang dia tidak mengamalkan lagi minuman tongkat ali. Apa keputusannya? Segala sakit pening semuanya hilang. Darah tinggi pun dah berkurangan.

Cerita kedua, datangnya dari member aku sendiri. Dia di masukkan ke hospital kerana buah pinggangya tidak berfungsi dengan baik. Sebelah daripada buah pinggangnya tidak berfungsi dengan normal. Dia sering sakit-sakit kepala yang kronik dan sakit belakang. Sehinggakan kecing berdarah. Bila doktor tanya, bagaimana pemakanan harian dia. Dia makan seperti biasa sahaja. Doktor tanya lagi, adakah dia minum tongkat ali? Dia menjawab, tongkat ali adalah minuman rutin hariannya. Dia mengamalkannya sejak 2 tahun lalu. Nasihat yang sama dari doktor seperti cerita pertama, kurangkan dan jangan amalkan minuman tongkat ali setiap masa.

Doktor juga menerangkan, sebenarnya tongkat ali tidak elok di buat minuman rutin harian. Ia sebenarnya minuman untuk ubat-ubatan seperti orang dulu-dulu lakukan. Dia juga tidak menggalakkan pengambilan minuman tongkat ali secara berterusan. Bukan tak boleh minum, tetapi tidak kerap. Sekali sekala itu di benarkan. Jadi di sebalik kesedapan tongakt ali yang mampu memberikan tenaga, ada juga kelemahannya dan ianya tidak elok untuk kesihatan kita. Jadi timbang-timbang dan fikir-fikirkanlah.

http://shaffik.com/2009/04/28/tongkat-ali-sedap-tapi-memberi-kesan/

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Ahmad Lutfi Othman

PENDAPAT

AMALAN rasuah dan Umno memang sudah sinonim, melekat kuat, dan sukar untuk dicerai-tanggal. Bagaimanapun ada pihak melihat bahawa rasuah - kegiatan jenayah yang paling sukar dibuktikan itu - jugalah yang menyebabkan Umno berkembang dan sehingga kini masih berkuasa walaupun digugat hebat dalam pilihan raya Mac 2008.

Melalui rasuah, aktiviti Umno dapat digerakkan secara lebih aktif, terutama untuk 'menggula-gulakan' rakyat, di samping memastikan jentera propaganda parti berjalan licin!

Rasuah yang dimaksudkan bukan sekadar politik wang atau membeli undi semasa pemilihan kepimpinan Umno, seperti yang dihebohkan pemimpin parti berkenaan. Ia meliputi gerak kerja lebih meluas, khususnya dalam setiap kali kempen pilihan raya, tidak kira pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Hal ini jarang, atau lebih tepat, tidak pernah dibangkitkan pemimpin dan ahli Umno. Yang sering didebatkan hanyalah politik wang semasa memilih barisan kepimpinan parti.

Dana politik

Sedangkan amalan rasuah semasa pilihan raya, seperti ditunjukkan di Bagan Pinang dan mana-mana jua pilihana raya sebelum ini, adalah lebih serius, kotor dan memberikan kesan cukup buruk kepada negara.

Kos projek meningkat berkali ganda bagi menampung "dana politik", malah kualiti diabaikan untuk menjimatkan perbelanjaan. Natijahnya, banyak bangunan runtuh di sana-sini!

Melalui perhimpunan agungnya baru-baru ini, perlembagaan Umno dipinda bagi membolehkan lebih ramai perwakilan akar umbi dapat menentukan barisan kepimpinan parti, kononnya dengan itu meminimumkan amalan rasuah yang sudahpun membarah.

Umno-BN yang hampir tumbang dan hilang kuasa dalam pilihan raya ke-12 seolah-olah nampak serik dan bersedia mengambil tindakan drastik bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadapnya.

Memang kepada Umno, kuasa adalah segala-galanya. Tanpa bergayut dengan kuasa, Umno sudah lama rebah. Dr Mahathir Mohamad sering mengingatkan apa gunanya menjadi pemimpin kepada parti yang tidak berkuasa lagi.

Jatuhnya Umno di Selangor, Perak dan Kedah (juga Pulau Pinang) pada 8 Mac 2008 cukup memeritkan. Apa juga usaha, termasuk taktik jahat, direncanakan bagi merampas semula negeri-negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat. Bertubi-tubi dilancarkan serangan.

Akhirnya Perak dapat direbut semula, Kedah pula digoncang hebat dan Selangor tidak henti-henti digugat. Siapa percaya tiga Adun Pakatan di Perak dan seorang di Kedah mengkhianati perjuangan tanpa sebarang sogokan atau rasuah?

Aneh,parti yang cakap berdegar-degar mahu membanteras rasuah secara sedar dan proaktif membelit dan menyelimuti diri mereka dengan korupsi dan salahguna kuasa.

Ajar cukup-cukup

Umno sebenarnya belum "diajar cukup-cukup" sehingga lumpuh tempat pergantungan dengan sumberkuasa dan punca ekonomi. Pada pilihan raya 1999, Umno mendapat tamparan cukup dahsyat. Pengundi Melayu secara terbuka mempamerkan aksi protes, didahului siri demonstrasi disekitar Kuala Lumpur.

Namun, Umno masih berkuku di luar Kelantan dan Terengganu serta terus ghairah membolot khazanah kekayaan negara. Pelbagai langkah perubahan dilakukan.

Bagaimanapun, apabila menang besar pada 2004, belang Umno muncul kembali, malah ia menjadi lebih angkuh, sombong dan lupa diri.

Tsunami politik Mac 2008 memang memedihkan Umno-BN. Lima negeri hilang, antaranya negeri paling maju. Majoriti dua pertiga di Parlimen dinafikan. Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur awal. Perubahan menjadi istilah popular di zaman Najib. Akta-akta menekan dan mengongkong seperti ISA pun khabarnya mahu dipinda.

Umno berhasrat untuk dilihat dekat dengan nurani dan degup jantung rakyat. Semuanya - hanya dengan satu tujuan - untuk mengembalikan sokongan yang telah hilang.

Berdepan masyarakat bukan Melayu, Umno bagai tidak percaya lagi dengan MIC dan MCA, ia mahu berbicara langsung dengan mereka, tanpa melalui parti-parti komponen itu.

Di Bagan Pinang Umno mendapat suntikan semangat baru. Walaupun ia hanya mempertahankan kerusi tradisi - bukan merampas kubu lawan, seperti dilakukan PAS di Kuala Terengganu - namun sudah cukup untuknya berpesta.

Najib Razak sendiri akui kemenangan Isa Samad itu menceriakan suasana perhimpunan Umno dan memudahkan pindaan perlembagaan diluluskan. Mungkin bagi Najib, pengundi masih boleh dikelirukan dengan satu dua azimat palsu.

Perasuah disanjung

Ironinya, ketika Umno mahu memerangi rasuah, tiba-tiba sang perasuah pula disanjung sebagai hero. "Hipokrasi Umno untuk banteras rasuah terdedah. Segala yang dibuat hanya untuk mengelabui rakyat sedangkan perangai Umno tetap macam dulu," kata seorang pemerhati politik.

"Selagi Umno tidak ditumpaskan sepenuhnya, dan merempat sebagai pembangkang di seluruh negara,maka ia tidak akan berubah, percayalah. Usah disambung hayatnya sebagai parti pemerintah jika kita mahu melihat Umno benar-benar berubah!" tambahnya.

Tentunya kepada rakyat, jika Pakatan dan BN berlumba-lumba menjaga kepentingan dan kebajikan mereka, ia menguntungkan semua. Soalnya, untuk kali ke berapa peluang harus diberikan buat Umno-BN?

Ruang 2004-2008 dibazirkan begitu sahaja; tiada perubahan yang menguntungkan rakyat dilaksanakan selain penciptaan slogan demi slogan. Kini Umno merayu kembali agar ia tidak direntap dari puncak kuasa, dengan turut menjanjikan deretan perubahan.

Pengundi pastinya lebih matang menilai. Sambil mengharapkan Pakatan mengotakan janji dan menambah-baik sistem penyampaian di empat negeri, rakyat mahu melihat segala teguran yang disampaikan, misalnya melalui keputusan Bagan Pinang, dipandang berat.

Jangan mengulangi tabiat buruk Umno-BN yang sentiasa dalam keadaan "menafikan". Seperti BN, Pakatan juga dinilai dari dekat dengan kacamata kritikal. Bukankah selama ini yang membentuk dan menyemai sikap kritis rakyat adalah Pakatan sendiri? Pedang yang menusuk musuh, ia juga boleh menikam diri sendiri.

umno xrelevan : Kehilangan diesel RM1.2 juta dibongkar

Dzulfikar Mashoor

PULAU PINANG, 19 Sept: Beberapa pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mendakwa terdapat beberapa kes rasuah yang melibatkan ahli lembaga pengarah di pelabuhan itu.

Kes rasuah tersebut termasuk penggelapan bahan api diesel di SBU Marine Penang Port Sdn. Bhd. Menurut pekerja yang enggan identitinya diketahui umum itu, dianggarkan kehilangan diesel tersebut bernilai antara RM1.2 juta sehingga RM1.8 juta.

Tetapi, menurut laporan bertulis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 Jun lalu, anggaran minima penyelewengan itu adalah RM1.2 juta sahaja. Ujarnya lagi, kes tersebut turut dilaporkan pada Ketua Audit Dalaman majikannya, tetapi sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat kepada pihak yang terbabit.

Beliau yang kecewa dengan sikap sambil lewa SPRM dan majikannya, meminta Harakahdaily bertanya sendiri kepada Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar berhubung penggelapan diesel tersebut.

Image(Gambar:Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar):

Tambahnya lagi, Ahmad juga boleh menjelaskan konspirasi rasuah antara beberapa ahli lembaga pengurusan PPSB dan pengantara yang membekal minyak kepada PPSB, iaitu Koperasi Tanjong Sdn. Bhd.

Dakwanya lagi, jika kes tersebut dibongkarkan, sekaligus mendedahkan wajah sebenar pemimpin Umno negeri, khususnya Umno Bahagian Tanjong; iaitu pemain utama dalam Koperasi Tanjong Sdn. Bhd.

Ditanya sebab musabab mengapa juruteknik dari Unit Hydrografi PPSB terbabit enggan mendedahkan identitinya, pekerja itu berkata, belum sampai waktunya untuk berbuat demikian.

Alasannya, masih terdapat beberapa pendedahan lain kelak, termasuk penindasan profesional ke atas beberapa pasukan juruteknik PPSB disebabkan pekerja-pekerja terbabit enggan bersekongkol dengan amalan salah guna kuasa tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bulan lepas mendakwa PPSB mengalami kerugian, berdasarkan angka kejatuhan trafik kontena sebanyak 24 peratus pada suku kedua tahun ini.

Tetapi, Guan Eng tidak pula menjelaskan angka kejatuhan tersebut ada kaitannya dengan penyelewengan kuasa atau rasuah yang melibatkan PPSB sendiri. Membalas kenyataan tersebut, Ahmad menegaskan bahawa Guan Eng tidak ada hak mempertikai pengurusan PPSB.

"Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa bagi bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak pelabuhan Pulau Pinang," tegas Ahmad, sebagaimana memetik dari blog sharpshooter, http://sharpshooterblogger.blogspot.com.

Sebaliknya, Ahmad menjangkakan trafik kontena akan meningkat 12 peratus pada suku tahun ketiga tahun ini. Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat sehingga 3.79 juta TEU dari 3.44 juta TEU pada tempoh tersebut.

Namun, trafik kontena di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, iaitu lebih kecil angkanya berbanding trafik kontena di Pelabuhan Johor pada suku tahun pertama tahun ini.

Sekiranya segala dakwaan tersebut benar-benar berlaku, ianya menjadi satu lagi sejarah kegelitaan integriti negara selepas kes rasuah dan penyelewengan kuasa di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sehingga kini masih belum selesai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111