" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, November 12, 2009

xnak umno : Pemuda PAS dan Dr. Aziz Bari adakan pertemuan susulan

Sumber:
Kuala Lumpur, 11 Nov
: Selepas para exconya mengasak Profesor Dr Aziz Bari dalam seminar memperkasakan parti Sabtu, 7 November lepas, pimpinan Dewan Pemuda PAS dan Aziz beramah mesra pula hari ini.

Pertemuan susulan Pemuda PAS dengan tokoh akademik ini pada hari ini, menunjukkan keterbukaan sayap PAS dan Aziz menerima kritikan dan pandangan pelbagai pihak.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, pertemuan tersebut juga sebagai peluang kepada Pemuda PAS menilai keberkesanan gerak kerja mereka disamping mengambil input positif dan berguna bagi lebih memperkemaskannya.

"Ini menunjukkan sikap keterbukaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mendengar pandangan serta kritikan dan mengambil input-input positif dan berguna daripada semua pihak termasuk tokoh akademik," katanya pada sidang media selepas pertemuan tersebut.

Pertemuan khas hampir dua jam itu berlangsung secara tertutup di pejabat DPP bangunan PAS Jalan Raja Laut dan turut disertai beberapa Ahli jawatankuasa harian Pemuda PAS.

"Kami Pemuda PAS mengambil sikap menghormati kritikan dan pandangan itu dan wajar kita mendengar dan mendapatkan asas-asas kritikan dan teguran yang dilemparkan kepada PAS," ujarnya lagi.

Meskipun mengakui kritikan Dr. Abdul Aziz terhadap PAS sangat keras, namun Nasaruddin yakin tindakan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu bertujuan melihat PAS terus teguh dipersada politik negara.

"Saya menghargai kesudian dan kesungguhan Prof. Aziz Bari ini untuk memberi pandangan dan idea.

"Walaupun beliau bukan daripada orang dalam parti, tetapi melihat parti ini perlu bergerak aktif dan melakukan perubahan positif, " katanya lagi.

Beliau juga turut mengakui ada sesetengah pandangan Dr. Abdul Aziz tidak dipersetujui DPP namun mereka mengambil sikap terbuka dan masing-masing saling menghormati perbezaan tersebut.

"(Perbezaan) itu tidak lah besar sangat, lebih kepada persepsi.

"Beliau ahli akademik membuat persepsi dari luar sedangkan kami dalam parti mempunyai pemerhatian sendiri.... apa yang penting kita tetap menghormati tulisan beliau," katanya.

xnak umno : Mengerjakan Ibadah Korban Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." - Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

"Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban." – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ
Maksudnya:
"Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:


كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ
Maksudnya:
"Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan." – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى
Maksudnya:
"Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Maksudnya:
"Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

"Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain." – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

"Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

Maksudnya:
"Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.

5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ
Maksudnya:
"Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

Sebagaimana yang telah kita maklum solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada solat 1000 kali di masjid lain selain Masjidil Haram. Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah s.a.w. tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla. Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

“Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya.”
Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بِالْمُصَلَّى

Maksudnya:
"Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:

فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا
Maksudnya:
"Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu)." - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika melaksnakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha. Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut.

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepada-NYA dengan mengikuti sunnah Nabi-NYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid'ah.

xnak umno : MSO spin berita dan kaitkan Husam dengan Unity Government. Itu semua hanya pembohongan MSO !!!

oleh ali :
Sumber

Salam kepada semua. MSO seperti yang anda kesemua ketahui cukup berbulu dengan Husam Musa. Penulis tidak pasti apa sebab MSO berbulu dengan Husam. Samada tidak puas hati dengan projek kambing jamnapari atau memang MSO benar-benar diupah ??? Masa sahaja akan menentukan. Mari kita lihat laporan MSO pada 30 Oktober 2009 di blog peribadi beliau.

Cadangan ini bagi saya satu cadangan yang baik dan menunjukkan kegeligaan otak beliau. Inilah yang saya kata dulu bahawa si baju petak-petak merah ini seorang yang bijak dan berpandangan
jauh. Sebab itu saya telah gila-gila berusaha untuk mengusungnya ke Kelantan pada tahun 2004 sebagai persiapan untuk menjadi Menteri Besar bagi mengganti Nik Aziz. Saya sudah dapat membaca kelebihan dan kehebatan yang ada kepadanya dan jarang dimiliki pemimpin pelapis lain di Kelantan.

Cadangan yang beliau kemukakan itu membuktikan kepelbagaian beliau dalam menyelesaikan masalah politik. Ia juga menunjukkan keberaniannya. Dalam saat orang membuang kerjasama dengan Umno tetapi beliau boleh tampil membuat cadangan itu. Pada saya inilah keberanian yang harus ada kepada mana-mana pemimpin. Sifat-sifat yang dimilikinya inilah mewajarkan beliau menjadi pemimpin. Seorang pemimpin itu harus senantiasa ada pemikiran dan idea-idea baru yang progresif dan dinamik.

Sebenarnya, apa yang dicadangkan beliau itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan dulu. Kalau cadangan Husam itu bukan bermakna Pas bekerjasama dengan Umno, maka begitulah juga rupa dan bentuknya UG dulu.


Ok. Kita lihat apa maksud sebenar Husam Musa.

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menjelaskan berita mengenai Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco seperti disiarkan Siasah sebelum ini ada sedikit kekeliruan.Katanya, apa yang dimaksudkan ada peluang tersebut apabila mereka meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

“Ini yang saya maksudkan biar pun perkataan itu tidak disebut semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dun baru-baru ini.“Ekoran itu menyebabkan beberapa penulis blog mengulas lanjut isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan ramai apabila cuba dikaitkan pula dengan unity government,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar oposisi berkenaan melaporkan Husam sebagai berkata, tiga Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco kerajaan negeri.

Anda semua nampak ?? Husam hanya menawarkan jawatan timbalan Exco jika adun berkenaaan meninggalkan UMNO lalu menyertai PAS. MSO pula kaitkan penawaran jawatan itu oleh Husam sebagai sebahagian dari projek Unity Government. Habis antara Husam dan MSO, siapa yang betul ?? Penulis pulangkan kepada publik untuk menilai.

xnak umno : Hassan Ali oh Hassan Ali..

Sumber
Exco hal-ehwal Islam Selangor mempertahankan prosedur pentauliahan kepada penceramah agama di negeri itu kerana ia dapat memastikan latar belakangnya dan mengelak ajaran sesat.

Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak melihat keperluan meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor berhubung pentauliahan yang kini menjadi kontroversi susulan penangkapan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, awal bulan ini.

Beliau ditanya mengenai perkara ini berikutan usul tergempar yang dibawa oleh ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib ketika persidangan DUN pagi ini.

Wakil PAS itu mencadangkan usul berkenaan untuk membincangkan isu penahanan bekas mufti Perlis itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 1 November lalu.

Bercakap kepada media selepas sidang DUN hari ini, Dr Hasan menjelaskan prosedur pentauliahan itu diamalkan bukanlah untuk menyekat mana-mana pihak daripada mengajar agama di negeri itu.

"Orang yang berikan khutbah dan apa juga pengajaran agama di negeri Selangor itu tidak kira latar belakang apa pun, eloklah diketahui siapa dia, latar belakang dia, apa yang nak diajar, rekod-rekod yang lepas, bukan itu bagus? Bukan kita nak menyekat," katanya.

Tambahnya, beliau tidak fikir Jais berniat menggunakan isu pentauliahan semata-mata untuk menyekat Dr Mohd Asri daripada memberikan ceramah di negeri itu.

"Saya tak fikir ada mana-mana pentadbir Jais yang ingin menyekat (Dr Mohd Asri) tapi hanya untuk kerajaan berhati-hati sebab ada yang lepas-lepas terutama yang di luar yang dikatakan ajaran-ajaran itu meragukan dan sebagainya, itu yang kita takut," katanya.

"Dalam musim ajaran-ajaran sesat yang berlaku ini, kita pun takut mereka menyeludup melalui cara-cara seperti memberikan ceramah secara terbuka dan sebagainya."

Dr Hasan turut mempertahankan tindakan Jais menggunakan khidmat anggota polis ketika menahan Dr Mohd Asri di sebuah banglo di Hulu Kelang menjelang tengah malam hujung minggu itu.

"Saya rasa peruntukan (enakmen Islam) sangat adil, tapi mungkin ada pihak yang masih tidak puas hati dan kata 'saya berpengalaman, tidak perlu tauliah' dan sebagainya," katanya.

Beliau menjelaskan, isu kehadiran polis yang ramai semasa penahanan Dr Mohd Asri itu, seperti yang dibangkitkan Saari serta ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali itu juga tidak timbul.

"Soal bilangan itu rasa saya tidak menjadi masalah, soalnya sama ada dijalankan tugas itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

"Laporan kepada saya, selepas (Dr Mohd Asri) memberikan ceramah, saya diberitahu agak lama juga mereka nak memujuk supaya (Dr Mohd Asri) keluar dari bilik tersebut hingga mereka terpaksa memanggil polis untuk sama-sama memujuk dan mengeluarkan dia dari bilik itu," katanya.

Belia turut mengesahkan menerima laporan berhubung rancangan Jais untuk menyeret Dr Mohd Asri ke mahkamah - dijangkakan minggu ini.

"Yang saya tahu, siasatan sudah siap dan yang dilaporkan kepada saya mungkin pendakwaan akan dijalankan ke atas Dr Mohd Asri," kata Dr Hasan.- malaysiakini


Ulasan GB

MEMANG SAH JAHAT PUAK UG INI TERUTAMA HASSAN ALI.

Saya sudh mengagak lebih awal bahawa Hassan Ali adalah dalang d belakang tindakan JAIS yang menahan Dr Mohd Asri dan yang menarik balik tauliah Khalid Samad.

Ini kerana tindakan-tindakan itu berlaku sehari selepas Hassan Ali keluarkan kenyataan "hanya exco agama dan mereka yang ditauliahkan sahaja dibenarkan membaca khutbah di Selangor".

Kini warnanya semakin jelas.

xnak umno : Mampukah PAS dipandang mulia dan menjadi penyelamat ?

Oleh : tok pepijat

Perjuangan PAS adalah Islam. Islam itu adalah penyelamat. Islam itu adalah keamanan dan pendamaian.

Selepas 13 Mei 1969, Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak mengajak PAS menyertai kerajaan campuran yang di namakan Barisan Nasional. Demi perpaduan dan keamanan, PAS menyertainya. Di kala itu PAS tidak melihat perkara yang bakal berlaku di masa depan. Apatah lagi prasangka buruk terhadap UMNO/BN. Semuanya dipandang positif dan baik oleh PAS. Yang penting rakyat selamat dan sejahtera.

Walaupun cita-cita PAS untuk tegakkan hukum hakam Allah sedikit terganggu dan tidak lancar, PAS sanggup korbankan "masa perjalanan itu" bukan korbankan prinsip ! Semuanya demi negara dan rakyat. Apatah lagi dikala itu negara berada diambang kemuncak perkauman dan ancaman komunis.

Akhirnya PAS ditendang keluar bagai anjing kurap. Bermula dari tarikh itulah PAS memulakan perjuangannya dengan "zero". Pelbagai pahit maung dialami. Tragedi Memali, Operasi Lalang, Tragedi Lubuk Merbau, penarikan permit Harakah dan 1001 kezaliman.

Itu belum lagi dengan penghantaran "hijrah" penyokongnya ke kawasan pendalaman samada sebagai guru maupun sebagai pegawai kerajaan.

PAS juga mengalami proses "pemutihan". Ramai pembesarnya gugur di perjalanan perjuangan. Nama-nama besar seperti Dato Asri, Datuk Nakhaei antara yang gugur. Oleh kerana perjuangan PAS bukan atas dasar peribadi dan individu tetapi Islam , maka PAS tetap gagah dan utuh. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh "mentalqinkan" PAS ! Bukan makhlukNya.

Selepas PRU 12 2008, PAS juga mengalami ujian yang dahsyat. Terutama di Perak dan Selangor. Diumpan dan digoda dengan pangkat jawatan. PAS Selangor dan Perak berada di 2 persimpangan. Samada terima tawaran ataupun patuh kepada perjanjian. Hebatnya godaan itu ke peringkat jawatan MB dan kebenaran laksana hukum syariat!

Alhamdulillah PAS patuh kepada perjanjian walaupun dengan parti sekular PKR dan DAP. Langkah PAS ini mirip dengan apa yang telah Rasulullah lakukan dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dikala Umar dan umat Islam agak kecewa dengan perjanjian itu yang mana seolah memberi kelebihan kepada Musyrikin Mekah, Rasulullah memberi harapan kepada Umar bahawa kemenangan Islam sudah hampir, Penaklukan Kota Mekah. Berduyung-duyung manusia memasuki agama Allah.

Mungkin kita melihat, PAS kerugian kerana patuh kepada perjanjian dengan PKR dan DAP. Kita mungkin kerugian jawatan MB dan Exco sepertimana Rasulullah kehilangan Abu Bashir dan Abu Jandal dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah.

Tetapi lihatlah di sana, jutaan rakyat Malaysia sedang menanti dan merindui kerajaan yang adil untuk memimpin Malaysia. Seperti ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang yang menyatakan kita yakni PAS adalah kerajaan yang menanti.

Kini rakyat Malaysia melihat, PAS adalah parti yang patuh dan setia pada perjanjian. Setia pada perjanjian antara ciri akhlak yang mulia. Bukankah akhlak yang mulia ini yang menyebabkan Islam dapat menguasai 1/3 dunia ? Islam menguasai hati-hati manusia bukannya dengan pedang tetapi dengan akhlak.

PAS dipandang mulia selagi setia dan patuh kepada perjanjian.

(*) sumber : http://tokpepijat.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111