" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, November 13, 2009

xnak umno : Bagai Abu Bakar dan Umar.

Oleh Tok Pijat

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS

Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.

Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004.

Dari segi umur, TG Nik Aziz lebih tua dari TG Haji Hadi lebih kurang 15 tahun.

Melihat cara berfikir keduanya, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini barangkali berdasarkan cara mereka berdua mendapat tarbiyyah dan pendidikan di luar negeri.

Walaupun keduanya tempat terakhir destinasi pendidikan di Al Azhar Mesir tetapi tempat menimba ilmu sebelum Al Azhar adalah berbeza.

TG Nik Aziz habiskan masa belajarnya di India selama 11 tahun. Belajar melalui sistem Deobandi. Satu sistem ala pondok di negara kita tetapi ilmunya lebih terjurus kepada ilmu Hadis, tasawuf dan mantiq. Beliau tentu dapat pengalaman dan pengajaran yang banyak dari Syekhul Hadis. Juga dapat belajar ilmu kehidupan melalui penggamatan kehidupan masyarakat India.

Manakala TG Haji Hadi pula sebelum ke Mesir, beliau mendapat didikan dari Bumi Rasulullah, Madinah selama 4 tahun. Tentulah penekanan lebih kepada soal aqidah dan haraki. Boleh dikatakan beliau adalah antara kader-kader yang mendapat tarbiyyah langsung dari Ikhwanul Muslimin samada semasa di Saudi maupun di Mesir. Hingga kini beliau masih berhubung dengan rakan-rakan perjuangan Ikhwanul Muslimin di luar negara.

Kini PAS di bawah "pemerintahan" mereka berdua. TG Nik Aziz terkenal dengan ilmu mantiqnya yang berbisa dan tinggi. TG Haji Hadi pula terkenal kepakaran dengan ilmu harakinya. Dengan gabungan ilmu mereka berdua dan sokongan dan dokongan saf pimpinan inilah yang menjana PAS ke peringkat kemuncak kini.

Soal terdapat percanggahan pendapat antara mereka berdua, itu soal biasa. Dengan ilmu mereka berdua, berkelayakkan membuat ijtihad. Betul dapat 2 pahala, salah pula 1 pahala.

Mengenang kembali kisah Abu Bakar dan Umar, dua orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Mereka juga ada khilaf dalam satu-satu isu. Seperti :

a) Hukuman keatas tawanan perang Badar. Pendapat Abu Bakar dilihat berperikemanusiaan manakala Umar agak keras. Tetapi pendapat Umar mendapat dibenarkan oleh Allah Taala.
Rasulullah umpamakan Abu Bakar selembut Nabi Ibrahim manakala Umar setegas Nabi Nuh ketika hadapi karenah umatnya.

b) Hukuman keatas orang murtad selepas kewafatan Rasulullah. Umar lebih bersikap lembut dan diplomasi. Abu Bakar pula memutuskan hukuman keras keatas riddah dengan menghantar bala tentera. Umar setuju dan hormati dengan keputusan Abu Bakar kerana beliau adalah Khalifah dan senioriti dalam Islam.

Begitulah hebatnya Abu Bakar dan Umar. Gabungan keduanya menyebabkan Kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jatuh ketangan pihak Islam pimpinan mereka berdua. Kini mereka berdua telah tiada.

Gabungan ilmu, pemikiran dan tarbiyyah TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sewajarnya menggerunkan pihak sekular di Malaysia khususnya UMNO. Begitu juga Kuasa Kuffar di luar negeri.

Mereka melihat iklim politik Malaysia dengan penuh cemas setelah PRU 12 dan jatuhnnya beberapa negeri ke tangan PR, dengan PAS menjadi MB di 3 buah negeri Kelantan,Kedah dan Perak serta sokongan rakyat terutamanya Cina dan India terhadap PAS.

Pihak Kuffar juga melihat regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi adalah satu regu yang memberi ancaman kepada politik sekular mereka.

Melihat senario hari ini yang melanda PAS selepas PRU 12, tidak mustahil ianya satu perancangan dan muslihat golongan sekular samada UMNO maupun Amerika untuk melihat PAS berpecah.

Strategi mereka nampak berhasil. Bermula dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum dan selepas Muktamar. Tidak mustahil pihak "ejen-ejen" mereka telah menyusup masuk ke dalam PAS untuk mencetuskan pepecahan dalaman PAS tanpa TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi menyedarinya.

Lihatlah kisah bagaimana pihak Munafik pimpinan Abdullah bin Ubai memanupulasikan 2 peristiwa semasa perjalanan pulang Rasulullah dan tenteranya dari Ghazwah Bani Mustaliq. Peristiwa perebutan air dan fitnah terhadap Ummu Mukminin Aisyah.

Isu Kerajaan Perpaduan, kem Erdagon, Hasan Ali, perebutan Timbalan Presiden dan terkini EGM adalah rantaian hasil kerja "ejen-ejen" munafikin. Semuanya mempunyai satu target sahaja. Iaitu agar regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi berpecah. Itu sahaja !

Malangnya kita tidak punyai Huzaifah Al Yaman untuk mengenali "ejen-ejen" ini !

xnak umno : BLOGGERS! Bersatulah untuk kebaikan rakyat!

Rakyat sebenarnya semakin menyampah dan mual dengan tindakan beberapa bloggers yang dahulunya hebat membantu dan berjuang untuk mengembalikan kehendak rakyat kearah kemakmuran dan kebaikan Malaysia yang dimiliki bersama ini.

Akhir-akhir ini, bloggers lebih gemar mensensasikan isu yang dilihat lebih merugikan perjuangan dalam membantu rakyat marhaen yang semakin hari semakin kecewa dan ditekan oleh Kerajaan Najib.

Bloggers banyak melakukan kerja sia-sia dan melaga-lagakan sesama sendiri walaupun sesetengah perkara itu telah diputuskan dan telah diberi kenyataan rasmi oleh pimpinan. Kerja-kerja ini amat merugikan rakyat.

Tumpuan pimpinan kearah membantu rakyat marhaen juga terganggu. Ini kerana dahulunya, pimpinan hanya perlu menjawab 'gossip' di media arus perdana tetapi sekarang, media arus alternatif juga menjadi 'beban' baru kepada pimpinan. Kalua tidak dilayan, dikatakan benar...tetapi bila dilayan, diputar belit cara lain pula.

Hentikanlah, marilah kita bersatu....Buang yang keruh, ambil yang jernih...Jom kita menulis untuk kepentingan dan wawasan rakyat yang dahagakan kebajikan dan pembelaan. Kurangkan 'beban' pimpinan, biarlah mereka menumpukan penuh perhatian terhadap pembangunan rakyat marhaen...

Banyak isu yang masih belum selesai....isu BERSIH, isu ISA, tiada bonus....pejuang kakitangan dituduh tidak bermoral...isu pita Lingam.....arrrrggghhh!

http://cyberpoyo.blogspot.com/

xnak umno : Royalti petroleum dan maruah rakyat Kelantan

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

UNTUK kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang wang ihsan yang katanya nak diberikan kepada rakyat Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, perkara ini tidak berbangkit kerana bumi Kuala lumpur yang dirujuk sebagai Kerajaan Pusat itu tidak mengeluarkan minyak walaupun setitik.

Hasil negeri dari mana-mana negeri berupa minyak dan gas yang diambil oleh Pusat itulah yang sepatutnya disebut sebagai pemberian secara ihsan dari negeri kepada Persekutuan.

Jika diikutkan logik, ini dikira sudah terbalik apabila kita yang beri dia (Pusat) melalui perjanjian, tiba-tiba setelah dia dapat, dia senang-senang istilahkan pemberian ini adalah hasil ihsan dan kasihan belas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan.

Kononnya, dengan sikap murah hati Persekutuan itulah, maka Kelantan dapat membangun dan menikmati rahmat pembangunan yang berterusan.

Pada saya ini memang sudah menjadi tunggang-langgang. Perkara ini asalnya hak negeri. Kami tidak boleh dilihat sebagai penagih ihsan atau pengemis simpati tetapi kami cuma meminta hak kami untuk ditunaikan.

Kami mahu membangunkan negeri kami dengan duit dari hasil bumi kami itu. Itu saja. Sebutlah royalti atau namakan apa saja tetapi gunalah saluran yang betul untuk kembalikan hak kami.

Maksud saya, berilah kepada kerajaan negeri. Bukankah kerajaan ini adalah kerajaan yang sah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat? Kerajaan ini ada persidangan Dewan Undangan Negerinya dan ada bajetnya sama ada defisit atau surplus.

Ia dirasmikan sendiri oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

Sepatutnya tidak timbul sama sekali memberikan royalti yang dengan pandai-pandai ditukar istilah kepada wang ihsan.

Saluran yang ditentukan pula ialah melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan bukan Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. Bukankah ini suatu keanehan?

Kita kena faham bahawa JPP itu hanyalah sebuah jabatan kerajaan dan bukannya kerajaan! Jika diikutkan, langkah ini boleh ditafsirkan sebagai semacam satu bentuk penghinaan juga ke atas kebolehan dan kredibiliti pegawai-pegawai tadbir negeri (PTN) kami yang juga berkelulusan lebih kurang sama juga dengan pegawai-pegawai jabatan Persekutuan.

Inilah sedihnya kita apabila terlalu lama golongan sekular ini memerintah. Sesudah berpuluh tahun terbiasa dengan sekularisme, mereka sudah selesa dan sebati mengasingkan politik dari agama.

Melalui proses masa, kesedaran kasih sayang, keikhlasan, kemurnian, persaudaraan dan perasaan adik abang telah dilunturkan. Ini kerana dalam ajaran sekular, ajaran-ajaran seperti ini sememangnya tiada. Jika ada sekali pun, ia hanya dibuat-buat.

Terlalu lama diperap dan direndam dalam tempayan politik sekular yang keruh dan kotor ini menyebabkan semua nilai-nilai murni ini akhirnya hilang ditenggelam. Kini, amalan songsang yang menimbus ajaran murni dan nilai-nilai kesetiakawanan ini telah dilakukan melalui pentafsiran akta dan undang-undang.

Ia dibuat dengan tidak jujur dan dilakukan dengan sewenang-wenang.

Undang-undang 3 batu nautika yang dihadkan sebagai perairan negeri ini misalnya, siapa yang tentukan? Tidakkah musnahnya nasib dan masa depan Palestin itu bermula sejak kota suci itu dibelah dua oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Siapa yang memberi hak dan mengajar ini semua? Hatta, lima Kuasa Besar dalam anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diberikan kuasa veto; itu pun satu lagi konspirasi jahat.

Siapa yang ajar ini semua jika tidak kuasa yang zalim di pusat dunia? Semua ini ada kena-mengena dengan kuasa yang ada di pusat.

Ini sama jugalah dengan sistem pinjaman ah long di Malaysia dan amalan kapitalis dunia tajaan Amerika dan kuasa-kuasa besar yang sekular di dunia.

Atas nama ketamakan untuk menguasai petrol negeri yang bersempadanan dengan Rusia bertujuan untuk untuk menjadikan Afghanistan negeri penampan (buffer state), negara umat Islam itu telah dibedil dan dimusnahkan untuk dijajah tanpa sedikit pun perasaan persaudaraan, kemanusiaan, belas kasihan dan kasih sayang. Kalau iya nak tiru Amerika sekalipun, Umno malulah sedikit kepada semangat dan ikatan federalisme yang sama-sama kita bina melalui perjanjian persekutuan yang kukuh itu.

Perangai mengepung ekonomi kerajaan Islam ini bukan perkara baru. Ia boleh kita lihat dalam surat Al-Munafiquun ayat 7, maksudnya: "Mereka orang-orang (munafiquun) yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): 'janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (muhajiriin) yang ada di sisi Rasulullah s.a.w. supaya mereka (kumpulan) terbubar (meninggalkan Rasulullah). Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami."

Amalan ini pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ubai terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang bersama baginda. Pemimpin Umno nampaknya tidak pernah serik membuat diskriminasi.

Dalam keadaan dia menindas Kelantan selama ini, tidakkah dia sedar bahawa yang jatuh ialah Selangor dan Perak yang kaya sedangkan Kelantan semakin teguh?

Jika dalam pilihan raya umum 2004 PAS hanya mendapat 23 kerusi di Kelantan, kesan amalan penindasan Umno telah menjadikan kerusi yang dikuasai PAS pada tahun 2008 bertambah dari 23 kerusi kepada 39 kerusi.

Sepanjang pemerhatian saya, Umno ini hanya parti pak turut yang hanya taat kepada penjajah. Umno cuma meneruskan dasar-dasar Inggeris. Sebaliknya, kita di Kelantan sentiasa melakukan muhasabah, menilai dan mengubah amalan-amalan Inggeris lama dengan diperbaharui supaya semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa disemak agar selaras dengan kehendak Islam baik dari segi pembangunan kebendaan atau kerohanian.

Ini yang menarik minat dan perhatian rakyat. Kita ada dasar mengenai ubudiyyah misalnya, yakni kesedaran tentang pengabdian mutlak kepada Allah SWT semata-mata.

Kita ada itqan yakni kesedaran mengenai mutu dan kerja yang berkualiti dalam segenap segi.

Kita juga ada mas'uliyah yakni prinsip pertanggungjawaban supaya apa saja yang kita cakap dan kita lakukan hendaklah serupa dengan apa yang kita mahu jawab di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.

Bersifat adil dalam konteks memberi layanan kepada masyarakat berbilang bangsa pula, kita perkenalkan skim Kifaalah, Ladang Rakyat, masjid tiga budaya di Rantau Panjang dan pelbagai projek pembangunan sosio-ekonomi tanpa mengira perbezaan bangsa, bahasa, agama dan keturunan.

Umno sebenarnya sudah ketandusan moral. Selagi Umno menolak agama dari komponen pembangunan maka selama itulah dia tidak berjumpa dengan rahmat.

Menolak Islam samalah seperti mengakui Islam itu ada kecacatan. Ini boleh terbawa-bawa pula untuk mempercayai bahawa risalah yang dibawa Nabi s.a.w. juga adalah cacat dan Jibrail juga cacat.

Logiknya, Allah SWT juga akan turut dikira cacat. Maha Suci Allah, wal iya zubillah. Ini satu perkara yang cukup berbahaya.

Kembali kepada isu royalti, saya tidak rela rakyat Kelantan dihina apabila seolah-olah kita terpaksa menagih belah ihsan dari sedekah orang lain sedangkan minyak dan gas itu adalah milik kita.

Kita mahu suap rezeki rakyat kita dalam keadaan bermaruah. Kita tidak mahu diajar untuk menyembah orang. Kita mahu bebas dari berabdi sesama manusia. Tiada yang lain yang kita mahu melainkan kita hanya mahu memuja dan memuji Allah SWT semata-mata.

xnak umno : Larian obor Royalti

Sumber
"NAMPAK gayanya Najib Tun Razak sudah terperangkap dah masuk perangkap sendiri , ekoran ‘cadangan’ penukaran wang ehsan bagi menggantikan royalti. Di mana silap percaturan pemikir-pemikir Najib dalam mengetengahkan isu ini, sekarang ini ?

Kenapa idea–idea yang dicadangkan oleh think tank Najib akhir-akhirnya sudah menjadi senjata makan tuan, kesannya. Ianya tidaklah menambahkan populariti Najib, UMNO dan BN.Carilah kewajaran dari sudut mana pun Najib sudah didapati bersalah oleh bukan saja oleh kerajaan PAS Kelantan, Pakatan Rakyat malah oleh rakyat Malaysia juga.

Nampaknya, tidak ramai penyokong–penyokong Najib mempertahankan isu ini. Barangkali takut kena getahnya juga. Biar Najib saja yang tanggung. Padan muka.

Tindakan Najib ini sudah dan sedang mendapat tentangan secara bersepadu rakyat Kelantan kini, samada yang berada di Kelantan mahupun di luar. Kesilapan Najib ini seolah–olah memberikan peluru percuma kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya, seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua.

Kita berharap Najib akan membuat ‘U Turn’ dengan membatalkan cadangan ini, sepertimana Najib membatalkan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan hasil tekanan berterusan semua pihak.

Elok juga difikirkan oleh sekelompok pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat untuk menganjurkan satu rally atau larian obor royalti dari Kota Bharu ke Putrajaya bagi mendesak Najib memberikan apa yang sepatutnya kerajaan PAS Kelantan terima, iaitu royalty dan bukannya wang ehsan.

Larian ini boleh menggunakan laluan Kota Bharu – Gua Musang – KL atau ota Bharu – Kuala Terengganu – LPT – KL. Mungkin boleh dibuat larian berperingkat–peringkat sejauh 10 km bagi setiap larian.

Rasanya tidak lah sukar untuk mendapatkan pelari–pelari yang berbakat di setiap lokasi dalam laluan tadi. Cuba gerakan dari sekarang ini

Ini adalah lebih untuk melibatkan seluruh peringkat rakyat Kelantan khsusnya, iaitu golongan dari bawah sekali, petani, nelayan dan buruh dan lain–lain.

Sementara lain–lain peringkat, seperti kerajaan negeri sendiri telah mengambil langkah perlu, ahli–ahli parlimen PAS dari Kelantan dan luar sedang berjuang di parlimen.

Ini boleh menjadi satu cara untuk menyatupadukan dan meningkatkan sokongan rakyat dari peringkat bawah ke atas kerajaan PAS Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111