" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, November 14, 2009

xnak umno : Anai-anai dan racun?

Anai-anai, adalah serangga perosak yang merosakkan rumah dan perabut. Walaupun rumah tersebut diperbuat daripada batu, anai-anai memang gemar bersarang di bawah rumah tersebut atau berhampiran dengan rumah tersebut. Satu kajian telah dibuat untuk memusnahkan anai-anai ini. Ini adalah kerana anai-anai yang dibunuh dengan menggunakan racun anai-anai, tidak akan mati semuanya.

Mungkin anai-anai yang terdiri daripada pekerja dan askarnya saja yang mati. Pembiak anai-anai ini yang dipanggil permaisuri anai-anai, akan melahirkan jutaan anai-anai yang lain dan meneruskan tugas mereka sebagai makhluk perosak bagi barangan manusia. Jadi induk atau permaisuri bagi anai-anai ini harus dibunuh bersama. Bagaimana caranya sedangkan permaisuri dikawal ketat dan bersarang di dasar tanah yang dalam?

Sebuah syarikat yang mengerluarkan racun anai-anai telah mencipta kaedah agar pekerja anai-anai ini memakan dan membawa sebagian umpan yang dibubuh racun untk diberikan kepada permaisuri. Racun yang dimakan oleh kumpulan pekerja anai-anai ini mestilah tidak membunuh dengan serta merta, tetapi cukup boleh membunuh apabila umpan yang ditaruh racun tadi sampai kepada permaisuri. Permaisuri anai-anai yang cuma bergantung harap kepada askar dan pekerjanya, akan memakan umpan tadi sehingga seluruh keluarga anai-anai akan mati termasuk sipermaisuri dengan memakan umpan tersebut.

Itu lah yang berlaku apabila penguatkuasa JAIP menyerbu dan menangkap semua pasangan di dalam sebuah bar di Ipoh baru-baru ini. Sebelum ini, banyak bar dan tempat-tempat hiburan dan disko diserbu oleh JAIP, tetapi tempat-tempat disko dan bar ini dibuka semula, apabila keadaan kembali tenang. Lebih 100 remaja yang 98 peratus daripadanya beragama Islam, didapati di dalam bar tersebut. Mereka minum minuman keras dan menari sehingga larut malam.

Jam 1.00 pagi, JAIP telah menyerbu sebuah daripada bar tersebut. Itulah kerja JAIP, serbu, denda dan serbu dan denda lagi. Permaisuri anai-anai tetap melahirkan anai-anai baru yang lebih aggresif. Mungkin pembaca menyangka gambar di atas adalah gambar orang bukan Islam.

Sebenarnya merekalah orang Islam yang dilahirkan oleh permaisuri anai-anai. Dari bulan ketahun, bilangan mereka bertambah ramai dan akan merobohkan sebuah rumah yang kita diami bersama. Wallahua'lam. (sumber)

xnak umno : Bukan talak 3

Sumber
P
as mengakui ia hanya mengamalkan bai'ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai'ah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar Pas yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.

"Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai'ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.

"Walaupun kita (Jawatankuasa Pas Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti,"
katanya pada sidang media berhubung isu bai'ah di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Khalid baru-baru ini telah mendedahkan mengenai wujudnya amalan bai'ah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Mustafa berkata bai'ah anggota Pas menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya merupakan "sumpah setia laknat" bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.

Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai'ah yang berbeza daripada amalan bai'ah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri.

Menurut Mustafa, pimpinan tertinggi Pas berpendapat, bai'ah yang dilafazkan oleh Khalid tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar seperti itu seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita.

Berikutan tindakannya itu, Mustafa berkata, Khalid telah diberikan peringatan lisan oleh parti.

Khalid dalam pendedahannya sebelum ini mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa berkata, lafaz bai'ah Khalid dan seorang lagi anggota Pas di Selangor itu juga berbeza antara satu sama lain.

Mustafa bagaimanapun enggan menyatakan nama seorang lagi pemimpin yang dimaksudkan.

"Kita anggap ini hanyalah kes terpencil. Tak perlulah didedahkan nama individu itu, sama ada anggota parlimen atau anggota dewan undangan negeri. Pas harap isu ini tidak diperbesarkan," katanya. - BERNAMA Video : TVS


Ulasan GB

GB kurang bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa bai'ah yang dilafazkan oleh Khalid seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita.

Malah ia meninggikan darjat wanita, bererti wanita menjadi kuasa penentu di dalam rumahtangga "sekiranya suami sudah belok (derhaka)" kepada perjuangan.

Misalnya seandainya si suami dari PAS bertukar parti, maka bukan sahaja ia dilaknati, malah beliau turut tidak boleh beristerikan lagi dengan orang yang selama ini mendampinginya. Biarlah si suami bertukar parti, si isteri tetap PAS, si isteri takkan ikut suami yang derhaka itu.

Si isteri tidak boleh dipaksa menuruti langkah suami tetapi sebaliknya mesti dibenarkan membuat pilihannya untuk bersuami lain yang tidak derhaka kepada perjuangan parti.

Jadi, dimana sebenarnya kebenaran yang menyatakan ia merendahkan darjat wanita?

Wanita sedemikian jauh lebih mulia dari isteri-isteri yang dah terbayang gelang emas penuh di tangan dan kaki jika suami melompat parti.

Wanita sedemikian jauh lebih mulia kerana tidak lagi ingin disentuh dan dipeluk oleh mereka yang sudah derhaka kepada Allah dan RasulNya serta perjuangan Islam.

Mengapa isu ini dihebohkan sedemikian rupa? Adakah kerana ada pemimpin PAS yang terkilan kerana telah melakukan sumpah baiah menyebabkan dia tak boleh melompat parti dan kemudian jadikan Khalid Samad sebagai sasaran serangan?

xnak umno : TGNA Pengerusi PR

Sumber
B
ekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, mencadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilantik sebagai Ketua atau Pengerusi Pakatan Rakyat (PR), sekiranya pakatan itu mahu ia terus diterima rakyat.

Beliau berkata, pelantikan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, akan menjadi serupa seperti pelantikan Mahatma Gandhi sebagai pemimpin spiritual kepada Parti Kongres India dahulu.

Katanya, usaha melantik Nik Aziz memerlukan pengorbanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Malah (Pengerusi DAP) Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” (kenegarawan) dengan bersetuju terhadap cadangan serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi, sekali gus tindakan itu akan melenyapkan agenda Kerajaan Perpaduan dengan UMNO,” katanya dalam blognya.

Zaid berkata, beliau kecewa terhadap perancangan parti pembangkang yang dilihat tidak jelas sama ada mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai Kerajaan Pusat atau tidak.

“Sebelum ini, kedengaran parti pembangkang bertungkus-lumus merangka pelan perancangan, tetapi hingga sekarang tiada satu pun menjadi.

“Saya tidak tahu mengapa ini berlaku. Adakah disebabkan strategi politik atau hal-hal lain? Cadangan saya, beberapa tindakan mungkin boleh dipertimbangkan untuk mengembalikan semula perancangan PR," katanya.

Zaid mencadangkan PR membawa pemimpin seperti veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk bekerjasama dengan pakatan itu.

Menurut Zaid, usaha membawa masuk Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, itu sukar, tetapi beliau boleh bekerjasama melalui ceramah dan kempen.

“Ku Li (Tengku Razaleigh) orang lama dalam UMNO. Beliau ada impian memulihkan parti itu daripada terus mengamalkan politik wang dan rasuah.

Zaid berkata, PR juga perlu mengatur semula rancangan untuk mengambil alih pemerintahan di Sabah dan Sarawak.

“Sukar untuk kita ambil alih kerana dari segi realiti politik, ia adalah berat. Kesan buruk sudah kelihatan apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam Pilihan Raya Umum 2008.

“Hakikat politik juga menunjukkan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.

“Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan, tetapi juga membawa kepada kesan lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan,” katanya.

Zaid berkata PR boleh menjadi kuat dengan syarat pemimpinnya dapat bekerjasama, berbincang dengan baik dan menjamin kekuatan pakatan itu untuk menghadapi BN.

“Jika pemimpin besar ketiga-tiga parti (PKR, Pas dan DAP) ini masih lagi rasa mereka cukup kuat dan hebat dan memadai dengan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya semata-mata, saya yakin impian untuk ke Putrajaya hanya tinggal sebagai mimpi di siang hari,” katanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111