" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, November 16, 2009

xnak umno : Bukan Zul Noordin, bukan Hasan Ali, bukan..

Oleh Hishamuddin Rais

Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.



Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikaitkan dan disangkutkan dengan beberapa tokoh dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak-anak sekolah selalu dipaksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa kejadiannya.

Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak-babak sejarah agar ia dapat difahami. Hakikatnya, perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas daripada hanya mengenali nama orang, nama tempat dan tarikh berlaku.

Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya, memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.

Tetapi harus disedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifestasi daripada babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini, kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas daripada peranan sejarah susuk-susuk ini.

Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah tetapi ia hanya sebahagian daripada lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.

Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus dijajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta-juta orang China.

Di Malaysia, terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ia anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tetapi jika rakyat tidak mengambil pot, susuk ini akan terpeleok.

Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam (Mohd Nor) dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga dia berasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi boleh kecut dan kempis. Congak ini salah.

Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi daripada harapan ini.

Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR, Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam.

Kesian, apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah - untuk bersembahyang Jumaat; kalau dahulu, sepuluh masjid tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai, bukan oleh individu.

Lapan tiga dua kosong kosong lapan (832008) menjadi contoh bagaimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.

Jika ada politikus, YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk - merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Mat Ezam.

Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.

Jika Zulkifli Noordin (ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu) atau Hassan Ali (exco kerajaan Selangor) menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya, maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat.

Jika Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang) menganggap susuk dirinya begitu penting, maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial, tidak ada satu susuk yang penting.

Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah dibeli, tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin.

Apabila ombak rakyat sudah sampai – semua akan lingkup.

Dalam arus perubahan yang kita lihat pada tanggal 832008 dahulu adalah contoh orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan, tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.

Betul, rakyat boleh didodoi-dodoikan. Betul, rakyat boleh ditipu dengan pelbagai helah. Betul, rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap di mana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.

Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu daripada kebenaran, tidak ada yang lebih kompak daripada yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan - ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laungan "lawan" dan "berjuang", maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.

Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada minggu pertama dan minggu kedua ketika Anwar Ibrahim dibuang daripada kerajaan dahulu. Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti "dia mentor saya", "saya anggap Mahathir sebagai bapa..." dan lain-lain. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.

Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad.

Tetapi apabila slogan "lawan tetap lawan" muncul, maka ratusan, ribuan anak muda mula turun ke jalan-jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia.

Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.

Melaungkan perlawanan terbukti lagi dalam kes Musa Hitam. Ketika Musa dibuang, dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa akan terus menjadi Tun tikus. Begitu juga nasib Anwar. Jika ketika dibuang dahulu dia tidak melaungkan perlawanan, dia juga akan menjadi Dato Seri tikus-tikus.

Tetapi waspada, jika Musa dan Anwar menikus, ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si polan menjadi tun tikus, maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.

Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan. Tidak lebih daripada itu.

Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.

Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus-putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang-bengok dengan ranjau di sepanjang jalan.

Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis mat malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.

Tetapi yakinlah, tidak ada satupun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.Mkini

xnak umno : Musim bantai PR..

Sumber
Seawal sebelum Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, kebanyakan blog-blog pro Pakatan Rakyat secara drastik telah berubah dari membantai UMNO/Beer eNd, kepada membantai pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

Dan dari 3 parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, yang paling hebat diserang dari segenap sudut ialah Pimpinan PAS pro UG/KP (Unity Government/KERAjaan Pungkoq).

Apa yang paling menarik dalam hal bantai-membantai ni ialah bilamana geng-geng blogger pembantai ni seolah mendapat dorongan dan suntikan semangat dari TG Nik Abdul Aziz setelah apa yang selama ini dikeluarkan dalam kebanyakan blog pembantai ini mendapat perhatian dari Mursyidal Am PAS yang amat-amat dihormati.

Tak kiralah apa "Persepsi" (ni kali pertama aku pakai ayat "masyhur" ni...hahaha..!) pembaca dan pemerhati, tapi bagi aku, ini satu perkara yang baik dalam dunia blogging khususnya bagi blogger-blogger pro Pakatan Rakyat dan yang paling baik ialah bagi Pakatan Rakyat sendiri.

Baik bagi aku ialah kerana, blogger-blogger pembantai ni akhirnya berjaya membawa diri mereka keluar dari tempurung atau bekas "bodek'. ini gagal dilakukan oleh goblog-goblog pro KERAjaan Pusat - UMNO/Beer eNd.

Inilah yang sepatutnya berlaku dalam dunia blogging... kebebasan dapat dihayati dengan sepenuhnya. aku benci DSAI, aku kutuk, aku benci Najib aku kutuk, aku benci Haji Eddy aku kutuk, aku benci Acan Ali aku kutuk, aku benci Ustad Nash aku kutuk, aku benci Al-Banjari aku kutuk (jangan marah wak) hahaha...

Aku rasa enjoy macam ni. orang nak baca - baca, tak nak baca - tak yah baca... kalau korang baca 15 juta kali sehari pun bukan aku dapat duit... kalau korang tak baca terus pun, bukan habis duit aku. sama je, dok dekat tahap mana pun, aku sengkek jugak.

Pimpinan pulak aku tak pasti setakat mana dorang ni ambik perhatian pada apa yang dikritik dan dibantai dalam oleh blogger-blogger hantu ni. ada la sikit yang aku tau dok baca tapi tak tau la pulak ada ambik tindakan atau tak de.

Cuma yang aku tau dan aku dok perhati, ada pimpinan PAS yang takut dekat blog. nak baca blog pun takut. ada jugak kes (terpencil) lepas baca blog, keluar bilik dengan rambut kembang-kembang ala "Einstein", muka merah macam udang kena bakar dan suhu badan meningkat mendadak... tak caya korang tanya Che'gu Pa... hahaha..!

Tapi stakat tu je la... nama nak perbetul balik apa yang tak betul tu jauh sekali la, tindakan yang diambik ialah, cuba "cover" apa yang dah terdedah... macam siyal... betul-betul perangai UMNO. bukan nak perbetul..!

Dah berak tengah jalan, kantoi... ambik kertas - tutup taik tu... bukannya nak basuh... Bangang...
Jadi sebab tu la makin teruk pimpinan macam ni kena bantai. memula kita tegur, lepas tu kita tegur lagi dan 2 kali tegur, kita tegur lagi kali ke 3... kalau 3 kali tegur tak dengar, buat-buat pekak badak, kita pun nampak la lambang dacing dok atas dahi pemimpin macam ni.
Bila kita dah nampak lambang dacing, tak mainlah tegur-tegur... kita bantai la pulak.

Tapi ada pulak masalah lain. bila kita tegur pimpinan, ada pulak ahli-ahli parti yang cop blogger-blogger pembantai sebagai ejen UMNO. bagi aku senang, korang nak pikir apa, pikirla. aku pedulik apa ngan "cop" korang tu..? tak luak sikit pun daging dekat badan aku dengan cop korang tu pun. hahaha..! syoh syoh... pi jilat..!

Ngantuk la... nanti ah aku sambung...

xnak umno : Menantu Nik Aziz nafi atur konspirasi guling Hadi

Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, menantu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menjadi tumpuan kontroversi pengurusan Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK), menafikan yang beliau pernah mengatur konspirasi untuk menggulingkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tak betul, sila nafikan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika diminta mengulas pandangan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang awal minggu lalu dipecat dari jawatannya sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Ariffahmi berkata: “Dia nak lagakan ana dengan ayahanda (Nik Aziz) dan Ustaz Hadi. Lagi dia (Syed Azidi) mengamuk, orang akan lihat dia lagi buruk.”

Syed Azidi yang dikenali sebagai blogger Kickdefella mendakwa perancangan untuk menjatuhkan Hadi yang juga ahli parlimen Marang telah bermula sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi dibuat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini,” kata Syed Azidi.

“Naib presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum ke-12.

“Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Ariffahmi di Hotel Perdana,” katanya.

Salahuddin juga merupakan ahli parlimen Kubang Kerian dan dipilih sebagai naib presiden PAS Jun lalu.

Syed Azidi memberitahu, Ariffahmi mendakwa bahawa Nik Aziz mahu Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya Datuk Husam Musa sebagai Presiden PAS.

“Ariffahmi mengarahkan supaya Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda menggunakan jentera Pemuda PAS menggulingkan Ustaz Hadi. Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

“Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik Husam tetapi juga berupaya memporakperandakan PAS,” katanya.

Dalam tulisannya ini, Syed Azidi juga mendakwa bahawa Ariffahmi pernah menjadi ahli Umno Cawangan Chakung yang terletak dalam bahagian Dewan Undangan Negeri Temangan, Machang.

Beliau hanya merupakan ahli biasa cawangan tersebut ketika itu, tulis beliau dalam blognya.

Bagaimanapun pandangan itu turut dinafikan oleh Ariffahmi yang menegaskan, beliau hanya merupakan ahli seumur hidup PAS.

“Ada orang yang daftarkan nama ana dalam keadaan ana tak tahu... lama dah. Ana tak pernah tengok borang dan menandatangani borang tu. Ana ahli PAS seumur hidup,” katanya lagi.

“No ahli ialah 427681, daftar sekali gus ahli seumur hidup di kawasan Machang,” kata Ariffahmi sambil menambah, ia didaftarkan pada 25 Februari 1997.

Ariffahmi kini merupakan Timbalan Ketua Pemuda Machang selain ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan ahli jawatankuasa Lajnah Ekonomi Pemuda PAS pusat. - themalaysianinsider


Kickdefella - Tauke Teng, Nudin Awang dan George Michael

xnak Umno : Seminar Memperkasa PAS

Sumber
K
etika melangkah masuk ke Dewan Fadzil Noor, Pusat Tarbiyah Taman Melewar pagi Sabtu lalu untuk menghadiri Sdminar Memperkasakan Parti, ada sedikit debaran di hati. Pertama sejauh mana respons pimpinan PAS dan pendukung terhadap kritikan dan pandangan berbeza dari orang luar.

Kedua, sejauh mana isyarat keterbukaan yang mulai diperlihatkan oleh pemimpin dan pendukung PAS. Ketiga bagaimana sikap dan langkah pemimpin dan pendukung PAS untuk membuat perubahan, bermula dari mana dan apa periapannya.

Pertanyaan ini berligar dalam fikiran ketika memasuki Pusat Tarbiyah yang penuh nostalgia itu. Setelah berada di Dewan itu dan mendengar wacana idea dari Prof. Dr. Aziz Bari dan Dr. Abu Hasan Hasbullah, dua tokoh akademik yang sangat menyerlah itu, serta perbahasan selepas itu saya merasa terharu dan debar hatipun hilang, justru kerana majlis tersebut sangat positif. Ia memancarkan sikap terbuka majoriti pemimpin dan pendukung PAS, walaupun masih ada segelintir pemimpin dan pendukung PAS yang bersikap tidak terbuka, menolak pandangan orang luar, jumud dan berada dalam kepompong suasana terkebelakang.

Kepada saya, majlis itu sangat positif, luar biasa, sangat terbuka dan memancarkan kematangan majoriti pemimpin PAS yang membukakan minda mereka secukunya untuk memanfaatkan kritikan dan idea baru dalam suasana yang sangat terbuka dan ikhlas. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz kerana mendorongkan seminar seumpama itu diadakan, tahniah kepada Dato Presiden, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan tahniah kepada seluruh pimpinan PAS yang lan.

Saya tidak dapat membaca apa yang terbetik di dalam hati Dato’ Presiden menyaksikan suasana demikian, tetapi saya yakin beliau pemimpin berjiwa besar, terutama ketika melihat ketenangan beliau sepanjang Seminar tersebut dan jawapan yang diberinya terhadap pelbagai kritikan. Bagi saya Seminar ini suatu permulaan, turning-point yang penting untuk PAS menangani perubahan bagi mencapai kejayaan, dengan izin Allah S.W.T

Belum ada sebuah parti politik di Malaysia, termasuk Umno sendiri, sepanjang ingatan saya, yang seberani dan segagah PAS mengadakan seminar yang sangat terbuka, mengundang ‘orang luar’, mengkritik parti dan pemimpin sendiri. Sikap keterbukaan ini sewajarnya diteruskan dan sangat bertepatan dengan ajaran Islam.

Dalam suasana keterbukaan di seminar itu, saya terkenang jika Almarhum Ustaz Fadzil Noor berada di tengah Seminar seperti ini, saya yakin, beliaulah pemimpin yang paling gembira dengan suasana yang ada itu, justru kerana selama ini di bawah kepimpinannya, pendukung PAS diajar bersikap terbuka, moden dan sentiasa bersedia untuk berubah.

Mengamati lontaran kritikan dan idea dari Prof. Dr. Aziz Bari dan Dr. Abu Hasan Hasbullah, yang menggesa perlunya PAS menangani perubahan untuk survival masa depannya, saya teringat adea keduanya ini selari dengan beberapa idea yang pernah diketengahkan oleh AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam beberapa tulisan dan ucapan mereka selama ini. Maknanya, memang hadir di dalam saf kepimpinan tertinggi PAS sendiri tokoh yang mempunyai idea bernas dan terkedepan untuk PAS mendepani perubahan.

Memang tidak mudah untuk semua sekali saf pimpinan PAS bersikap terbuka dan akan terus wujud sejumlah kecil golongan berminda tertutup dan jumud ini di dalam jamaah, namun jika diamati jumlah mereka ini semakin tirus dan terpencil. Kita berdoa, mudah-mudahan saja, lambat laun, jumlah yang kecil ini juga akan bersedia menerima perubahan demi kemajuan PAS.

Suasana Seminar menjadi tegang seketika apabila salah seorang AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik yang kelihatan amat marah dengan suara garang menentang keras idea Prof. Dr. Aziz Bari: “Saya tidak mahu melihat muka anda dan anda tidak patut menekankan idea anda mengenai sistem dua parti kepada PAS. Kalau mahu juga, masuk politik.” Bagaimanapun Prof. Dr. Aziz Bari dengan tenang menghuraikan mengenai idea dua parti sistem itu menurut perlembagaan dan suasana masa kini di negara ini.

Dalam hubungan ini, sangat menarik pula apabila Dr. Abu Hasan bercakap mengenai perihal persepsi umum sebagai sangat penting untuk survival PAS dan parti politik lain di Abad Ke-21 ini. Beliau membangkitkan isu persepsi umum ini ketika menjawab kritikan segelintir peserta yang menimbulkan isu yang disifatkan oleh mereka pebagai fitnah terhadap pemimpin PAS apabila Prof. Aziz Bari mengatakan pemimpin PAS lemah dan sebagainya.

Peserta itu dengan suara keras dan begitu marah meminta pembuktian dari Prof. Dr. Aziz Bari. Ahli Akademik itu menjawab bahawa ini bukan tuduhan, bukan perbicaraan di mahkamah, tetap persepsi umum, “kalau mahu terima, terimalah, kalau tidak mahu tidak mengapa.”

Ketika menjawab semua itu, Dr. Abu Hasan pula berkata, di Abad Ke-17, persepsi adalah fitnah, tetapi di Abad Ke-21 sekarang, persepsi bukan fitnah tetapi adalah maklumat dan sangat berharga. Justru, katanya, bersedialah menerima hakikat perepsi umum. Hujahnya ini sekaligus disambut dengan tepuk tangan majoriti peserta dan sekaligus menolak ‘serangan’ dari peserta yang marah-marah tadi.

“Apabila didapati imej dan persepsi terhadap sesetengah pemimpin PAS merosot sejak selepas PRU Ke-12, maka itu dalah sebuah persepsi terhadap PAS dan pemimpinnya. Ini bukan fitnah, bukan presjudis, tetapi seperti saya katakan itu adalah persepsi umum dan persepsi umum ialah maklumat bukan fitnah. Justru mereka yang menolak persepsi adalah bersikap primitif. Olerh itu persepsi penting untuk diberi perhatian,” kata Dr. Abu Hasan. Justru, ujar beliau lagi, janganlah marah apabila berdepan dengan pendedaan persepsi ini.

Baginya di Abad Ke-21 ini, golongan mana yang bersegera untuk mendapatkan maklumat dan memilikinya, mereka itulah yang akan menang dan menguasai keadaan. Kata Dr. Abu Hasan: “Saya jarang benar berjumpa Dr. Aziz Bari, hanya ada tiga kali. Tetapi kelihatan pandangan kami sama berdasarkan persepsi yang sama. Oleh itu persepsi adalah penting di abad moden ini. Seperti saya katakan, mereka yang menolak persepsi bersikap primitif.”

Sementara ada pembahas yang bersuara keras dan garang, penuh sentimen melulu, ada juga pembahas yang rasional – seperti dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Puan Athirah Al-Jundi dari Dewan Muslimat dan beberapa pembahas lagi - yang menyampaikan hujah bernas. Ini suatu kematangan ahli PAS di peringkat pelapis dan saya yakin jumlah mereka ramai.

Wakil ulama biasalah, sementara suara dari wakil Terengganu dan Pemuda tidak menghantar isyarat perubahan minda yang boleh membantu membawa perubahan kepada PAS. Suara mereka yang cukup keras tidak didukung oleh hujah rasional dan mudah ditewaskan oleh hujah dua pembicara ahli akademik tadi. Pemuda adalah pemimpin masa depan PAS, justru ia mestilah dilihat sebagai sayap penting, memiliki keupayaan berfikir yang matang, terbuka, tidak terperangkap oleh sentiment, dogma dan kejumudan.

Kita berharap, wacana ilmu atau Seminar seperti ini tidak berhenti di sini saja, tetapi akan diteruskan oleh PAS dari masa ke semasa, justru ia mendidik pendukung PAS membina kematangan, memiliki critical-thingking dan mampu menyesuaikan diri dengan keadaan masa kini tanpa mengkompromikan asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Walaupun Seminar itu berkhir di tengah rebut petir dan hujan lebat, tetapi kepala pendukung PAS yang keluar dari dewan tetap tenang untuk meneruskan sebuah cita-cita besar. -Abdul Shukur Harun

xnak umno : Mahfuz Omar sokong TGNA

Sumber
K
eputusan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat menunaikan haji pada 18 November ini disambut baik sekali gus membuktikan beliau bukan seorang pemimpin yang mementingkan diri atau keluarga semata-mata.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz itu secara tidak langsung menunjukkan beliau bukanlah seorang yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang apatah lagi rasuah.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu juga adalah satu tindakan yang baik kerana membuktikan beliau bukanlah seorang yang mudah untuk dijatuhkan dengan isu yang remeh seperti itu.

“Saya sokong dengan tindakan yang dibuat oleh beliau lagipun saya tahu ini bukanlah keperluan kerana beliau sudah beberapa kali menunaikan haji.

“Jadi mungkin beliau ingin menerima tawaran tersebut kerana mahu menunaikan hasrat individu berkenaan untuk beliau pergi menunaikannya bersama tetapi apabila sudah jadi begini, beliau terpaksalah membatalkan hasrat berkenaan,” katanya.

Mahfuz berkata, tidak dinafikan dengan isu yang melanda Nik Aziz ini menunjukkan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Pas namun itu bukanlah satu perkara yang mudah kerana Pas tetap teguh.

Beliau berkata, dengan kematangan dan semangat perjuangan parti yang ada pada ahli Pas, beliau yakin setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh pihak lawan akan dapat dihadapi dan diselesaikan dengan mudah.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dari sini jugalah rakyat dapat melihat sendiri pemimpin dan ahli Pas bukanlah individu yang mudah untuk menerima rasuah daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, dengan situasi ini dan pelbagai isu yang melanda Pas kini membuktikan kepada rakyat bahawa Pas dapat menepis segala permasalahan yang berlaku dan parti itu tidak terjejas. -SH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111