" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, November 19, 2009

xnak umno : Keranamu MEMALI !

Kempen seruan mengibarkan 'jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
____

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Mereka telah membunuh:

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986

xnak umno : TGHA sudah memperjuangkan bangsa Melayu?

Sumber
H
adi gesa SPR tambah kerusi Parlimen kawasan majoriti Melayu
Malaysian Insider

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.

Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.

Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

“Oleh kerana itu, sangat wajar Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut," kata beliau dipetik portal berita alternatif.

Lazimnya SPR akan mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya setiap 10 tahun.

Difahamkan SPR akan berbuat demikian mulai tahun depan.

Kerusi Parlimen semasa sebanyak 222 digunakan pada pilihan raya umum 2004 selepas persempadanan semula tahun 2002.

Kedah, Kelantan dan Terengganu kini mempunyai 15, 14 dan lapan kerusi Dewam Rakyat.

Jumlah kerusi itu tidak berubah berbanding ketika pilihan raya umum 1995 dan 1999. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah Mac 2008.

Ulasan GB

Sejak bila Parti Islam SeMalaysia (PAS) menukar dasar perjuangan Islamnya kepada perjuangan nasionalisme berteraskan bangsa? Fasal dan perenggan yang mana di dalam perlembagaan PAS ada menyebut "memperjuangkan bangsa Melayu"?

Penambahan kerusi di kawasan yang "Melayu" melalui SPR adalah satu agenda politik UMNO sekian lama, kini Presiden PAS pula yang memperjuangkannya yang setentunya disukai oleh UMNO.

Apakah kekalahan PAS di Bagan Pinang tempohari yang menyedarkan Presiden PAS mengenai kemerosotan sokongan bukan-Melayu terhadap PAS mendorong beliau untuk menuntut "kerusi Melayu" lebih banyak di Parlimen?

Sedangkan yang sepatutnya diusahakan ialah pengembelengan tenaga dan usaha untuk menggilap semula PAS supaya diterima semula oleh bukan-Melayu?

Meminta penambahan kerusi parlimen "Melayu" yang lebih banyak bererti meminta kerusi untuk UMNO lebih banyak.

Kerja gila!
Atau nanti ada pihak dari kumpulan UG yang bangkit menuduh GB memfitnah?

xnak umno : Bersatu Laksana Agenda Reformasi

Sumber
A
ngkatan Muda Keadilan Malaysia hari ini menyeru agar ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pakyat bersatu-padu untuk melaksanakan dasar perubahan dan agenda reformasi. Usaha ini penting untuk mengelakkan Barisan Nasional merampas semula 2/3 majoriti dalam kerusi parlimen pada PRU Ke-13.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon, Pakatan Rakyat mesti meneliti secara serius tentang keputusan kajian selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Keputusan tersebut boleh dijadikan satu tanda peringatan untuk kesepakatan Pakatan Rakyat dalam memperkukuhkan sokongan rakyat dan sekaligus mewujudkan sistem dua-parti di Malaysia.

Katanya, mengikut statistik kajian selidik tersebut, sokongan kaum India terhadap BN telah meningkat secara mendadak dari 35% ke 55%. Manakala masyarakat Melayu pula menaik sedikit sebanyak 4% iaitu dari 53% ke 57%. Sekiranya parlimen dibubarkan sekarang, Pakatan Rakyat akan hilang 20 hingga 30 kerusi dan menjadi jumlah kerusi dalam parlimen tinggal 50 hingga 60 kerusi.

Walaupun keputusan tersebut hanya sekadar rujukan tetapi sudah mencukupi untuk mengingatkan wakil rakyat yang tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi amaran kepada mereka yang tidak mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan. Sekiranya mereka masih tidak berubah, maka kemungkinan besar akan digugur pada PRU Ke-13.

Menurutnya lagi, AMK berpendapat bahawa setiap lapisan pimpinan Pakatan Rakyat harus memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Hanya dengan semangat reformasi yang mengutamakan rakyat, menyelesaikan masalah rakyat, barulah boleh menyakinkan rakyat terhadap keupayaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN dalam menerajui kerajaan Persekutuan.

Walaupun 52 tahun BN yang penuh dengan rasuah dan penyelewangan telah ditolak dengan tsunami politik 8 Mac, tetapi asas untuk sistem dua parti di Malaysia masih tidak kukuh. Malahan pelbagai tekanan serta sekatan yang dikenakan oleh BN telah membantut proses demokrasi khasnya sistem dua-parti.

Oleh itu, AMK berbangga dengan pencapaian kerajaan PR dalam 20 bulan yang lepas. Namun masih terdapat ruang untuk diperbaiki serta mempercepatkan agenda reformasi serta proses demokrasi untuk menjadi model negeri kepada negeri lain.

xnak umno : Batalkan Tauliah Khalid Samad

Sumber
L
ebih 650 ahli kariah di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada ahli parlimen kawasan tersebut Khalid Samad.

Bantahan tersebut disuarakan melalui kempen kutipan tandatangan yang digerakkan seorang pegawai khas Khalid sejak seminggu lalu.

Mohd Jamil Abd Rahim, yang juga ahli kariah di Bukit Subang dekat Shah Alam berkata, tandatangan tersebut dijangka diserahkan kepada Jais dalam masa terdekat bersama satu memorandum bantahan.

"Sekarang kita tidak serahkan lagi sebab masih ada (tandatangan) yang masih belum dikutip," katanya hari ini.

Beliau, dengan beberapa anak kariah yang mewakili lebih 20 masjid dan surau di kawasan parlimen itu, mengadakan sidang akhbar di Shah Alam petang ini bagi mendesak Jais mengeluarkan tauliah kepada Khalid.

Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Izham Hashim, sebagai ahli kariah di situ, mengetuai sidang media.

Kempen kutipan tandatangan itu akan dilanjutkan lagi selama seminggu sebelum tindakan lanjut, katanya.

Dihubungi pagi ini, Mohd Jamil berkata beliau mengambil inisiatif menganjurkan kempen tersebut bagi mendengar pandangan awam berhubung isu tauliah – yang kini menjadi kontroversi susulan pendakwaan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

"Sebagai orang yang dipimpin, kami juga mahu memberikan pandangan. Kami turun dan lihat sendiri. Kami tanya ahli-ahli agama.

"Cara Khalid mengajar agama itu mudah difahami. Apabila mengajar ibadat, misalnya, beliau memberikan contoh-contoh yang senang," jelas Mohd Jamil.

"Kita bukan hendak bermusuh dengan pihak Jais. Tetapi persoalannya kenapa tidak diberikan tauliah kepada Khalid? Adakah beliau betul-betul tidak layak?

"Berikanlah hitam putih, jangan beri bermacam-macam alasan seperti tapisan keselamatan."

Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008 (foto atas), pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan oleh jabatan itu dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung ahli parlimen BN Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam. -malaysiakini


Penduduk Shah Alam Serah Memorandum Bantah Tauliah Khalid Samad Di Batal

Kira kira 30 orang wakil penduduk Shah Alam hadir dalam satu sesi penyerahan memorandum bantahan terhadap pembatalan tauliah sementara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Memoradum itu diserahkan wakil penduduk Shah Alam, Mohd Jamis Abdul Rahim kepada Pengerusi Penduduk Zon 16, Ir Izham Hashim dengan tandatangan 649 penduduk untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menurut Izham, tindakan Jais membatalkan tauliah sementara Khalid dilihat tidak mencerminkan ketelusan dalam pentadbiran badan agama itu.

“Macam mana JAIS buat pertimbangan dalam beri tauliah.Saya dimaklumkan masih ramai lagi yang tidak diberi tauliah walaupun mereka kelulusan yang tinggi dalam bidang agama.jadi apa alasan untuk tak berikan tauliah.Kalau dibiarkan JAIS boleh sesuka hati dalam nak beri tak beri tauliah bukan atas asas yang jelas”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum penyerahan memorandum tersebut di TTDI Jaya, petang tadi.

Kata Izham, petisyen yang ditandatangani 649 penduduk itu akan diteruskan selama tujuh hari sebelum diserahkan kepada Pengarah Jais, Datuk Khusrin Munawi.

Tambah Izham lagi, pihaknya mengharapkan penjelasan daripada Jais berhubung isu ini kerana masyarakat keliru dengan piawaian sebenar yang diluluskan oleh badan agama kerajaan negeri itu.

Terdahulu,JAIS telah menarik balik tauliah Khalid Samad dengan alasan ceramah yang disampaikan beliau tidak mantap walhal umum mengetahui kredibiliti tokoh penceramah itu.

“Menurut pemerhatian kami yang pernah mengikuti cermah,kuliah,seminar,tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh YB Haji Khalid Samad,kami dapati penyampaiannya amat mantap,jelas dan bertepatan dengan nas nas Al Quran dan Hadis”,tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, perkara ini seharusnya diambil perhatian agar perkembangan dakwah Islam di negeri ini dipermudahkan dan tidak disalahgunakan. -TVS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111