" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, December 21, 2009

Kenali ABU dlm PAS : Pakatan Rakyat, Jangan Pandang Belakang

Oleh Zolkharnain Abidin
Kalau menyertai konvensyen PR, 19 Dis di MBSA boleh dimasukkan sebagai pengalaman peribadi, saya tidak malu untuk berkata itulah pengalaman politik peribadi paling manis. Apa yang berlangsung itu melangkaui u***** pemikiran orang politik biasa, apatah lagi musuh politik PR.Masakan tidak. PAS dan DAP yang lebih dewa sa daripada PKR meranduk sawah politik Malaysia ada sejarah ‘kelabu’ yang tersendiri. Sejarah kelabu itulah yang dicanang sehingga kini oleh Umno / BN untuk menidakkan muafakat antara PAS dan DAP.

Usah disebut lagi, usah diulang lagi sejarah kelabu itu. Biarkan dia berlalu. Biarkan sejarah merakamnya dan anak cucu kita membacanya. Cuma, kita ingatkan mereka supaya jangan mengulangi sejarah kelabu itu sama seperti kita tidak mahu menyebutnya lagi pada hari ini.

Ungkapan Karpal dalam ucapannya menjadi pengunci mati sejarah kelabu itu. “… saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini”. Ucapan Tok Guru juga ada signifikannya, “Saya nampak ada bulan di dada Karpal”.

Mereka yang tidak dapat merasai kemanisan konvensyen kelmarin adalah mereka yang mati sensitiviti politiknya, walau pun dia mengaku dia adalah anggota ‘gerakan Islam’.

PR tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Kita melangkah dengan harapan politik baru. Bukan politik perkauman senget, sempit dan songsang dendangan dan warisan Umno / BN.

Biarkan Umno dengan ratib Melayunya. Orang Melayu kehilangan biasiswa, kehilangan bumi, kehilangan bahasa, kehilangan wibawa, kehilangan harga diri, Umno masih juga terhinggut-hinggut dengan ratibnya.

Melayu rosak dan hilang bukan kerana DAP. Melayu rosak dan hilang kerana Umno, kerana politik perkauman senget, sempit dan songsang Umno. Umno menipu orang Melayu dengan ‘dacing kandar’ nya itu.

Betul, Umno memang membela Melayu tetapi Melayu atasan, Melayu elit, Melayu di sekeliling pinggang pemimpin Umno. Melayu marhaen termasuk pengundi Umno di desa tiada tempat dalam kamus pembelaan Umno. Ketika Melayu merempat ini pun, Umno masih juga meratib ‘Melayu’. Poooraahhh…

PR mesti memberi fokus kepada agenda pelaksanaan dasarnya. Jangan menoleh lagi. Teruskan perjalanan, tukar gear satu demi satu. Berhenti sekejap bila bertemu lampu isyarat kemudian terus semula perjalanan. Jangan fikir untuk berpatah balik. Lupakan sekejap gear undur itu.

Cuma jangan ditanggal gear undur. Bila berhadapan tembok, undur sedikit, jangan undur terus. Kemudian sambung semula perjalanan ke hadapan.

Jangan bimbang rakyat bersama kita selama mana kita bersama mereka. Dan, mereka tetap akan bersama kita sekiranya kita bukan sekadar membawa harapan tetapi membawa sinar kepada kehidupan mereka.

Anwar Melayu, Abdul Hadi Melayu, Karpal Singh Benggali, Kit Siang Cina, Guan Eng Cina, persetankan itu semua. Bangsa dan darah keturunan bukan urusan kita. Darah kita sama merah dan kita semua adalah manusia.

Melayu tak akan hilang kemelayuannya sama seperti Cina dan Benggali. Tetapi kita boleh kehilangan kemanusiaan apabila kita menindas mereka yang sepatutnya dibela. Hari ini dan kelmarin, dan tidak mustahil besok juga, rakyat pernah merasai mereka diperlakukan seperti ‘kaldai penanggung barang’ oleh Umno.

Apa buktinya? Salah satu ialah GST. Semua akan merasai perit GST tanpa mengenal Melayu, Cina atau Benggali. GST ini bikinan siapa kalau bukan parti berkuasa hari ini, Umno?

Anwar Islam, Abdul Hadi Islam, Nik Abdul Aziz Islam. Karpal Singh, Kit Siang, Chua Jui Meng bukan Islam. Takdir Tuhan mereka dilahirkan daripada rahim ibu masing-masing yang menganut agama masing-masing.

Justeru kelainan agama itu urusan kitakah? Tidak, itu urusan Tuhan Pencipta kita. Tuhan lebih mengetahui tindakan-Nya. Dia lebih maklum hikmah di sebalik itu semua.

Kewajipan kita kini ialah menampilkan kerahmatan Islam. Pada hari ini, di Malaysia, jangankan orang bukan Islam, orang Islam sendiri pun tidak dapat menikmati sepenuhnya kerahmatan Islam itu. Orang Islam tidak dapat merasai nikmat kewujudan ratusan masjid, apatah lagi orang bukan Islam.

Siapa yang memerintah negara ini selama ini? Bukankah Umno yang mengaku menjadi tulang belakang BN?

Kalau ada orang bukan Islam yang tidak senang dengan Islam, itu kerana mereka tidak merasai kemanisan rahmat Islam. Mereka mendapat maklumat mengenai Islam daripada sumber yang salah. Sumber itu ialah Umno.

Tak percaya? Cuba baca kenyataan Ketua Penerangan Umno tahun 2009 yang berfikiran macam orang yang hidup pada abad ke 17.

“… perasaan orang Melayu dan Islam terhiris dengan tindakan pemimpin DAP dan PKR yang mempermainkan ayat al-Quran dengan membacanya demi menarik sokongan pengundi…”

Saya tidak percaya pada zaman ini ada lagi orang seperti ini. Hah… Orang bukan Islam tak boleh baca ayat al-Quran? Woi, siapa ajar kamu begitu…? (Baca sini).

Kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, saya dan kami bangga dan berterima kasih setinggi-tingginya. Kebijaksanaan kedua-dua Tuan Guru adalah jasa terbesar kepada anak cucu kami dan kita, anak cucu Karpal dan Kit Siang juga.

Kerana mereka mendapat gambaran benar mengenai Islam sebagai rahmat untuk semesta alam. Kalau pun mereka mungkin menemui Tuhan dalam keadaan tidak menerima Islam, sekurang-kurangnya mereka dapat merasai nikmat rahmat Islam di dunia ini. Bukankah itu lebih baik daripada tidak mendapat langsung?

PR, jangan pandang belakang lagi. Kita berasa di atas landasan yang betul. Persetankan suara anjing yang menyalak di kiri kanan perjalanan kita. Galaslah harapan kami ini kerana kami telah berputus harap kepada Umno.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Kenali ABU dlm PAS : Untuk Pak Bakar Dan Rakan-rakan Sejati, Terima Kasihku Tak Terper

Maaf, tak tahu entri apa nak ditulis pagi ini. Banyak sangat isu, tapi semua hal introspeksi diri. Jadi kena kawal sekarang persaan ni, sebelum nanti dalam lebih ramai memaki-maki GB. GB dah kena beli, GB dah jadi agen musuh menentang parti, GB dah itu dan ini, begitu dan begini.

Oleh itu GB pagi ni main salin dan tampal jer. Salin dan tampal komen Pak Bakaq (gambar) dengan jawapan GB terhadap satu rangkaikata tulisan GB sendiri

Pak Bakaq sendiri selalu menulis membela PAS. Tapi bila Pak Bakaq kena gari, siapa pemimpin PAS yang ada taruh simpati? Kereta Pak bakar sampai nak kena tarik. Bil streamyx pun dah kena potong tempohari. Ada pemimpin PAS ambil tahu? Mujur Pak bakaq ni ada juga kable. GB lansung takder kable, kalau berlaku apa-apa hal macam berlaku ke atas mahazalim macam dulu, memang parah aku. Muga Allah melindungi.

Maka menjawablah Pak Bakaq:


Leganya kalau ada cable. Taklah internet kena potong, kereta kena tarik (bukan setakat nak kena tarik).

Sdr GB

Tak payah fikirlah soal penghargaan atau benda2 karut marut sebegitu.

Kita buat kerja kita, depa buat kerja depa.

Aku dah sebut dah. Kalau PAS nak menang, selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin.

Aku tulis kerana sakit hati. Bukan kerana hendak dihargai.

Apa tak sakit hati? Kita harap para pemimpin PAS bersih dan dilihat bersih, tak bodoh dan cerdik. Itulah kekuatan untuk melawan Umno.

Yang paling kita tak nak dengar ialah kata-kata "pemimpin PAS pun serupa Umno jugak".

Kata-kata itu sudah cukup untuk jadi sumber kekuatan Umno. Sebabnya, kalau pemimpin PAS pun serupa Umno, depa kata, baik pilih Umno.

Tetapi, kata-kata itulah yang kita dengar tak habis-habis sekarang. Itu persepsi sebahagian rakyat.

Mengkhianati kawan, bercakap bohong, keras pedal dengan kronisme, macam-macam.

Bila kita dah tak boleh nak menafikan tanggapan seperti itu, hang tak sakit hati ka?

Sebab itulah, mampoih pi la nak hargai ka, tak hargai ka. Mampoih pi la nak kata apa pun. Aku sakit hati!


GB pun jawab semula:

Alamak Pak Bakaq

Soriler kalau GB salah tulis kata Pak Bakaq ada cable. GB hanya tahu entah dari mana maklumat tuh.

Tapi itulah sahabat-sahabat semua, luahan seorang blogger lama.

Dulu sewaktu di zaman reformasi, seingat GB, selain dari Prof Abdullah Hassan dan isterinya, Pak Bakaq adalah diantara yang agak prolifik menulis dan menghantar artikelnya ke Laman Reformasi. Salah satu tulisan Pk Bakaq GB rakamkan di dalam tulisan ini.

Benar kata Pak bakaq

"Tak payah fikirlah soal penghargaan atau benda2 karut marut sebegitu. Kita buat kerja kita, depa buat kerja depa. Aku dah sebut dah. Kalau PAS nak menang, selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin.

"Kalaulah kerana nak dihargai, baik tak usah sampai nak menyusahkan diri, banyak menda lain yang GB boleh lakukan untuk dihargai. Malah laman IT kendalian GB skrg ni pun dah berbulan(bertahun kot) tak usik, sebab tumpukan perhatian kepada perjuangan parti.


Memang benar apa Pak Bakaq kata "selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin".

Jika seorang ahli biasa macam GB dan Pak Bakaq tak bersih, itu tak memberi kesan besar sgt kepada parti. Dan memang GB pun banyak kelemahan. Hutang masih keliling pinggang. Apa pasal? Sebab tinggalkan kerja buat kerja untuk parti. Sebab GB merasakan dulu, memprjuangkan Islam, mesti lakukan sepenuh masa, perjuangan Islam bukan kerja part-time jika nakkan Islam menang. Jadi dalamasa berjuang, keperluan zahiriah perlu juga dijaga. Kalau tak nak makan apa? Pilihan yang boleh dilakukan ialah berniaga, tetapi dunia perniagaan ada disiplinnya sendiri, sehingga GB terpaksa akui GB tak pandai berniaga, tak pandai nak pusing, tak pandai pula marketing. Hal ini pernah GB kisahkan di SINI.

Berbalik kpd luahan Pak Bakaq, mana tak sedih, penat-penat berjuang di alam siber sekian lama. tup-tup keluar Kerajaan Perpaduan.

Senang-senang pejuang siber dikhinati, bukan sekadar pejuang siber, tetapi pejuang di akar umbi juga seluruh negara.

OK tamat kisah tu, berhadapan pula dengan ramainya pemimpin atasan PAS yang bodoh dan pemalas pula yang oleh Ust Fathi Yakan maksudkan sebagai golongan "futur" dari kalangan pemimpin. Baca kat SINI.Banyak perkara boleh dibuat oleh PAS, tapi tak buat. PAS boleh anjurkan program Maal Hijrah sendiri untuk iktiraf pejuang2 PAS yang dah berkorban utk parti seperti Hassan Shukri, Subky Latif, bekas2 PJ Negeri-negeri, tapi pemimpin PAS tak buat, lebih seronok bertenggek atas pentas VIP majlis Maal Hijrah pihak lawan.

Dan pemimpin futur ini ada pengampunya yang tersendiri. Siapa? Tak payah sebut nama. Semua orang tahu. Termasuk kat harakah, penulis-penulis harakah dah jadi macam wartawan Utusan dan seumpamanya. Membodek tak sudah, hentam blogger. tetapi bodoh rupanya, kalau tak masakan harakahdaily terpaksa di"outsource" kepada sebuah syarikat bernama Altfa Solution. GB belum bongkar lagi hal tu. Ada tender ke tidak, kronisme ke tidak dll.

Nak suruh GB tinggalkan parti macam Pak Bakaq dah buat? Boleh dan mujur terjumpa hadith yang mengkisahkan tentang walaupun berjuang sendirian tanpa parti.. biar engkau sampai menggigit akar kayu... tenanglah kemudian hati ini.

_________________________

Pagi ni terbaca laporan BAYAN kat karpethijau yang pergi ke Seminar Blogger semalam.


BAYAN: mmg betul akhi cakap, perjuangan pas dah jadi prjuangan olok-olok. tahap mentaliti YB2 pun mcm budak2. meluat saya tengokkan.
21 Dec 09, 09:16

BAYAN: Smlm masa seminar blogger, saya dpti ramai yg gila glamour, posing amik gambar. termsk YB-YB. teringat saya kisah prjuangan Islam, umat Islam bawa illmu & pdg, bukan kamera. amacam pas nak menang ni?

Betul ke begitu? Mungkin dunia dah nak kiamat.
Jika betul dunia nak kiamat lebih baik GB berundur dari perjuangan alam siber yang dah dipenuhi dengan kepura-puraan ini.

Mungkin blog GB akan ditutup selama-lamanya. Mungkin ada yang suka, termasuk pemimpin-pemimpin tertinggi parti. Hidup nanti bertambah sedap tanpa GB. Asyik nak salahkan pimpinan parti, asyik prejudis dengan UG. Kata mereka.

Lagipun entah macamana, takdir Tuhan, laptop kebelakangan ini asyik meragam. Susah betul aku nak wat keje. Almaklum dah 4 tahun dilanyak habis. Ruang hard-disk dah penuh. Memori kecik. Nak convert video-video pun dah amik berjam-jam. Siara radio GB.fm nak stream pun asyik tersangkut, last-last suara GB dah tak der lagi di alam siber. Dah berbulan-bulan. Kawan-kawan email pun GB dah tak mampu nak jawab. Segan pun ada nak bagitahu yang GB dah tak mampu.

Nak bagitahu Pak Bakaq juga, usah bersedih, GB pun sebenarnya streamyx dah dua kali kena potong hari tu. Kereta buruk GB sampai dah masuk lot "kereta lelong" sebuah finance, mujur dapat jual motor buruk dan tebus semula. Itu pun dah rugi kat RM1000 (duit upah tarik dan sewa lot).

Itu pun kena tuduh macam-macam. Dapat habuanlah, dapat tajaanlah, GB dah kena beli... huhu pilu hatiku..

GB bukan macam blogger Sebol, mewarisi perniagaan stesyen pam minyak dari bapa, atau YB yang dah boleh menulis blog dengan gaji dan elaun bulanan dah tentu ada, atau forummer-forummer berbakat dengan perkataan caci-maki dengan kata nista.

Khuatir sangat GB mengenai kes GB terpaksa menyamar jadi peminta-sedekah di Puduraya zaman reformasi dulu, bila nak balik tak der duit minyak...

Ada yang syorkan jumpa ariffahmi. KAH KAH KAH .. pinjam Tukartiubnya ketawa sekejap.

Yang ada pada GB hanyalah Suci Sekeping Hati. InsyaAllah.
Dan GB bukanlah pejuang siber yang terbaik. Lebih ramai yang bagus-bagus. Jika ditakdirkan GB ada lagi menulis selepas ini, mungkin bukan lagi untuk pemimpin parti. Pemimpin parti dan para penyokongnya tak payah susah-susah hati. Kalau ada juga, terima saja ia takqdir Ilahi, GB mungkin dah boleh diubah lagi.

Semuga Allah terima amalan kita semua. Semuga Allah memberikan kemenangan hakiki kepada parti kita. Selepas ini.

Mohon ampun segala dosa jika ada.

Ni baru terbaca tulisan di sebuah blog Fakulti SiyasahSyariah untuk renungan bersama justeru ada juga yang menuduh kononnya GB termasuk golongan yang fasiq and manalah tahu kot betul GB fasiq.


Berikutan tulisan FSS mengenai "Fitnah Benar dan Fitnah Bohong", petang semalam, seorang sahabat bertanya "Bukankah Islam juga menolak berita yang disebarkan oleh orang fasiq?".

Untuk menjawab pertanyaan itu elok kita perhatikan firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 6:

يأيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنباء فتبينوا
Terjemahan: Wahai mereka yang beriman! Jika kamu didatangi si fasiq dengan sesuatu berita, maka hendaklah kamu periksa (asas, latarbelakang atau kebenarannya).

Ayat tersebut tidak menyuruh orang beriman menolak berita yang disebarkan oleh si fasiq. Sebaliknya, ayat itu menyuruh orang beriman menyiasat berita yang dibawa oleh si fasiq.

Si fasiq yang paling teruk ialah si musyrik. Namun, berita darinya usah ditolak mentah-mentah. Justeru, Rasulullah mengutus beberapa perisik ke dalam kalangan musyrikin untuk mendapat berita dari mereka. Berita yang diperolehi dari mereka diproses dan dimanfaatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111