" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, December 23, 2009

Kenali ABU dlm PAS : Negara dalam Bahaya

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap.

Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan .

Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?

3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

4. Tahun 2007 ini juga mengingatkan saya bagaimana kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat ahli politik kanan menerima rasuah RM 5 juta untuk membebaskan penjenayah yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti pelacuran , gengster , ah long dan lain - lain .


5. Persidangan Dewan Negara pernah diberitahu [ pada tahun 2007 ] terdapat tiga kumpulan gengster utama yang telah dikenal pasti wujud di negara ini sejak 2005 dengan jumlah anggota mencecah 17,000 orang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan gengster Ang Bin Hoey mempunyai 122 kumpulan dengan 11,764 anggota, kumpulan Wah Kee mengetuai 40 kumpulan dengan 1,991 anggota manakala Thug Gang mempunyai 123 kumpulan dengan 3,497 anggota.

6. Pada 12 ogos 2007 melalui ruangan tetap Tun Hanif Omar [ bekas ketua polis negara ] mendedahkan di akhbar The Star bahawa terdapat 40% daripada anggota polis terlibat dengan rasuah .

7. Sementara pada 14 February 2004 , Datuk Seri Rais Yatim juga pernah mendedahkan bagaimana 18 kes rasuah yang melibatkan high profile sedang diperingkat akhir siasatan tetapi malang sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang tindakan diambil .

8. Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam pernah seketika dulu membuat laporan kepada BPR [ kini SPRM ] apabila laman web seorang yang dituduh penjenayah, Michael Soosai yang seketika dulu dipercayai bersembunyi di India , mendedahkan kegiatan sembilan anggota polis yang terlibat secara langsung dengan rasuah.

9. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan berita bumbung stadium Sultan Mizan runtuh di Terengganu , kemudian jambatan gantung di Dipang juga runtuh dan mengakibat hilang nyawa beberapa orang pelajar sekolah yang menggunakan jambatan tersebut . Terbaru hentian bas di Kuala Berang juga dilaporkan runtuh . Saya percaya semuanya ini adalah bermula dan berpunca dari amalan rasuah yang membarah .

10. Indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa kini di angka 52 . Angka yang sangat memalukan dan jauh ketinggalan dari negara jiran kita Singapore . Lebih malang , tiada usaha yang serius dan berkesan dari kerajaan UMNO dan BN untuk menangani isu rasuah ini malah mereka kelihatan selesa dengan wabak rasuah yang kian menular ini . Akibatnya , keselamatan negara dan rakyat kini terancam dan berada di dalam keadaan bahaya .

Kenali ABU dlm PAS : Hebatnya Malaysia, boleh 'menghilangkan' enjin jet tentera

Oleh Mohd Firdaus Jaafar

Lepas satu, satu lagi episod lawak antarabangsa dihidangkan oleh pemerintah 1Malaysia untuk hiburan penduduk bumi di abad ke 21 yang setiap saatnya terkandung ribuan juta informasi.Episod kali ini melibatkan agensi pertahanan negara yang tidak sepatutnya menjadi aktor dalam cerita komedi ini. Tapi inilah realitinya bila pemerintah negara dipilih dari kalangan "badut berbibir merah".


Mungkin secara sinisnya kehilangan enjin jet pemintas berharga RM50 juta pada ketika DS Najib sebagai Menteri Pertahanan dan TS Azizan sebagai Panglima TUDM tidak ubah seperti hilangnya carburetor pada enjin motosikal EX5.

Atas alasan itulah mereka-mereka yang bertanggungjawab terhadap agensi itu boleh tidur nyenyak seolah-olah aset berharga RM50 juta itu tidak bernilai langsung kepada negara.

Di ketika 1Malaysia kecoh dengan perkhabaran itu, PM 1Malaysia tampil memberikan jaminan tidak akan menutup kes yang berlaku pada 2007 ketika beliau masih lagi menjadi menteri berkenaan.

Kata Najib, beliau sendiri yang mengarahkan aduan polis dibuat apabila menyedari tentang kejadian tersebut. Tapi tidak pula dinyatakan tarikh sebenar laporan itu dibuat, menurut sumber setahun selepas insiden itu berlaku. Kalau betul sumber itu, mengapa perlu ambil masa yang terlalu lama untuk buat laporan polis?

Atau mungkin laporan itu dibuat sehari selepas Menteri Pertahanan sekarang ini, DS Zahid Hamidi mendedahkannya Sabtu lalu, enjin pesawat pemintas F-5E yang disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada syarikat antarabangsa dari negara yang berpengkalan di Afrika Selatan.

Walau apa pun, insiden kecurian ini mendedahkan kepada umum kepincangan yang ada pada agensi keselamatan negara kini dan sekaligus mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap tahap keselamatan negara.

Saranan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz supaya dipanggil Sidang Khas Parlimen ada asasnya. Insiden ini perlu dibincangkan di peringkat pembuat dasar agar keselamatan negara dapat dibaikpulih dengan segera.

Dalam konteks keselamatan ini kepentingan umum perlu didahulukan. Insiden-insiden pencerobohan markas ATM dan berulangnya episod-episod kelakar kebelakangan ini membuktikan pencapaian prestasi Kementerian Pertahanan bukan menjadi keutamaan kepada mereka.

Ini perlu dibincangkan hingga selumatnya, keselamatan negara bukanlah perkara yang boleh dimain-main. Siasatan menyeluruh berkaitan kes akan dapat merungkai kekalutan yang ditimbulkan.

Oleh itu, perlunya pembentukan satu jawatankuasa khas yang diberi kuasa penuh untuk menyiasat sesiapa saja tanpa mengira status atau kedudukannya. Agensi yang bertanggungjawab iaitu PDRM tidak boleh diharap langsung, gagal berfungsi dan memainkan peranannya. Ini terbukti bila PM mendedahkan laporan polis yang telah dibuat ketika beliau masih lagi menteri di kementerian itu.

Polis perlu sedar, organisasi mereka kini sedang diheret untuk dikambing hitamkan. Mereka perlu tampil menjelaskan kepada umum, mengapa sampai sekarang tidak ada satu pun kenyataan mereka berkaitan siasatan kes ini? Sekiranya ada penyiasatan, kenapakah ianya tidak menemui pengakhirannya? Atau, mungkinkah polis mengkategorikan kes ini sama seperti kes kehilangan duit syiling dalam poket seluar di rumah?

Insiden sebesar benua asia ini harus dipertanggungjawabkan terus kepada mereka yang tertinggi dalam agensi keselamatan negara, bukannya ditujukan kepada anggota bawahan lain-lain pangkat seperti kenyataan DS Zahid Hamidi.

Terbaru Zahid memberitahu, empat anggota ATM telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ini dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi anggota bawahan lain-lain pangkat yang turut terlibat menghilangkan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM.

Situasi sebeginilah sudah pasti menimbulkan kegelisahan kepada anggota-anggota bawahan ATM, sekiranya nasib tidak baik akan tersenarai dalam 'ramai lagi anggota bawahan' yang akan dikambing hitamkan bagi menutup kelemahan mereka yang berada di atas.

Menteri dan panglima yang terlibat ketika kejadian mesti tampil mengaku kelemahan dan bertanggungjawab di atas segala kecelaruan yang berlaku. Janganlah pula hilang sebagaimana hilangnya enjin-enjin jet F-5E (meminjam kata-kata Mahfuz) yang bukannya sebesar 'รงarburetor motosikal EX5'.

http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111