" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, December 25, 2009

ABU dlm PAS : Nik Aziz Kesal Sikap Mahfuz Bangkit Isu Ariffahmi

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang masih membangkitkan isu berhubung peletakan jawatan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz berkata, terpulang kepada Mahfuz untuk menyuarakan apa sahaja pandangannya kerana pucuk pimpinan Pas sudah membuat keputusan mengenainya.

“Ikut dia (Mahfuz) la, keputusan kita buat dah. Presiden sendiri (sudah berikan pandangan). Berapa kali nak ulang benda itu. Ikut dia nak kata apa pun. Dia tahu siapa dia, presiden di mana.

“Cukup la tutup fail dah. Mari la datuk mana sekali pun saya kena dengar keputusan daripada pusat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat di Wisma YAKIN di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahfuz yang meminta Ariffahmi mempertimbangkan secara serius desakannya untuk melepaskan jawatan itu secepat mungkin.

Kelmarin Mahfuz dilaporkan berkata, tindakan itu perlu demi menjaga kepentingan parti dan kepentingan semua pihak, terutama imej Kerajaan Kelantan yang sering menjadi mangsa tohmahan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Mahfuz menyarankan agar peletakan jawatan Abdul Ariffahmi disegerakan bagi mengelak persepsi buruk terhadap Kerajaan Negeri selain menghentikan kontroversi ini.

Mahfuz turut mencadangkan agar Abdul Ariffahmi diberikan dua pilihan sama ada menerima sebulan gaji dan terus berhenti atau memberikan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan tetapi diarahkan bercuti.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Pengarah Jentera Pilihan raya Pas negeri Kelantan, Abdul Fattah Haron menyarankan kepada semua pimpinan Pas supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung isu tersebut kerana ia dianggap sudah selesai.

Abdul Fattah berkata, pimpinan Pas tidak perlu membangkitkan kembali isu ini sebaliknya mereka kini perlu memperkukuhkan benteng dan perancangan bagi menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Saya minta kepada semua pemimpin Pas jika tidak keberatan agar menyerahkan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) menyelesaikan masalah itu dan kita pula perlu tumpukan kepada kerja masing-masing.

“Bagi yang bekerja untuk parti tumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan bagi yang bekerja dengan kerajaan tumpukan kepada kerja masing-masing.

“Saranan ini adalah bagi meredakan keadaan. Sekarang ini kita perlu ambil peluang di sebalik apa yang berlaku kepada UMNO,” katanya.

Abdul Fattah berkata, ahli dan pimpinan Pas sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengatur strategi dan bukannya mencari salah masing-masing yang akan melemahkan parti.

“Saya berharap semua dapat bekerja keras untuk mengukuhkan parti. Buangkan tradisi lama Pas yang mana kita sering leka apabila lawan kita lemah dengan cara kita mencari salah sesama sendiri tetapi sebaliknya pula jika kita menghadapi lawan yang kuat.

“Dalam keadaan UMNO yang lemah sekarang kita perlu bersatu menyusun dan mengubah strategi bagi menghadapi lawan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai isu yang melanda Kelantan, Abdul Fattah berkata, biarkan Kelantan menangani dan menyelesaikannya sendiri.

“Telah banyak bukti yang menunjukkan bahawa kita mampu menangani dan menyelesaikan masalah kita sendiri,” katanya. -SH

Ulasan GB

Tak cukup puas lagikah mana-mana pimpinan PAS yang ada untuk melukakan hati TGNA?

Sedangkan Presiden PAS sendiri TGHH telah mengeluarkan pandangannya dan ia diterima baik dan rendah hati oleh TGNA sendiri yang parti telah melantiknya sebagai Mursyidul Am itu.

ABU dlm PAS : Konvensyen Pakatan Rakyat:Paradigma baru politik negara

Oleh Zaid Ibrahim

Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu UMNO dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan. Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan.

Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain. Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam.

Yang paling ketara dan jelas ialah Pakatan Rakyat; DAP, KeAdilan dan PAS, telahpun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok - menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari dengan kehendak agama dan kepercayaan kita; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat; dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa. Ini adalah paradigma baru dalam politik negara.

Apa yang bakal menjadi cabaran kepada kita bukanlah menangani dakyah UMNO (walaupun ini memang perlu dilakukan) tetapi seperti kata Pemuda PAS, kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja. Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut. Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza.

Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina. Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi. Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia. Kita perlu buktikan muafakat sejati di antara kaum. Kita perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama. Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua.

Perkembangan dunia hari ini akan membawa perubahan nilai di negara kita. Usaha-usaha meningkatkan kedudukan ekonomi dan taraf hidup mesti dibawa bersama dengan hak-hak keadilan, demokrasi dan kebebasan. Nilai inilah yang berpihak kepada kita.

Jika kita kuat berkerja, hasilnya juga lumayan. Tetapi bukanlah untuk orang-orang politik mendapat kuasa. Lebih penting hasil ini adalah untuk rakyat menikmati pembaharuan yang kita perjuangkan. Kita bukanlah mahu berubah semata-mata untuk perubahan. Tetapi kita berubah untuk menjadikan negara dan masyarakat kita berada di tahap lebih baik.

Dalam hal ini, saya amat yakin bahawa semakin ramai orang-orang Melayu Islam telah menyedari bahawa masyarakat yang bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi merupakan tuntutan utama dalam Islam. Apa jua label atau slogan yang dilaung-laungkan tidak akan sama apabila dibandingkan dengan amalan sebenar yang berteraskan nila-nilai murni yang dituntut. Itu adalah Islam sebenar dan bukanlah hanya bercakap pasal hal-hal Islam. Inilah juga merupakan teras empat perkara pokok yang mahu diperjuangkan atas nama Pakatan Rakyat.

*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat. Tajuk asalnya Setelah Sebulan.

ABU dlm PAS : Tiga Perkara Yang Merosakkan PAS

Konvensyen Pakatan Rakyat yang memperuntukkan secara jelas polisi negara termasuk kedudukan Islam dan bahasa Melayu sekiranya berkuasa, menjadikan Umno sawan. Tanpa segan silu, Umno bersedia menjadi ‘penasihat’ PAS supaya tidak menggadai prinsip perjuangan. Macamlah perjuangan Umno punya prinsip…!

PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang Melayu di negeri Umno berkerajaan juga tidak kemana pun.

Di Pulau Pinang, Umno sibuk untuk mengambil kerusi pengerusi BN negeri. Umno nak buat apa dengan jawatan itu? Nak bela Melayu Pulau Pinang? Melayu di Terengganu, negeri terkaya itu pun Umno tidak terbela, inikan pula Melayu Pulau Pinang.

Justeru, PAS tidak boleh mengikuti jejak Umno. Jejak yang memusnahkan, bukan sekadar masa depan PAS tetapi masa depan kepada harapan rakyat Malaysia.

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya, seperti Umno. Apabila PAS dapat tegak dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, pasti tiada yang terpinggir dan teraniaya, baik Melayu atau sesiapa sahaja.

Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.

Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.

Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. Mana mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang memijak mahkamah, memperkosa sistem demokrasi, melontar jauh-jauh kemanusiaan rakyat.

Institusi utama negara yang mana satu yang tidak pernah dinodai oleh Umno? Sebut sahaja; SPR, SPRM, polis, mahkamah, parlimen atau mufti?

Negara ini hanya mampu menjadi baik apabila dikendali oleh golongan yang menjulang keadilan.

Benar, parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Namun kelemahan dan kesilapan mereka tetap ada batas sempadannya. Memang ada masanya mereka bercakap ‘lepas’, tetapi mereka tidak pernah menzalimi orang lain.

‘Say no to Umno’.

Ketiga, PAS tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat. Dalam ungkapan lain, kesetiaan PAS terhadap Pakatan Rakyat tidak boleh berbelah bagi.

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, satu persetiaan yang harmonis terjalin seperti persetiaan yang terhasil semasa konvensyen yang lalu. Akui Anwar, BN sendiri tidak mempunyai dokumen persetiaan dasar seperti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Persetiaan itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi persetiaan yang tersimpul harapan rakyat. Mencabuli persetiaan itu sama seperti mencabuli harapan mereka.

Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga. -

Ulasan GB

Itulah pandangan Ust Zolkharnain Abidin, exco Dewan Ulamak PAS.

Namun yang utama kita ialah mnyedar golongan pengampu-pengampu yang satu ketika Ustadz Zolkharnain menyifatkan sebagai penyokong yang membawa rebah. Golongan ini disifatkan sebagai golongan yang menjahanamkan PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111