" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 10, 2012

Kuliah Bulanan Di Markas PAS Cawangan Pangkor

Pangkor, 10 Januari 2012, bertempat di Markas PAS Cawangan Pangkor yang di hormati Ust Sidek Noor iaitu mantan ketua PAS Cawangan Pangkor telah menyampaikan kuliah bulanan iaitu pada waktu nelayan di pulau ini tidak pergi ke laut.Kuliah di bahagikan kepada dua sessi, selepas Asar untuk kaum muslimat dan selepas Maghrib untuk kaum Muslimin pula.

Di samping itu, setiap Jumaat setiap bulan kuliah tetap berjalan seperti biasa di mana pihak kami mengimpot 4 orang ust dari luar. Di antaranya ust Syed Sharim bin Sayed Khalim, ust Akmal bin Kamaruddin, ust Akmal Abdullah Sani dan ust Firdaus bin Hassan. Manakala ust Nor Azli Musa pada setiap Jumaat minggu ke lima.

Oleh Razali Endun

Sekarang ini heboh fasal Hassan Ali yang semakin celupar mulutnya dan didakwa pula sudah termasuk perangkap gerombolan.

Sebenarnya dia bukan termasuk perangkap, tetapi sengaja memerangkapkan diri dengan hasrat dan tujuan yang tersembunyi.

Melihat watak Hassan Ali ini dia sebenarnya seorang yang egoist. Ini dapat dilihat daripada cara dia mengacarakan Forum Perdana di Tv beberapa tahun lalu. Juga dalam ucapan-ucapannya, jelas nada suara dan gayanya membayangkan dia seorang yang ego.

Sebagai individu dia mungkin tidak perasaan gelagat dan tingkah lakunya. Tetapi sebagai pakar motivasi dia kelihatan tidak mampu untuk muhasabah dirinya, lantas akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan para pelajarnya.

Tentu sekali menimbulkan persoalan di kalangan pelajarnya sekiranya apa yang diajarnya bertentangan dan perilaku dirinya sendiri.

Ego bererti bahawa sesorang itu sentiasa menganggap dirinya lebih daripada orang lain, lebih pandai, lebih tahu, segala-galanya lebih, yakni lebih daripada orang lain; maka dengan itu menganggap orang lain kurang tahu dan dia saja yang tahu serba serbinya. Demikianlah watak ego sesorang itu.

Tentang perangkap, aku kira dia sengaja masuk perangkap gerombolan dengan harapan dilamar dan mungkin bercita-cita menggantikan Jamil Khir. Kalau tidak apa-apa, masakan tempua bersarang rendah.

Oleh kerana kerelaannya mencerca partinya sendiri dalam wawancara oleh Utusan dan TV 3, maka dia mendapat liputan meluas daripada media tersebut. Kalau tidak kerana komen dia memburukkan Pas, tak mungkin dia mendapat liputan meluas begitu. Bukan mudah nak keluar muka di tv.

Hassan Ali ni tidak mengikut jemaah atau suara majoriti. Muktamar Pas telah bersetuju supaya tidak diadakan rundingan untuk berkerjasama dengan gerombolan.

Begitu juga dengan negara kebajikan, sudah diluluskan oleh muktamar. Belajarlah menghormati suara ramai.Cerita Hassan Ali nak jadi MB Selangor sudah diketahui ramai.

Khabarnya dia awal-awal lagi sudah berunding dengan Khir Toyo untuk tubuhkan kerajaan campuran Pas /Umno ketika PR menang PRU 12 lalu.

Sekarang macam-macam tembelang terbuka. Musatffa Ali mempersoalkan apa yang dia buat pada bulan puasa lalu (Ogos) di sebuah hotel bersama- Nasa dan 3 orang lagi. Yang 3 orang itu tidak pula dijelaskan oleh Mustaffa.Siapa agaknya mereka itu? Mungkin orang atau agen-agen gerombolan.

Mungkin si kitul Zul yang lantang menjadi jurucakap gerombolan? Ini disahkan oleh Hassan apabila dalam kenyataannya seperti dilapor Harakahdaily bahawa dia pernah bertemu Zul dan sependapat dengannya.

Tak taulah! Hassan Ali ni pelik juga.

Kalau tak setuju dengan pucuk pimpinan, kenapa tidak saja bersemuka dan lahirkan pandangannya kepada kepimpinan. Kalau mereka tidak terima dan dia tak setuju, keluar saja, tinggalkan parti dan masuk parti lain.

Janganlah rosakkan rumah tempat kita berlindung daripada hujan dan panas. Kalau rumah itu sudah tidak boleh dibaiki lagi, keluar dan tinggalkan, masuk rumah lain atau bina rumah baru.

Barulah orang respect! Cukuplah seorang Zul. Jangan ditambahkan lagi Zul, Zul yang sengaja membuat onar dunia politik tanah air. Biarkanlah si Zul itu terjun dengan labu-labunya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111