" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, August 30, 2010

Kalaulah Umno ada di zaman Nabi

Oleh Penarik Beca

Dalam posting bertajuk "Umno, sila tengok gambar bukan Islam memeriahkan masjid di luar negara (Warta 365)" diceritakan perkara-perkara berikut:...penduduk Taif dibenarkan oleh Nabi s.'a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.'a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid. Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"

Imam mazhab kebanyakan orang Melayu di negara ini, Imam Syafie pula berkata:

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام

Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Saya teringat satu ja, jika benarlah apa yang diriwayatkan mengenai RasuluLlah s.'a.w.w. yang suci itu, bayangkan kalau Umno ada masa tu.

Kalaulah ada Umno masa tu, sukar ditolak kemungkinan mereka akan menghentam Nabi habis-habisan kerana tindakannya itu. Jika Umno ada waktu itu, sukar ditolak kemungkinan mereka menuduh Nabi sesat dan membawa ajaran sesat kerana tindakannya itu.

Kalaulah Umno ada masa tu, sukar dinafikan mereka akan menyifatkan perbuatan Nabi itu sebagai manifestasi kebiadabannya.

Tindakan Nabi Muhammad yang suci itu bertentangan dengan ajaran Umno yang menyatakan "orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid (lihat Utusan Malaysia 27/8/10 "Tindakan tegas jemput bukan Islam - Jais").

Tentulah Sultan yang dilaporkan murka. Tu dia! Dan jabatan agama milik Umno pula tentulah menghantar surat amaran yang sangat keras kepada Nabi.

Imam Syafie pula tentu didebik, dibelasah habis-habisan apabila berkata tidak ada masalah orang bukan Islam duduk (menetap) di masjid. Bukan setakat masuk ja, siap duduk lagi.

Sheikh Ahmad Deedat pula dilaporkan berkata rombongan Kristian dari Najran datang bertemu dengan RasuluLlah untuk berhujjah mengenai Nabi Isa, dan rombongan Kristian tersebut telah berkampung dalam masjid Nabi selama tiga hari.

Tu dia, bukan setakat berucap dalam masjid, siap nak berdebat lagi.

Ah, nasib Ahmad Deedat baik sungguh. Nasib baik Umno tak dengar ucapannya itu. Kalau tidak tentulah teruk Almarhum kena hentam dengan Umno dan Sultan pula tentulah murka apabila dia mengajak pelajar-pelajar bukan Islam masuk ke dalam Masjid UKM mendengar ceramahnya (lihat posting Justice For All "Ular dalam semak UMNgOk lebih hebat dari Ahmad Deedat")

Tu pasal ajaran Umno.

Ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pula janganlah bodo sangat pi buat benda-benda yang mendatangkan fitnah Umno. Tindakan mengelakkan fitnah itu sangat penting, Syeikh! (Main syeikh-syeikh pulak aku ni bercakap dengan hampa ni).

Saya kata jangan bodo sangat sebab masa yang sepatutnya digunakan buat kerja lain terpaksa dihabiskan untuk melayan ajaran dan api perkauman Umno. Sekali lagi nak mintak boleh dak? Orang PR jangan la bodo sangat!

Saya tak nampak Umno akan hilang kuasa dalam waktu terdekat. Tapi janganlah orang PR lupa pula, parti itu ibarat orang jatuh sungai yang berarus deras dan dia takut dia mati lemas. Kalau dia nampak ketul taik pun dia sambar nak berpaut!

Berkaitan:
Party maksiat DAP dalam surau (Aduka Taruna 29/8/10)

http://penarikbeca.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111