" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, September 21, 2011

Cerpen : Aku bukan Mat Indera, aku Mat Sabu

Oleh WAN ABD RAHIM WAN MOHAMAD

Jika akulah lelaki itu yang hidup pada tahun 1950, aku melihat di sana tiada bangunan pencakar awan, tiada bulan bintang untuk dinikmati keindahan malah tiada ketenteraman apa lagi untuk berhibur, yang ada hanya muzik cengkerik dan lagu rimba, berkaroke dengan nyamuk dan pacat, berhibur dengan jihad dan perjuangan di celahan pencakar impian iaitu kebebasan.

Bebas daripada belenggu penjajahan walaupun kita tidak pernah dijajah. Benarkah? Sebetulnya aku bimbang jika penjajahan itu benarbenar berlaku, iaitu penjajahan jiwa. Segalanya tentu porakperanda, layu dan longlai.

Penjajahan hati dan jiwa lebih parah dan berbahaya kerana penjajahan tubuh dapat ditangkis malah dapat dilawan dengan kudrat dan kekuatan.

“Mereka datang bukan sahaja untuk menjajah tubuh badan kita, tetapi juga untuk menjajah hati dan perasaan kita.

Daripada berputih mata, lebih baik kita berkata setia berkorban demi bangsa dan negara. Biar bumi dibasahi darah, namun pantang menyerah mengaku kalah. Bumi ini milik kita!”

“Tapi, bagaimana orangorang yang sebangsa dengan kita, yang jadi tali barut dan penjilat British?”

“Sang tali barut ini akan ada pada setiap zaman. Gunting dalam lipatan, duri dalam daging atau musang berbulu ayam. Tak kira bangsa atau pegangan, ia berlaku sejak Nabi Adam hingga akhir zaman.”

“Saya tak faham, tolong jelaskan.” “Syaitan itu tali barut penjajah iaitu Iblis Laknatullah.

Ia mengaku baik kepada Hawa untuk menjajah hati dan perasaan agar mengikut kata telunjuknya. Iblis telah melafaz sumpah untuk menjajah malah meranap seluruh keturunan Adam hingga kiamat.”

“Kenapa Hawa dijadikan alat, bukan Adam?” “Adam itulah pendekar yang tahu silat terajangnya.

Dan salah satu kelemahan manusia adalah perempuan, lalu dipergunakan perempuan sebagai jalan kehancuran.”

“Jadi, apa pula halnya dengan penjajahan British ini dengan kita?”

“Musuh sebelum datang menyerang dan menjajah, ia akan meneliti setiap sudut kelemahan yang ada pada lawannya, termasuk kita. Mereka bukan datang secara bodoh dan membabi buta.

Mereka ada senjata, bukan saja senjata yang berada di tangan tetapi juga senjata minda.” Suasana sepi seketika.

Semua yang ada masingmasing berpandangan sesama sendiri. Waktu itu hanya kedengaran suara cengkerik dan lagu rimba. Kemudian mereka serentak bersuara.

“Ya kami faham!” Semua yang ada mengangguk dan faham. Di tangan masingmasing memegang senjata hanya beberapa laras senapang patah serta pedang, parang, kapak dan lembing selebihnya hanya sedikit ilmu persilatan yang dimiliki.

II

Jika aku adalah lelaki itu yang memberi ceramah pada 21 Ogos 2011 di Tasek Gelugor dalam negara yang aman makmur tiada sengketa tambahan pula rakyat didahulukan, alangkah bertuahnya kerana semua yang hadir dapat mendengar ceramah dan penerangan percuma tentang penggali sejarah.

Sejarah yang digali tetapi berpeti-peti persoalan dan misteri yang ditemui. Pada zaman yang serba canggih ini, ada bangunan pencakar langit melepasi awan ada bulan bintang untuk dinikmati keindahannya namun masih juga tiada ketenteraman, apa lagi untuk berhibur dan berkaraoke saban malam. Walaupun aku bukan jenis yang suka berpoyapoya dan berhibur, tapi aku bimbang kerana penjajahan itu telah benar-benar berlaku.

“Mereka bukan saja telah berjaya menjajah tubuh badan kita tetapi juga telah berjaya menjajah minda dan pemikiran kita. Mereka berjaya meretak belahkan bangsa kita.

“Mereka berjaya memisahkan pertalian termasuk susurgalur sejarah yang ditinggalkan.

Mereka ini cukup licik, selicik syaitan seperguruan. Hari ini, anak kecil terlahir sebelum diijabkabulkan, ibu tua dibunuh anak sendiri sebab ketagihan dadah. Mereka berjaya mengajar bangsa kita dengan seribu suntikan dan pelalian. Bangsa kita ramai yang lupa diri malah makin hanyut dan alpa pula.”

“Bagaimana dengan bangsa kita yang masih belum-belum faham dan tidak mengerti?”

“Ia bukan tidak mengerti, tetapi buat-buat tidak memahami kerana dengki dan busuk hati. Semua itu ada pada setiap zaman. Ia berlaku sejak Nabi Adam hingga kini.”

“Saya tak fahamlah, tolong perjelaskan.”

“Syaitan itu terlaknat kerana dengki dan busuk hati bukan kerana tidak mengerti dan tidak memahami.”

“Kenapa perlu dengki dan busuk hati?” “Kerana Adam lebih suci,

punya ilmu yang tidak terperi.” Semua yang hadir diam seketika, setiap pandangan hanya tertumpu pada aku. Mereka bagai menunggu apa pula bicara yang bakal dilontarkan nanti. Seteguk air dihirup menghilang haus lalu diletakkan kembali gelas itu di atas meja.

“Hari ini kita memberi kefahaman dan ilmu para nabi.

Kita membawa kebenaran sebagai panduan dan penyuluh jalan. Namun jangan lupa, kerana musuh tak akan diam.

Mereka tetap akan mencari kelemahan yang ada pada manusia. Oleh itu, tidak mustahil perempuan, harta, pangkat dan kedudukan akan digunakan untuk memerangkap kita.

Musuh akan mencari kelemahan yang ada pada manusia. Sebab itulah musuh akan mengulang kembali permainan lamanya, iaitu perempuan dan jawatan.

“Dicanangnya bahawa kita adalah kaki perempuan, berebut jawatan dan kedudukan. Mereka dengki dan iri hati dengan kebenaran yang kita bawa.

Mereka tabur pelbagai fitnah, sedang keruntuhan itu sendiri sedang mereka tempah. Dan kamu tengoklah sendiri siapa yang kemaruk dua perkara itu!”

Semua hadirin tersenyum tersengih sambil mengangguk tanda faham. Di tangan masingmasing memegang senjata, iaitu istiqamah dalam perjuangan serta beberapa laras senapang iaitu media alternatif Harakah, Roket dan Suara Keadilan selebihnya Malaysiakini selain sedikit ilmu persilatan iaitu hujah untuk membalas hujan lawan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111