" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, September 10, 2011

Dato’ Adzib Pengerusi MAIS Penyokong BN!

Oleh KHALID SAMAD

Jelas berdasarkan tindakan beliau selama ini, maka boleh disimpulkan bahawa Dahttp://media1-cdn.malaysiakini.com/396/4e5d354c96fe04fc566008c8f9468ee1.jpgto’ Adzib sebagai Pengurusi MAIS merupakan penyokong BN dan menggunakan kedudukannya untuk mempertahankan agenda UMNO/BN terutamanya di Selangor. Sekiranya kesimpulan ini tidak tepat dan bercanggah, maka adalah diharapkan agar dapat diberikan jawapan terhadap isu-isu di bawah.


1. Program di perkarangan Masjid bersama YB Kamalanathan
Dua gambar yang disertakan memadai untuk membuktikan bagaimana beliau melayani YB dari Barisan Nasional dengan cara yang begitu istimewa. Amat berbeza dengan layanan beliau terhadap YB dari PR. Gambar-gambar ini diambil diperkarangan Masjid di Hulu Selangor.

Dalam gambar pertama (Gambar 1), Dato’ Adzib kelihatan duduk beramah mesra sambil menjamu selera bersama YB Kamalanathan dalam keadaan YB Kamalanathan memakai baju yang jelas tertera di atasnya lambang BN. Pada kebiasaanya baju berlambang parti politik dilarang di dalam perkarangan Masjid, tetapi oleh kerana ianya lambang BN, maka Dato’ Adzib menganggap ianya tidak mengapa.


Dalam gambar kedua (Gambar 2), di program yang sama, beliau bersama dengan YB Kamalanathan menyerahkan kalimah ‘Allah’ kepada penduduk tempatan. Tiada pula dibuat bising apabila YB Kamalanathan sama-sama memegang dan menyerah kalimah tersebut sedangkan pada ketika itu, PAS dan PR dituduh menggadai kalimah Allah yang suci untuk diguna pakai oleh orang bukan Islam. Di sini tidak pula dikatakan ianya diguna pakai untuk tujuan politik oleh orang bukan Islam apabila YB Kamalanathan yang berbaju BN menyerahkannya kepada peserta.


Secara amnya bagi Dato’ Adzib, semua yang BN buat boleh sahaja dan semua yang PR buat adalah salah.


2. Aduan terhadap UMNO oleh Tuan Nazir Masjid
Mungkin ada yang berkata, “buatlah aduan, boleh Dato’ Adzib akan bertindak”. Maka di sini disertakan bukti aduan yang dibuat.

Surat aduan ditulis oleh Nazir Masjid mengadu penggunaan Masjid oleh UMNO untuk memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Sumbangan diberi dengan menggunakan beg yang jelas tertera lambang BN. Nazir bertanya samada ianya dibenarkan dan sekiranya tidak maka diminta pihak MAIS menegur Bahagian dan cawangan UMNO berkenaan.(Surat 1).

(Sila klik sini untuk lihat surat )

Walaupun surat dialamatkan kepada Dato’ Adzib dan hanya di s/k kepada JAIS, JAIS menjawab dan meminta pihak Nazir memberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut dikenakan ke atas dirinya kerana membenarkan program itu diadakan! (Surat 2).

Nazir menulis balik dan menyatakan kepelikan dan kekhairanan beliau. Dia yang mengadu tetapi dia yang nak dikenakan tindakan! (Surat 3).

Saya yakin dalam kes ini, Dato’ Adzib meminta JAIS menulis jawapan sedemikian rupa dan inilah corak hubungan yang wujud di antara mereka di mana agenda UMNO dan BN dilindungi MAIS dan JAIS.

Sedangkan ‘aduan’ yang dibuat terhadap saya oleh entah siapa, bukan Nazir Masjid atau Pengerusi Surau, terus diambil tindakan dan saya akan didakwa dimahkamah!

Aduan berhubung ADUN BN berceramah di dalam Surau dan Masjid langsung tidak diindahkan. Di sini disertakan gambar yang pernah disertakan bersama aduan yang dibuat terhadap Dato’ Idris Abu Bakar. Tiada tindakan kerana UMNO/BN. (Gambar 3 dan 4).



Demi membebaskan JAIS dan MAIS dari terus dinodai UMNO, rakyat Selangor diminta memenangkan PR buat kali keduanya dalam Pilihan Raya ke 13 yang menjelang tiba. Pada ketika itu, segala tanggapan bahawa PR adalah kerajaan satu penggal akan berakhir. Pada masa itu, usaha penodaan yang merupakan kesukaan UMNO/BN akan juga dapat ditamatkan kerana terbukti rakyat tidak redha terhadap usaha-usaha seperti ini. Termasuk usaha-usaha memburuk-burukkan MB secara komplot rahsia demi menjatuhkannya.

Jikalau Dato’ Adzib cenderung sangat berpolitik, sila terjun ke medan. DUN dan Parlimen Shah Alam terbuka luas untuknya. Jangan berpolitik secara berselindung disebalik institusi Islam dan dengan itu mencemar institusi tersebut!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111