" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, September 10, 2011

Noramfaizul mati dalam kerja mulia

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Negara dan seluruh rakyat Malaysia mengucap takziah atas kematian Norahttp://www.whatsontianjin.com/news_images/50995Nor.jpgmfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama yang mati ditembak curi semasa bertugas membantu mangsa kebuluran di Somalia, Jumaat 4 Syawal lalu.

Semua dukacita atas kemalangan itu khususnya keluarga al-marhum terutama balu, anak-anak dan ibu bapanya.

Atas tugasnya mulia itu, tragedi yang menimpa Noramfaizul, takziah dan simpati secara umum tentu diberi untuk keluarga dan negara oleh dunia khususnya rakyat Somalia sendiri.

Sayogia sekalian kita sedih dan hiba secara sepatutnya atas tragedy Noramfaizul itu, dan semuanya wajar redha dengan ketentuan Allah itu. Ia adalah kerana sayangNya yang tidak terhingga ke atas hambaNya Noramfaizul yang meninggalkan anak isteri pergi begitu juah mengikuti rombongan kemanusiaan untuk membantu mangsa kebuluran akibat kemarau terik dan bencana perang saudara di Somalia.

Kelab Putera 1 Malaysia yang menaja rombongan kemanusiaan ke Somalia itu telah melakukan satu khidmat terpuji kerana ikut bersama masyarakat prihatin dunia bagi membantu menyelamatkan berjuta rakyat Somalia yang diancam mati kebuluran — tiada makanan dan ubat-ubatan.

Dengan satu kematian itu nama Noramfaizul dan misi kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia itu akan terpahat kekal dalam ingatan bangsa Somalia yang dilanda bencana dan kemalangan itu.

Tidak siasia pengorbanan Noramfaizul itu sekalipun dia menemui maut dalam perkhidmatan berasiko tinggi itu.

Risiko bagi rombongan itu bukan kerana acaman kemarau dan kebuluran tetapi ia perang saudara antara kerajaan dan pemberontak yang hendak menegakkan pentadbiran Islam.

Perang saudara itu mungkin tidak sepanjang yang berlaku jika tidak campur tangan luar. Ia mudah berakhir bergantung pihak mana yang kuat dan cekap, tetapi campur tangan luar menyebabkan ia jadi panjang.

Perang saudara ini ikut menyumbang kepada kurang bahan makanan kerana rakyat tidak dapat menggunakan masa untuk mengusahakan bahan makanan sekadar yang terdaya.

Orang yang mati sudah ramai sebelum rombongan Noramfaizul itu berangkat ke sana. Mereka mati gara-gara perang saudara dan kerana kebuluran.

Rombongan itu tahu akan risikonya tetapi semangat sukarelawan yang tinggi bagi membantu bangsa dan mangsa yang malang itu, mereka sedia menyabung nyawa. Untuk mereka sendiri tentunya ada bekalan rezeki supaya tidak kebuluran semasa membantu mangsa, tetapi peluru sesat dan peluru tembak curi tidak mengenal mangsa.

Ratapan atas kematian Noramfaizul sewajarnya dihentikan. Pilunya tidak wajar diperpanjang. Ia wajar diredhai dan disabari. Kita terima hakikat rombongan Malaysia hanya mati seorang. Rakyat Somalia yang ancaman kematian adalah mengikut saat dan minit.

Bantuan dunia luar sudah datang, mungkin belum dapat menampung keperluan yang banyak, tetapi halangan huruhara perang dan sistem komunikasi yang buruk menyulitkan bantuan sampai segera kepada mangsa.

Yang sudah mati setiap jam dan setiap hari sudah tidak dapat dibuat apa- apa lagi, tetapi yang menderita sakit gara-gara kebuluran yang berjuta-juta itu memerlukan bantuan segara supaya jumlah yang mati tidak bertambah banyak.

Kita hentikan dulu ratapan atas kematian Noramfazul dan kini alihkan semua semua simpati dan belas kasihan ke atas jutaan yang putus semua bantuan dan keperluan.

Belas simpati yang sebeginilah yang memanggil Noramfaizul mengharung pengembaraan yang bersiko tinggi itu. Nasib malang jutaan umat dilanda bencana itu perlu menjadi tumpuan semula.

Dari 55 orang yang pergi baru seorang yang mati. Adalah dipercaya mereka bukan sasaran pihak yang berperang. Tetapi dipercayai kerana sebab-sebab yang mengelirukan.

Jangan kerana seorang yang gugur maka kita kejian semula penghantaran sukarelawan dan bantu kemanusiaan.

Kalau boleh Datuk Azeez yang mengetuai misi itu dan lain-lain misi seperti itu di tempat lain sebelumnya jangan balik dulu. Dengan semangat dan keberaniannya, wajar ia berada lebih lama supaya dapat mengarahkan rombongan susulan dan dengan pengaruhnya dia boleh minta dihantar bantuan tambahan.

Lebih lama dia berada di sana, lebih tahu dia akan segala keperluan dan lebih mudah menyusun strategi bantuan.

Lepas ini akan ada lebih banyak bantuan dan rombongan hinggalah bencana itu dapat diredakan.

Ahli-ahli agama kita sudah menyatakan besar pahala Noramfaizul atas khidmat mulianya itu justeru membantu umat yang susah. Sekalian yang tidak mati itu juga disediakan ganjaran pahala yang besar juga. Lagi lama lagi banyak pahalanya.

Kita doakan mereka pergi dengan niat kerana Allah. Jika pergi dengan niat yang lain, batal kebaikan amal itu.

Moga-moga roh Noramfaizul dicucuri rahmat. Bagi yang tidak mati seperti Datuk Azeez, dengan niat yang ikhlas, pahala sudah disediakan. Pungut saja bila mati nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111