" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, October 21, 2009

e-xnak umno : Cerita Umno dan PAS selepas...

oleh : Rosli Hashim

DENGAN kekalahan besar PAS di Bagan Pinang, ramailah yang mahu membedah siasat PAS sehabis-habisnya. Hinggakan ada anggota yang sekadar tercalar del lalang pun mahu dibedah siasat kalau-kalau ia menembusi urat saraf hingga ke tulang.

Tetapi seperti biasa apabila kalah, tidak ramai yang berani untuk memikul tanggungjawab bersama. Kebanyakkan dari kita akan bertindak melepaskan diri dan mencari kambing hitam untuk dikorbankan. Lalu timbullah insiden saling menyalahkan dan menuduh antara satu sama lain. baik Umno mahu pun PAS, BN atau Pakatan, itulah yang kerap berlaku.

Secara kasarnya, kemenangan BN di Bagan Pinang hanya memberikan parti itu sedikit kelebihan. Antara lain ia boleh dijadikan modal kempen media milik mereka selama berbulan-bulan kononnya rakyat telah kembali kepada BN, dan 1 Malaysia semakin diterima.

Realitinya, semua orang tahu itu hanyalah pandangan syok sendiri pemimpin dan penyokong BN semata-mata. Sangat jelas di Bagan Pinang, bukan BN yang bertanding tetapi Tan Sri Isa Samad yang sangat popular bagi penduduk di kawasan itu. Sejak awal dia dijangkakan akan menang. Cuma apa yang membuatkan kemenangannya itu nampak besar adalah undi pos yang 90 peratus memihak BN. Adalah pemandangan biasa undi pos memihak kerajaan memerintah ekoran ia mudah dimanipulasi dan anggota keselamatan pula terdedah kepada tekanan dan ugutan.

Namun di sebalik sorak sorai Umno dan BN meraikan kemenangan, pilihan raya kecil Bagan Pinang telah menempelkan persepsi dan imej yang buruk buat Umno. Ketika mana perwakilan MCA dalam EGM menolak kepimpinan yang terpalit dengan skandal dan rasuah, Umno pula begitu gembira meraikan calonnya yang mempunyai deretan senarai salah laku, menang bergaya menewaskan PAS.

Ini memberi gambaran betapa bagi Umno, moral dan integriti tidak penting. Dari segi kesannya terhadap sokongan rakyat, Umno telah menjarakkan lagi hubungan dengan pengundi terutamanya dari kawasan bandar dan golongan berpendidikan yang mementingkan integriti, akhlak dan moral dalam memilih pemimpin atau wakil rakyat.

Bagi PAS pula, tidak ada kurangnya pada calon yang ditampilkan. Beliau memang mempunyai pakej untuk dilantik sebagai wakil rakyat. Cuma pemilihannya ditempat yang tidak sesuai untuk menentang seorang calon yang juga terlalu besar pengaruhnya untuk disaingi.

Selagi post-mortem belum di adakan, tidak analisis yang boleh dikatakan tepat. Mungkin semuanya betul, mungkin juga salah. Tetapi salah atau betul tidak penting kerana yang penting PAS perlu mengambil kira semua pandangan yang dilontarkan bagi mencari sebarang kelemahan yang boleh diperbaiki.

Masalah awal bagi PAS di Bagan Pinang, parti itu berkurangan jentera tempatan kerana hanya ada empat cawangan. Berbanding Umno yang mempunyai 12 cawangan dengan ahli yang mencecah 3 ribu orang, PAS terlalu jauh ketinggalan untuk menyaingi kekuatan jentera Umno tempatan.

Berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil Bukit Gantang, PAS juga pernah berdepan masalah sama apabila kekurangan tenaga tempatan disebabkan cawangan PAS yang tidak banyak. Tetapi di Bagan Pinang, keadaannya lebih teruk berbanding Bukit Gantang.

Sehebat mana pun isu dan sekerap mana pun ceramah di buat, tanpa jentera tempatan yang mantap dan ahli yang ramai, strategi sukar untuk berhasil. Jentera luar yang banyak membantu pun tentunya tidak biasa dengan suasana setempat sekalipun kehadiran mereka berkempen di rumah pengundi disambut mesra.

Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya PAS dan Pakatan Rakyat memperbanyakkan cawangan baru dan mengukuhkan cawangan yang sedia ada. Dalam mana-mana pilihan raya umum dan kecil, petugas tempatan adalah faktor utama untuk melicinkan gerak kerja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111