" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 11, 2009

umno xrelevan : Aksi hebat auntie cina di Bagan Pinang

Aksi ini amat menarik perhatian kami dan amat menyentuh hati hingga air mata terasa hendak mengalir keluar. Sambil menyelusuri jalan sepanjang jalan ke Teluk Kemang, dari jauh terlihat aksi yang menarik perhatian ini.

Menarik kerana kelibat seorang wanita Cina memegang payung PAS sedang menarik perhatian laulintas...memilih PAS!!!

Kami berpatah balik dan mengambil gambarnya....sebaik saya mendekati dirinya wajahnya kelihatan amat 'familiar'...ya tak silap lagi, saya menegurnya...Auntie...yang buat mogok lapar bersama kami dulu bukan?"

Jawabnya..."ya saya selalu buat mogok lapar sana sini"....ya...dialah yang bersama Raja Petra dan lain-lain di tahun 2002 mengadakan mogok lapar bersama GMI untuk kempen bebaskan tahanan ISA reformasi ketika itu.

Seronoknya dapat berjumpa dia...lagi best dia kata saya nampak muda saja dan bertanya berapa orang anak saya ada...namun sambil bersembang pun dia tetap juga dengan aksinya terus menaikkan tanda 'good' ke arah lalulintas. Kelibat dan aksinya memang menarik perhatian ramai.

Katanya dia sudah berada dan berdiri di situ hampir 4 jam...ada yang berhenti singgah dan memberi minuman dan makanan kepadanya. Umurnya sudahpun 67 tahun.

Kata-katanya menyentuh hati kami..."Tuhan Allah juga yang akan beri kemenangan pada kita walau BN beri macam2 baranagan pada pengundi"

Sanggupkah kita beraksi seperti dia????

copy ajijoi

umno xrelevan : Detik cemas 2 pagi di Bagan Pinang

Paling Muktahir !!
Markaz Induk PAS Bagan Pinang dan beberapa markaz lain di sini telah dikawal ketat oleh lebih 600 petugas Unit AMAL dan pemburu syahid. Angka sebenar 'pengawal' keselamatan yg bertugas mungkin mencecah 2 kali ganda dari angka tersebut. Suasana tempat yg berlaku di PD Marina Resort telah terkawal. Jalan Utama dibuka semula untuk semua kenderaan pada jam 3.15am.

Muktahir !
Jam 2:30am
Suasana genting dan tegang di PD Marina Resort kini terkawal, dan rusuhan antara 2 penyokong kian dapat diredakan. Bloggers yang terperangkap di kawasan kejadian kini ialah Anaz, UmiAnni, dan 3 lagi bloggers lain dalam keadaan selamat. Foto 'rusuhan' kecil akan diuploadkan sebentar lagi. Suasana agak bahaya. Penyerang dimaklumkan bersenjatakan kayu panjang dan senjata tajam.

FRU dan Polis telah tiba. Jalan ke kawasan 'merah' ditutup buat kenderaan. Maklumat yg baru tiba pada jam 2.40am, memaklumkan petugas PAS juga turut terkepung. Samseng yg diberitakan dalam jumlah yg besar. Berita seterusnya akan menyusul..

Maklumat awal yg diterima daripada petugas yg dapat memloloskan diri dan terus memaklumkan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Unit AMAL Malaysia di markaz Induk PAS pada jam 2.25 am.


Kini telah tamat tempoh berkempen bagi petugas-petugas parti PAS dan dibantu oleh jentera-jentera parti pakatan dari DAP dan PKR.

Pelbagai mehnah dan trebulasi dan ketidakadilan sang penguasa melayan sebuah parti yang sah pendaftaranya di sisi undang-undang dan perlembagaan negara yang pada mereka hanyalah bersifat pembangkang semata-mata.

Khalayak umum diberitakan betapa teruk dan dahsyatnya parti yang kami dokong ini. Bermula dari pergaduhan, samseng, kaki pukul, penipu dan sebagainya bahkan jika nak dikatakan semuanya dari kami adalah buruk dan tiada yang lebih buruk pada pandangan mereka.

Media arus perdana sibuk memberitakan betapa kejamnya apabila Azeez Tamil dipukul oleh penyokong-penyokong PAS semasa hari penamaan calon hingga beliau terlantar dan kini dirawat disebuah hospital diatas angin. Saya hairan dan musyikil apabila kepala budak-budak nakal jelmaan Petera Umno ini boleh dibelasah oleh pendokong-pendokong PAS hingga begitu teruk sekali.

Saya agak terkejut apabila orang yang cedera dipukul di bahagian leher boleh berjalan lenggang kangkung dengan muka selamber yang penuh muslihat di khalayak ramai tanpa ada rasa sakit yang terpamer diraut wajahnya yang tampak ketamilan itu tiba-tiba hari berikutnya terus jadi pelakon tamil terlantar di hospital atas angin dirawat seperti orang yang nak mati dalam dua ke tiga hari lagi.

Susulan dari tragedi si Azeez Tamil dikatakan telah dipukul akhirnya mengundang tindak balas dari samseng umno terhadap petugas dan pemuda PAS yang akhirnya seorang Pemuda Pas terpaksa dirawat dihospital kerana telah dibelasah pada petang khamis lalu dan disusuli dengan serangan hendap oleh samseng-samseng Umno Tamil terhadap markaz-markaz PAS yang mengakibatkan 3 orang petugas PAS dibelasah ala samseng filem Tamil.

Persoalanya dimana ketangkasan pihak polis mengawal keselamatan petugas parti yang bertanding dalam PRK ini. Mereka nampak terlalu tidak bermaya menghadapi kedegilan dan perangai samseng pemuda Umno Tamil ini.

Sehingga berita ini ditulis jam 01.59 pagi telinga penulis masih mendengar laporan dari unit-unit amal yang bertugas mengawal markaz-markaz mereka telah di provokasi oleh semseng-samseng Umno Tamil ini.

Jika beginilah sikap sang penguasa yang kononya berkhidmat untuk menjaga keselamatan negara dan dimanakah janji si Tim Ketua Polis Negara serta anak-anak buahnya siang tadi bahawa mereka menjamin keselamatn dan ketenteraman sepanjang tempoh berkempen dalam PK ini.

copy al-banjari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111