MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik. Mungkin beliau kini sudah glamour seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS. Akil Hayy sudah setaraf dengan Amy Search, rakan kumpulan sezaman rock beliau dahulu.
Beliau menyebut, "Tidak salah sekiranya artis mahu menyokong Umno, PAS, PKR atau DAP". Ayat itu sudah cukup buat kita ke mana perjuangan Akil Hayy sekarang. Beliau memberikan contoh dirinya sendiri sewaktu mula-mula berada di pentas politik terutamanya PAS. Benar, ketika itu kita tahu nilai Akil Hayy tidak semewah Akil Hayy sekarang.
Akil Hayy menyebut juga, artis perlu mendalami dahulu bab agama sebelum berdakwah. Kita mahu tanya Akil Hayy sehingga tahap mana ilmu yang patut kita ada sebelum kita diwajibkan berdakwah orang lain? Sehingga ke tahap Tok Guru atau Ulamak? Atau sehingga ke tahap beliau sekarang? Adakah untuk menyedarkan orang ramai agar jangan melakukan maksiat perlu kepada ilmu yang tinggi setinggi Ulamak?
Kita semua tahu, tiada artis yang diminta untuk mengajar ilmu khusus seperti Fekah, Tauhid atau Tafsir Al-Quran yang sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi sebelum mengajar orang lain. Artis yang telah berhijrah ini mereka hanya menyampaikan pengalaman mereka sewaktu di zaman kegelapan dahulu dan mereka ingin memberikan ingatan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar jangan lupa kepada agama. Adakah untuk itu, artis-artis ini perlu menimba ilmu agama yang mendalam terlebih dahulu?
Kita masih ingat, Akil Hayy sendiri pernah memberitahu kita "sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat". Adakah untuk sepatah ayat ini perlu kepada pengajian pondok atau ijazah Al-Azhar terlebih dahulu? Nampaknya Akil Hayy seolah-olah merasa malu apabila semakin ramai artis menjauhi dunia glamour dan mendekati perjuangan Islam, beliau pula mendekati dunia glamour.
Apabila Akil Hayy berkata, tidak kisah artis menyokong Umno atau mana-mana parti sekali pun sudah cukup jelas betapa hanyutnya Akil Hayy dibuai oleh dunia glamour. Sebab itu jangan pelik ke mana hilangnya serban dan kopiah Akil Hayy. Jika ditanya kepada beliau, nescaya Akil Hayy akan menjawan serban dan jubah tidak penting, yang penting hati......Itulah jawapan `standard' artis-artis yang hanyut di dunia glamour.../wfauzdin.blogspot.com
dulu rockers jadi ustaz skrg jadi OOOOsss STAT masalah heheheh...dah lupa diri asal baik jd jahat pastu berubah jadi baik kejap pastu masuk jd jahat balik..
ReplyDeleteBIASALAH...JIKA DIRI TERASA LEBIH HEBAT DRP ORG LAIN...
ReplyDeletekalau hanya ingin berkomgsi pengalaman tak mengapa tapi kalau sampai peringkat hukum mesti ada ilmu dan tauliah...apa sangkut paut parti dengan perubahan artis?
ReplyDeletesaya baca tajuk aja dah dapat jawapan nya,artis berhijrah ke luar alam artis dan ia serba salah sebab ia terjun masuk dunia artis.
ReplyDeletemalu beb! kalu buat bisness serban/tudung dsb nya yang sangkut paut Islam ia pasti berjaya.Dulu minat kat nya kini nyampah,meluat.
berdakwah tak perlu ilmu tinggi. contohnya kita boleh dakwah kat anak isteri kita. yg penting kita sanggup tambah ilmu drp guru2 lain dan sampaikan pd org lain.
ReplyDeleteklu tunggu ilmu penuh di dada baru nak dakwah, takut sampai mati pun tak mampu melakukannya.
terpulanglah. tepuk dada tanya selera. cuma, klu ada orang yg dah sedar dari kejahilan kita patut syukur dan beri sokongan, bukan kutukan. takut klu kita kutuk org yg dah insaf, dia balik semula ke jalan lama. kita pulak yg tempias dosa.
tak gitu?
Dulu respek jugak Akill Hayy model kepada remaja. Tapi bila dijemput ceramah lewat 30 minit dan dipendekkan 30 minit sedangkan bayarn nak lebih dan tak dipoting kalau penceramah lambat atau cepat nak balik.
ReplyDeleteBegitulah penceramah bayaran yg naik Murano....