" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, October 22, 2009

e-semasa : nak putih macam Jacko

JOHOR BAHRU: Gara-gara ingin kelihatan menarik dan menawan hati kekasih, seorang remaja lelaki berkulit gelap sanggup menawarkan RM300,000 untuk kos memutihkan kulitnya sama seperti yang dilakukan raja pop dunia, Michael Jackson.

Bagaimanapun, hasrat remaja anak orang kaya itu untuk mengubah warna kulit hitam manisnya menjadi cerah ternyata tidak kesampaian kerana tawaran RM300,000 itu ditolak seorang doktor perubatan di sebuah klinik estetik.

Pengarah Perubatan Klinik Liposis dan Mediceutical, Dr Ungku Mohd Shahrin Mohd Zaman, 39, berkata kunjungan remaja berkenaan ke kliniknya dengan harapan luar biasa itu amat mengejutkan.

Menurutnya, remaja berkenaan bukan saja sanggup membayar sejumlah wang lumayan untuk menjalani rawatan pencerahan dan pemutihan kulit, malah sanggup menanggung sebarang risiko melakukannya.

“Remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu cuba menggunakan pengaruh wang yang dimiliki bapanya, seorang ahli perniagaan berjaya dan kaya-raya, bagi memastikan kami melakukan rawatan terhadapnya supaya dia memiliki kulit seperti Michael Jackson,” katanya.

Beliau berkata, alasan remaja berkenaan mahu melakukan rawatan itu kerana ingin mengambil hati kekasihnya selain dapat sepadan dengan kekasihnya yang berkulit cerah.

“Lebih mengejutkan, dia juga mahukan perubahan di seluruh badan itu dalam tempoh singkat bagi memastikan hubungan percintaan lebih kukuh dengan kekasihnya yang berketurunan Tionghua,” katanya.

Katanya, meskipun pihaknya berusaha menasihati remaja berkenaan untuk melupakan hasratnya, namun remaja itu tidak mempedulikannya dan tetap mahu meneruskan hasratnya.

“Kami memberi penjelasan kepada remaja berkenaan bahawa di klinik ini tidak dibenarkan menjalani rawatan seumpama itu kerana ia mungkin memerlukan penggunaan banyak bahan kimia yang boleh mengundang masalah kesihatan serius termasuk kanser kulit.

“Kami menasihati remaja itu supaya tidak merasa rendah diri dan hilang keyakinan selain mengamalkan gaya hidup sihat.

“Remaja itu terpaksa beredar dengan penuh kekecewaan,” katanya ketika ditemui di Klinik Liposis dan Mediceutical di Suite 23A-03, level 23A, City Square Office Tower di Jalan Wong Ah Fook di sini, semalam.

Dr Mohd Shahrin berkata, pihaknya kerap berdepan permintaan luar biasa sesetengah penduduk yang ingin mengubah penampilan mereka secara drastik.

Beliau berkata, hasrat itu sebenarnya berbahaya dan perlu dielakkan.

“Keinginan untuk tampil lebih menawan terutama di kalangan golongan bekerja semakin meningkat pada masa kini termasuk bagi mengatasi masalah kegemukan dan kulit muka bermasalah.

“Mereka perlu memastikan sesebuah klinik sudah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan selain mengikut peraturan rawatan diamalkan itu,” katanya.

e-semasa : Melissa Maureen Dirompak..


Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara.

Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang. Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa.

Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi. Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay.

Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila
kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan.

Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111