" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 24, 2011

Allah kekang dengan api neraka terhadap penyembunyi ilmu agama

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
ORANG berilmu, diwajibkan oleh Allah SWT menyampaikan ilmu itu kepada orang lainhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxxzTXp1SIfUDiBPAIpcIgbnNThn3ncAjt0kxCFFKFObtbKN6cRNSR7DAf5O1UZibwvcm8o8w2wfKk3upE31mv6U613Er9BLWyNKxHegekROYmy5u-9QOFoSdy7ccivxEX-1aNEAmyi4c/s1600/tuan_guru_haji_nik_abdul_aziz_bin_nik_mat.jpg. Sama ada kepada kaum keluarganya sendiri iaitu isteri dan anak anak, mahupun kepada masyarakat sekeliling jiran tetangga dan umat manusia selainnya.

Untuk maksud tersebut Rasulullah s.a.w menegaskan tentang keutamaan mengajar; antara pesan baginda kepada Sayidina Muaz bin Jabal r.a sebelum beliau diutus ke negeri Yaman sebagai gabenor dan pendakwah.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Andainya Allah SWT memberikan hidayah kepada hanya seorang melalui usaha dakwahmu, ia lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Sabda Nabi s.a.w itu dengan jelas menyatakan bahawa usaha memberi tunjuk ajar kepada orang ramai, tetapi Allah SWT mentakdirkan hanya seorang sahaja menerima hidayah itu.

Daripada jahiliyah hingga beriman kepada Allah SWT, daripada tidak suka mengaji hingga berminat mengikuti kuliah agama, daripada malas melakukan ibadat hingga rajin beramal salih.

Maka perbuatan mengajar dan mendidik fikiran manusia daripada jahat kepada baik, yang demikian itu walaupun hanya seorang sahaja yang berjaya dipimpinnya, adalah lebih bernilai di sisi Allah SWT berbanding dengan memiliki seluruh dunia dan segala hasil kekayaannya.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi mengenai keutamaan mengajar, yang bermaksud: “Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan dikekang (mulutnya) dengan kekang api neraka.”

Hadis pertama di atas memberi perangsang supaya mengajar ilmu pengetahuan, hadis yang kedua pula memberi amaran terhadap mereka yang tidak mahu mengajar walaupun mereka mempunyai satu ilmu, akibatnya mereka akan dikekang lidahnya dengan kekang api neraka.

Hadis tersebut juga memberi isyarat bahawa tidak mesti mengajar dengan kitab, sebaliknya walau hanya satu ilmu jika tidak disampaikan kepada orang lain sudah dikira menyorokkan ilmu.

Akibatnya, mereka akan menerima balasan azab di akhirat kelak dengan kekangan api neraka pada mulutnya. Kuda haiwan yang dikekang mulutnya dengan besi, kekangan itu untuk membolehkan mengawal kuda yang liar itu.

Begitu juga manusia yang tidak mahu mengajar meskipun dia memiliki ilmu Allah SWT, mereka disifatkan sebagai menutup mulutnya daripada melaksanakan tanggungjawab.

Oleh yang demikian mulut mereka akan dikekang di hari akhirat kelak. Malangnya bukan dikekang dengan besi seperti kuda, tetapi dengan kekangan api neraka.

Api jika di luar tubuh mungkin boleh ditepis atau dihindari, betapa azabnya jika api neraka sebagai pengekang diletak dalam mulut. Itulah balasan kepada orang yang tidak menggunakan lidahnya untuk menyeru ke jalan Allah SWT itu.

Semoga dengan ancaman itu akan menimbulkan rasa gerun. Jika tidak merasa gerun juga, maka tiada lagi ikhtiar yang boleh dilakukan terhadap mereka.

Manusia yang keras hati dan tidak takut kepada ancaman Tuhan, jika diturunkan percikan api nereka dari langit sekalipun, mereka akan berdalih dan mengatakan bahawa itu hanyalah tahi bintang.

Umat dahulu diturunkan azab dengan banjir besar seperti yang dialami oleh umat Nabi Nuh a.s, ada yang mendakwa bahawa mereka boleh menyelamatkan diri daripada bala Tuhan dengan menuju ke puncak gunung.

Umat kini apabila datang banjir, sebahagian daripada mereka saling menuding jari dan menyalahkan pihak lain, khususnya orang orang yang buang sampah ke dalam sungai.

Turut tertuding pihak yang mengurus alam sekitar, parit dan saliran. Mereka dituduh gagal mengawal kebersihan sungai hingga menyebabkan banjir.

Begitu juga dengan bencana alam yang lain seperti gempa bumi dan sebagainya, banyak hujah sains dan sudut geografi yang diguna untuk mengulasnya.

Dengan segala alasan itu, menyebabkan manusia lupa amaran azab dan peringatan daripada Allah SWT, melalui peristiwa seperti banjir dan gempa itu.

Sampai bilapun bala bencana daripada Allah SWT itu tidak akan menggerunkan hati golongan tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi berhubung kelebihan mengajar ilmu Islam, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat- Nya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajar kebaikan kepada orang lain.”

Semua makhluk Tuhan memohonkan rahmat dan kebajikan untuk orang yang mengajar kebajikan kepada manusia seluruhnya. Alangkah beruntungnya manusi yang menjalankan tugas mengajar ilmu Islam.

Berilmu itu adalah sifat yang baik iaitu sifat Tuhan Yang Maha Berilmu, inilah suatu kemuliaan bagi manusia yang memiliki ilmu sekali gus memiliki sifat terpuji itu.

Oleh yang demikian kewajiban bagi manusia berilmu ialah mesti mengajar atau sebar ilmu itu kepada orang lain. Kalau orang dengar dan terima serta mengamalkan ilmu tersebut, akan mendapat pahala selain bertambah sahabat yang baik dalam masyarakat.

Sekalipun orang ramai enggan mendengar kuliah ilmu itu, tetapi Nabi s.a.w menegaskan bahawa Allah SWT dan para malaikat-Nya serta seluruh makhluk yang lain, hatta semut di dalam lubang dan ikan di lautan luas, burung-burung dan unggas yang berterbangan semuanya mendoakan agar Allah SWT kurniakan rahmat kepada orang yang menyebar ilmu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111