" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, November 15, 2009

xnak UMNO : 2 Golongan wanita

Oleh : assafiee*

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.

Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan. Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.

Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca kitab suci al­-Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan dari kedua kisah di atas dapat dinyatakan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya.

Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua islam sekular, liberal, Islam moden atau sebagainya.

Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfesyen dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan alur tubuhnya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya terdedah, adakah ini fesyen Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fesyen sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.

(*) pendakwah bebas - sumber (link)

xnak umno : TGNA dan MAZA

Sumber
S
ATU - Lega, itulah perasaan saya dan saya yakin perasaan orang lain juga ketika ini, apabila TGNA membatalkan hasratnya menunaikan fardhu haji. TGNA telah membuat keputusan bijak. Itulah mudarat yang lebih ringan berbanding fitnah yang bakal semakin membarah sekiranya TGNA meneruskan hasratnya. Lagi pun ibadah haji TGNA kali ini tidak lagi menjadi wajib memandangkan ibadah itu telah ditunaikannya untuk kesekian kali.

Saya tahu TGNA ada jawapan terhadap apa yang dihalakan kepadanya itu. Tetapi jawapan itu tidak mampu melegakan hati ramai orang, bahkan saya yakin hati TGNA sendiri. TGNA akan berangkat ke Mekah dalam keadaan ramai mata menjeling tajam ke arahnya. Tentu TGNA tidak selesa dengan itu semua.

Bukan itu saja, isu ini tidak akan selesai walau pun TGNA mendapat haji mabrur dan bila pulang, mata yang menjelingnya ketika pergi akan menyambung semula jelingan tajam itu. Musuh politik TGNA pula akan memukul gendang isu ini dengan lebih rancak lagi.

Apa jua ungkapan samada berani, tegas, pantas, bijak, semua itu mampu dilabelkan kepada TGNA dalam isu ini. Inilah perkara yang patut ada pada semua pemimpin PAS. Bertindak pantas menutup pintu fitnah. Dan saya pula hanya mampu mengungkapkan ini sahaja, terima kasih Tok Guru.



DUA - Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Ketika ramai orang berharap institusi agama menyeret pengembang ajaran sesat seperti Ayah Pin misalnya, ke mahkamah dan didakwa kerana mengamal dan menyebarkan ajaran sesat, tiba-tiba yang bakal didakwa adalah Dr Asri Zainul Abidin. Kesalahannya pula ialah menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Agaknya kerana Dr Asri tiada kerajaan langit, maka dia mudah sahaja ditangkap dan didakwa. Dan, agaknya itulah kelemahan Dr Asri, tidak menubuhkan kerajaan langit.

Tindakan mendakwa Dr Asri tidak membantu menyerlahkan kewibawaan institusi agama termasuk mahkamah syariah. Tindakan ini akan menjadikan persepsi umum, terutamanya kumpulan yang memang selama ini berpersepsi negatif terhadap institusi agama, menjadi bertambah negatif.

JAIS adalah institusi agama dan Dr Asri pula orang agama. Sepatutnya kedua-duanya bersama dalam membanteras perosak agama. Apa yang berlaku pula adalah, orang agama bertindak ke atas orang agama. Rasanya ada pihak yang sedang bertepuk tangan dengan perkembangan ini.

Bagi saya, tindakan JAIS mencemarkan institusi agama. Benar, saya memang tidak sependapat dengan Dr Asri dalam banyak isu, tetapi saya bersamanya apabila JAIS bertindak begini terhadapnya.

Banyak lagi keutamaan JAIS daripada sekadar membendung apa yang disifatkan sebagai ‘Wahabi’ yang kononnya disebarkan oleh Dr Asri. Pengurusan masjid yang masih lintang-pukang, pembanterasan ajaran sesat, kepincangan akhlak di kalangan remaja dan banyak lagi. Sepatutnya tenaga dan keupayaan Dr Asri dimanfaatkan untuk membantu JAIS dalam tugasan yang bertimbun itu, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kalau beginilah institusi agama kita, masih lambat benar rasanya untuk Islam melangkah jauh di negara kita daripada sekadar apa yang ada pada hari ini.

Harap-harap, JAIS tidak menjadi tikus yang membaiki labu. -bongkarsauh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111