" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, November 29, 2009

Abdullah Ubai dlm PAS : Semoga Allah Melindungi TGNA Dan Kita Semua

Sumber
Dalam minda saya sekarang telah begitu banyak persoalan yang mula timbul terutama sekali apabila serangan yang terancang mula berarah menyerang negeri Kelantan pimpinan TGNA yang juga amat dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.

Sebelum ini, semua yang mahukan kebenaran dan keadilan telah bersama-sama berganding bahu bagi memastikan perubahan akan benar-benar berlaku pada PRU-13 nanti. Bermacam isu dan suasana yang telah kita lalui.

Sekarang kita agak sukar untuk tentukan siapa lagi musuh kita selain daripada parti lawan. Ini kerana mereka juga sudah berada dalam jemaah kita. Kalau dinilai dari luaran, mereka ini sama seperti kita, tetapi apa yang mereka mahukan sebenarnya ialah jemaah ini 'wajib' di pecah-belahkan.

Mereka-mereka ini tergamak melakukan apa saja. lihatlah apa yang mereka lakukan di Kelantan. Apabila TGNA dilihat masih tetap memegang teguh dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan lantang menentang idea untuk bergabung UMNO Barisan Nasional, perancangan jahat telah bermula untuk menjatuhkan beliau.

Berbagai serangan telah mula terarah kepada Tok Guru yang begitu disegani oleh umat manusia bukan hanya dinegeri 'Serambi Mekah' sahaja. Tok Guru masih tetap teguh dengan prinsip, beliau tidak sekali-kali akan berganjak....

Semoga Allah melindungi TGNA dan kita yang ikhlas berjuang menuntut kebenaran dan keadilan ini.

Abdullah Ubai dlm PAS : Merenung Buah Fikir KPP Pusat - Bukan Terlebih Tetapi Tidak Bijak

Sumber

Ada perkara yang boleh dipersetujui dan ada pula yang tidak setelah membaca tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat selepas ia dilaporkan oleh media arus perdana. KPP itu melahirkan kekecewaannya mengenai ‘kemelut’ dalaman PAS yang dirasainya bergegar dan makan sebelah.

Katanya lagi, sebahagian pimpinan dan anggota PAS yang berlebihan dalam gerak kerja politik dan sangat tidak prihatin kepada usaha tarbiah, menyumbang kepada masalah itu.

Bersungguh-sungguh mempertahankan kerusi, lebih suka mendengar suara-suara luar, ingin cepat menang dalam pilihanraya dan banyak lagi telah menjadikan PAS bergegar dan makan sebelah. Bahkan kalau boleh saya menambah, telah pun bergesel dengan pembahagi jalan.

Baca artikelnya di sini.

Kenyataan itu ada benarnya, tetapi bagi saya, semua itu menimpa PAS bukan kerana ‘terlebih berpolitik’ tetapi kerana ‘tidak bijak berpolitik’.

Tarbiah (rasanya ini ejaan yang tepat kerana kalau dieja begini, ‘tarbiyyah’, bermakna di atas huruf ya’ ada sabdu yang menunjukkan ia adalah ya’ nisbah, sedangkan ya’ dalam ungkapan tarbiah bukan ya’ nisbah, tarbiah adalah kata terbitan kepada ‘rabba’ – mohon perhatian KPP) tidak semestinya mukhayyam, qiamullail dan seumpamanya. Benar itu adalah program tarbiah, tetapi bukan maksud tarbiah yang sebenar.

Tarbiah bermaksud pendidikan. Pendidikan menghasilkan kebijaksanaan. Kalau tarbiah menghasilkan kejumudan, itu bukan tarbiah. Itu ‘tasjin’, mengurung atau memenjarakan orang dengan program yang dinamakan dengan program tarbiah.

Qiyamullail bukan melahirkan orang ‘mengantuk politik’ tetapi melahirkan orang ‘bijak politik’. Mukhayyam tarbawi bukan melahirkan ‘pekerja lingkungan sendiri’ tetapi ‘pekerja umat’.

Kebijakan berfikir termasuk keupayaan berfikir di luar lingkup sendiri, adalah sebahagian daripada ‘kebijakan politik’. Ini yang kita kurang. Disebabkan tidak bijak berpolitik, kita gagal membaca mood serta kehendak rakyat. Lalu timbullah isu seperti isu sebelum ini sehingga mendorong seminar khas diadakan.

Saya tidak bimbang dengan ‘terlebih berpolitik’, seperti yang dibimbangi oleh KPP, kerana PAS memang parti politik.

Kita tidak perlu memecahkan gerakan kita kepada gerakan tarbiah, gerakan dakwah dan gerakan politik. Cukup kita katakan bahawa kita adalah gerakan politik. Dalam gerakan politik kita boleh berdakwah, bertarbiah dan saya katakan bahawa dakwah dan tarbiah paling berkesan adalah dakwah dan tarbiah melalui saluran politik.

Bukankah kita adalah da’ei siyasi, da’ei murabbi? Justeru, apa perlunya gerakan kita dibahagikan sebegitu rupa?

PAS tidak akan berada di persada seperti hari ini sekiranya PAS tidak ‘lebih berpolitik’. Kalau PAS mengendurkan kerja-kerja politiknya dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja tarbiah dalaman semata-mata, nasib PAS sama sahaja dengan Jamaah Tabligh.

Saya lebih bimbang kalau PAS tidak ‘lebih berpolitik’. Kalau tidak mahu ‘lebih berpolitik’, usah jadi parti atau gerakan politik. Jadi sahaja gerakan sufi atau gerakan ratib. Pilih sahaja mana-mana lobang atau gua, berkumpullah di situ untuk meratib. Adakah ada pemimpin PAS yang ingin membawa PAS ke situ?

PAS perlu ‘lebih berpolitik’. Jentera-jentera PAS dalam lajnah apa pun perlu digerakkan untuk kerja-kerja politik termasuk lajnah tarbiah. Bukankah di sana ada pendidikan politik sehingga ilmu politik telah menjadi sebahagian cabang ilmu penting termasuk dalam disiplin ilmu Islam sendiri?. Ya, Siyasah Syariyyah, ini ilmu politikkan?

Perlukah dipisahkan antara tarbiah dan siasah dalam PAS? Adakah sekarang PAS ‘terlebih berpolitik’? Perlukah PAS mengorbankan masa berpolitiknya untuk memberi ruang kepada tarbiah? Saya fikir inilah jerebu pemikiran yang masih menyelubungi kotak fikir KPP Pusat.

Bagi saya PAS telah berada di atas landasan yang betul dengan ‘lebih politiknya’. Kalau perjalanan PAS diganggu oleh makan sebelah atau gegar, itu bukan salah PAS, itu salah pemandunya yang tidak tahu memandu di jalan yang berlopak dengan lopak-lopak politik yang semakin rencam dan mencabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111