" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, December 2, 2009

Abdullah Ubai berada dlm PAS : Tok Guru Diserang Kerana Tolak Kerajaan Perpaduan

Oleh Rakyat Kelantan

Mutakkhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan YAB Datuk Menteri Besar Tok Guru semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat khususnya umno dan kuncu mereka semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan pimpinan PAS khususnya dan kerajaan negeri amnya.


Sayugia diingatkan bahawa Tok Guru diserang habis-habisan oleh juak umno adalah kerana Tok Guru telah menolak pelawaan Presiden umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Malaysia.

Program untuk menjatuhkan Tok Guru tak pernah berhenti dijalankan oleh juak umno dimana anak Tok Guru pernah ditangkap dan ditahan selama lebih 5 tahun dibawah ISA.

Kes pelajar dipukul oleh guru sekolah agama berdekatan rumah Tok Guru dibesar-besarkan oleh media cetak arus perdana, kes Air Kelantan diserbu oleh SPRM, isu menggondolkan bukit di Gua Musang dan beribu-ribu isu lain telah dimainkan secara sistematik dengan satu tujuan, satu hala, satu keperluan iaitu menjatuhkan maruah Tok Guru, mengaibkan kerjaan Kelantan kerana tak pandai memerintah negeri. Juak juak umno hampir berjaya menipu rakyat Kelantan kerana mereka berkerja siang dan malam demi mencipta kejayaan.

Umno dan juak mereka akan terus berusaha untuk mengambilalih pemerintahan Kelantan dari PAS kerana hasil minyak yang berlipat ganda. Umno amat bijak menipu dan mengkelabukan mata rakyat yang gilakan mata benda dengan membelakangi hukum Allah.

Mereka menjahilkan diri sendiri dan menyesatkan orang lain demi kepentingan politik peribadi. Juak umno dulu, kini dan selamanya sanggup menipu semua orang di Malaysia, sanggup menutup segala pintu rasuah dari diketahui umum, mereka juga sanggup bersekongkol dalam melakukan khianat terhadap bangsa Melayu atas nama Parti Melayu Bersatu. Sesungguhnya merekalah yang menanam semangat politik sempit demi untuk meneruskan kuasa yang ada.

Kelantan terus membangun walaupun geran tahun dibayar lewat, hutang tetap dibayar kepada kerajaan pusat, kakitangan awam tetap merasai bonus bila diistiharkan, pinjaman kakitangan tiada faedah dikenakan, semua rakyat layak mendapat perlindungan insuran, pengajian agama dimertabatkan kerana ada kuliah mingguan.

Pendek kata hak rakyat didahulukan, Islam diutamakan oleh pimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru. Bekas exco MCA juga didapati sentiasa memberi derma kepada Tabung Serambi Mekah dan semua bangsa dapat hidup aman tenteram dan tak pernah berlaku kekacauan sebagaimana yang diancam oleh juak umno Kelantan.

Percayalah bahawa Umno akan terus berusaha untuk merampas kuasa dinegeri yang diperintah pembangkang kerana mereka bijak tak boleh diajar, bodoh tak mahu belajar dari sejarah silam.

Kepentingan peribadi dan kroni sudah sedaging dalam diri masing-masing sehingga menyebabkan Islam diketepikan, keadilan dipinggirkan, Malaysia yang kaya raya hampir muflis dan papa kedana kerana rasuah yang berleluasa. Rakyat perlu faham semua kejadian ini.

Abdullah Ubai berada dlm PAS : Himpunan Raksasa Menyokong Kepimpinan Nik Aziz di Kota Bharu

Oleh edyesdotcom

"Salam hormat,Jika sebelum ini banyak himpunan telah diadakan di ibu negara dengan kapasiti yang besar, termasuk kehadiran dari pantai timur dan utara. Kini tibalah masanya untuk satu lagi himpunan raksasa bagi menyokong kepimpinan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan.

TGNA adalah seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan diiktiraf oleh seluruh dunia. Manakan tidak, beliau dipilih sebagai 50 tokoh Islam terbaik dunia daripada 500 yang terpilih. Mengapa ada barua melayu yang sanggup memperendahkan kredibiliti TGNA dengan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan. Ini suatu perkara yang amat memalukan. Walaupun saya bukan anak Kelantan, namun saya sangat berbangga kerana negara ini mempunyai seorang pemimpin yang bernama Nik Aziz.

Cadangan ini saya petik dari blog Aduka Taruna. Demi mempertahankan TGNA, kita harus buktikan kepada semua masyarakat dan pengundi bahawa kita teguh di belakang TGNA dan menyokong sepenuhnya tindak tanduk Mursyidul Am termasuklah doa beliau terhadap kem Najib dan UMNO setelah menafikan hak royalti Kerajaan Kelantan. Penuhkan perhimpunan ini dengan sepanduk-sepanduk yang menyokong TGNA tersayang dan tidak lupa juga sepanduk yang melakhnat barua UMNO.

Kita jadikan solat hajat memohon binasa kepada kemungkaran UMNO menjadi kemuncak perhimpunan ini disusuli dengan ceramah perdana oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Dengan ini, dapat dibuktikan betapa rakan-rakan PR 'concern' dengan kesulitan yang dihadapi TGNA selama beliau begitu lantang dengan istikomah menjaga kestabilan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Pada kemuncak ceramah perdana itu juga, pimpinan pakatan rakyat terutamanya dari jemaah kepimpinan PAS mempunyai peluang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Gabungan Pakatan Rakyat.

Ayuh, kita adakan himpunan gergasi ini di Kota Bharu. Saya menyeru supaya ada pihak yang sudi menjadi penganjur. (baca : Penganjur BERSIH).

Hidup Tok Guru !!"

Abdullah Ubai berada dlm PAS : Biro Tata Negara peruntuh negara?

Oleh: Mohd Hasbie Muda

Saya sedikit terperanjat apabila membawa laporan Harakahdaily hasbiebaru ini.Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.


“Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,” kata beliau. Beliau juga membangkitkan tentang tindakan BTN mengapi-apikan isu perkauman di dalam modul yang mereka kendalikan.

Jika benar dakwaan yang disebutkan oleh saudara Salahuddin itu, maka ia adalah satu gambaran yang amat jelek dan menyedihkan. BTN telah kelumpuhan fungsi yang sepatutnya dimainkan. BTN sepatutnya menjadi agensi kerajaan yang berperanan untuk membina kesedaran yang tinggi tentang perpaduan di kalangan rakyat. Bukannya membuat fitnah membabi buta dan bukan juga menjadi alat pihak-pihak tertentu yang mengejar keuntungan politik.

Jika disoroti sejarah BTN yang ditubuhkan pada tahun 1975, BTN sebenarnya mempunyai peranan yang cukup penting dalam membina negara dari sudut moral dan jatidiri rakyatnya.

Pada tahun 1970-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan pertubuhan mahasiswa dan belia bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keIslaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum.

Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri.

Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.

Saya juga pernah diprovok dengan kandungan modul-modul sebegitu. Intipati ceramah akan dimulai dengan kepentingan untuk memahami sejarah kependudukan bangsa Melayu, kemudian keadaan anak bangsa Melayu yang masih mundur, kemudian diceritakan tentang kesungguhan pemimpin-pemimpin Melayu dalam parti pemerintah yang gigih membangunkan bangsa dan negara..

…dan kemudian dibilas dengan hentaman dan kejian terhadap pemimpin-pemimpin Melayu dan bukan Melayu yang berada di pihak oposisi. Disedapkan cerita dengan tuduhan subversif, hubungan dengan pihak Yahudi dan sebagainya.

Saya menjadi pelik bin hairan.

Menjadi persoalan, apakah sebenarnya agenda BTN diwujudkan?Apakah mahu membangunkan negara atau MERUNTUHKAN negara?

———

*Penulis ialah Presiden Economics Student Leaders Council (ECONS), sebuah badan pemikir dan NGO bebas terutamanya dalam isu-isu sosio-ekonomi negara, mengembangkan pemikiran kritis dalam politik dan ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Blog Pencak Bicara MHM kini menjadi ruang analisis dan perkongsian beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111