" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, December 13, 2009

Kenali ABU dlm PAS : Satu Malaysia Idea Tong Kosong. PM Najib Razak

Oleh: mohdnoorawang

Sumber
"Satu Malaysia hanya ucapan perkataan diucapkan oleh perdana menteri Malaysia Datuk Muhd Najib Razak. Satu slogan kosong, satu slogan tanpa lirik dan irama, malah senikata pun cukup kabur. Sehingga kini Najib sendiri gagal memberi intipati sebenar hala tuju dan misi serta visi satu malaysia. Hanya pengampu murahan pemimpi Umno dan pemikir murahan yang berada universiti menyalak satu malaysia.

Satu malaysia adalah retorik politik yang berasaskan kepentingan kaum. Selepas komponen barisan nasional menolak umno dalam pru 12 yang lalu. Kekuatan umno dan barisan nasional bergantung kepada kerabat parti mca, mic di Semenanjung malaysia. Dulu umno bermegah dngan kekuatan umno, sekarang umno hilang taring bagaikan anjing buruk jubur atau umno telah membusuk bermula dari kepala sampai ke perut, hati, malah seluruh tubuh umno telah dijangkiti penyakit kanser tahap ketiga yang sukar diubati, hanya tunggu saat kematian dan kehancuran umno.

Kehancuran umno direkabentuk sendiri oleh pemimpin umno dan penyokong umno yang bergelar bangsa melayu. Pemimpin umno bermula dari Najib, setiausaha politik, timbalannya Muhyuddin Yassin, dan semua pemimpin umno terlibat dengan rasuah yang terang dan nyata. Najib sendiri terlibat dengan rasuah, pembunuhan, dan salahguna kuasa yang jelas.

Malah seluruh komponen barisan nasional dan pemimpinnya terlibat secara lansung dan tidak lansung dengan wang rasuah dan salahguna kuasa demi kepentingan peribadi. Anda bayangkan 100 peratus wakil rakyat Umno kaya raya dan terlibat dengan wang rasuah. Kemuncak kehancuran umno dan bangsa melayu dan islam sebaik sahaja Tun Mahathir menjadi perdana menteri malaysia.

Tun Mahathir membiakakn virus penyakit secara smart dengan konsep membina projek mega dan bersaiz besar. Dalam masa yang sama menghapuskan kekuatan bangsa melayu dan bahasa melayu serta ugama islam. Dan yang paling trajis Tun Mahathir dan umno meperkotakataikan malah menghina insitiusi raja-raja melayu.

Najib menjadi perdana menteri malaysia dalam keadan najib sendiri kotor dan jijik dengan rasuah, dan pembunuhan . Najib bagaikan pemimpin diktator kedua slepas Tun Mahathir. Sejarah akan bersanda Najib telah mengunakan semua cabang kehakiman dan mahkamah dibawah telunjuk Najib. sekian


Kenali ABU dlm PAS : Jangan biarkan kemuncup bertambah banyak

Oleh: ibnuabbas

Sumber
"Aku baru sahaja tengok sebahagian petikan ucapan pesuruhjaya Pas Terengganu di pertemuan dengan blogger Pas baru2 ni. Tajuk video klip tu "Jangan Hirau Kemuncup di Jalanan."

Aku baru sahaja tengok sebahagian petikan ucapan pesuruhjaya Pas Terengganu di pertemuan dengan blogger Pas baru2 ni. Tajuk video klip tu "Jangan Hirau Kemuncup di Jalanan."

Sebenarnya aku punya pandangan yang berbeza tentang isu ini. Kemuncup di jalanan boleh ditafsirkan apa sahaja oleh pendokong perjuangan Pas. Tapi aku pasti, yang dimaksudkan oleh Ustaz Harun antaranya ialah isu-isu dalaman yang berlaku dalam Pas seperti Erdogan vs ulama', EGM @ Seminar, Tok Guru & Arifffahmi vs kickdefella, dll. Semua ini mungkin dianggap 'kemuncup di jalanan'.

Kemuncup yang melekat walaupun tidak besar bahayanya, tapi ia melambatkan perjalanan. Yang patut pemimpin Pas buat ialah bertindak segera 'cabut kemuncup' itu, bukannya tunggu ia penuh diseluar @ kain peikat @ jubah. Sakit mata dilihat!!! Kalau dah banyak kemuncup melekat dekat pakaian, apa pula kata orang ramai yang melihat. Bukankah ia akan mencacatkan pemancangan, mencacatkan imej pemimpin? Nak tunggu menang dulu baru nak cabut? Kita tahu ke bila kita menang?

Inilah barangkali yang menyebabkan persepsi masyarakat terhadap Pas menjadi negatif. Akibat sikap pemimpinnya yang lambat bertindak, menyebabkan sesuatu isu menjadi lebih besar.

Aku percaya kalau kita mahu menang besar (perintah Malaysia), kita mesti berjiwa besar, sanggup ditegur dan sanggup berubah ke arah lebih baik. Jangan hanya sanggup ditegur tetapi tidak sanggup berubah. Ini yang ramai ni.....

Percayalah, sebenarnya faktor terbesar yang menyebabkan masyarakat tidak mahu berubah ialah SIKAP. Aku ulangi ...SIKAP. Bercakap secara umum, kajian mendapati faktor ilmu dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan seseorang hanyalah 7 %. Selebihnya sebanyak 93% merupakan sumbangan SIKAP kita.

Patutlah Nabi sallallahu alaihi wasallam pernah menyebutkan bahawa baginda diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia. Sikap sangat berkait rapat dengan akhlak seseorang. Dan aku percaya Islam tidak mengajar umatnya meremehkan perkara-perkara kecil(dengan ertikata tidak mempedulikannya). Yang ada dalam Islam ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Meletakkan sesuatu kena pada martabatnya, kedudukannya. Semua perkara yang diajar Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah penting. Tetapi semua yang penting itu suda tentu ada tingkatannya. Antara yang sunat dan wajib, sudah tentu yang wajib lebih penting. Itulah dia Islam.

Kembali kepada topik, maka pemimpin Pas sepatutnya jaga semua perkara kerana yang dinamakan ajaran Islam itu semuanya penting. Jaga tuturkata agar tidak disalaherti oleh media dan masyarakat adalah penting. Bertindak cepat terhadap masalah supaya ia tidak menjadi barah adalah penting. Bersangka baik dengan semua pendokong perjuangan adalah penting. Berhati-hati terhadap musuh politik adalah penting. Pendek kata, semua penting lah.... "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111