" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, December 20, 2009

Kenali ABU dlm PAS : Kesan Buruk Menonton Filem Lucah

Oleh asshafiee

"Salam dan selamat berjuang kepada semua muslimin dan muslimat dalam mengharungi cabaran kehidupan seharian yang banyak pancarobanya. Artikel ini dipetik dari blog Salam Perjuangan yang banyak mengandungi artikel-artikel yang berkaitan keagamaan, isu semasa, pendidikan dan sebagainya

Umat Islam sekarang ini jauh dihanyutkan oleh peredaran masa sehingga lupa kepada Allah dan banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Kali ini saya nak mengajak dan memberikan pendedahan mengenai video lucah atau pornografi yang saya baca di Majalah Al-Islam keluaran Disember 2009.

Rasa terpanggil untuk menyediakan artikel yang berkaitan masalah ini untuk disebarkan kepada umum. Mencegah perkara yang batil ini menjadi kewajipan kita bersama untuk membersihkannya dengan segala upaya yang Allah anugerahkan kepada kita. Maka tepat pukul 12.32 malam tanggal 02 Disember 2009 hari Rabu saya menghasilkan sebuat artikel yang berkaitan pornografi.Saya datangkan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi seperti :

  1. Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
  2. Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
  3. Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

  1. Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
  2. Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
  3. Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
  4. Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
  5. Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.

Wahai muslimin dan musliman sesungguhnya cara inilah yang paling mustajab pihak musuh Islam menyerang pemikiran umat Islam. Kesannya sangat buruk dikalangan umat Islam sehingga ramai remaja Islam terdedah dan menonton filem ini. Hal ini dapat dibuktikan oleh sepasang kekasih dari tingkatan 2 dan 4 yang melihat pornografi di dalam telefon sehingga menyebabkan mereka terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Malangnya mereka ditangkap oleh guru mereka dan mendapati dalam telefon mereka ada video mereka berdua melakukan seks di dalam sebuah longkang berhampiran sekolah. Contoh yang paling mudah lagi ialah banyak video seks anak muda melayu Islam di dalam internet yang sangat memalukan bangsa, agama dan negara kita.

Menurut Islam menonton pornografi adalah haram berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulallah yang bermaksud : “janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. Paling menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”.

Rujukan dari http://asshafiee.blogspot.com

Kenali ABU dlm PAS : Nik Aziz: ‘Saya rasa berada di dunia baru’

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang pemimpin yang menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam, menyifatkan beliau seolah-olah berada di dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan PKR.Selepas pengalaman berada bersama Umno dan Barisan Nasional (BN) kira-kira empat dekad lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau kini merasai suasana yang berlainan

"Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya," kata beliau yang muncul julung kali bersama Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di pentas yang sama di auditorium MBSA.

Karpal juga menyampaikan ucapan penutup.

Menurut Nik Aziz, sebelum ini PAS pernah bersama BN tetapi kemudian dikhianati oleh Umno.

Dalam ucapan ringkasnya Nik Aziz menambah beliau merasa jijik dengan Umno apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.

Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.

Nik Aziz merupakan antara pemimpin kanan menentang sebarang kerjasama antara PAS dan Umno-BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Beliau membangkitkan bantahannya itu di muktamar PAS dan juga baru-baru ini dengan menggesa agar diadakan muktamar agung khas bagi memilih semula barisan kepimpinan.

Pakatan Rakyat, ikatan DAP-PAS-PKR mengadakan konvensyen sulung di sini semalam dan meluluskan dasar yang berteraskan empat pegangan utama.

Empat pegangan teras itu ialah Demokrasi Telus dan Tulen, Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

PR dikatakan merangka dasar ini untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru dengan menggembleng rakyat pelbagai kaum menjelang pilihan raya umum akan datang.

Teras Demokrasi Telus dan Tulen memfokus pada soal negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil manakala teras Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial akan memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau, ekonomi demokratik dan telus, ekonomi kemahiran tinggi, dasar afirmatif berdasarkan keperluan, tenaga kerja, jaringan perlindungan sosial, perumahan, prasarana dan kemudahan awam dan alam sekitar.

Dalam pada itu, teras Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan pula menyentuh aspek perpaduan, agama, pendidikan, wanita, belia, keselamatan, kesihatan dan kebudayaan. Teras keempat Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara akan menyentuh sistem persekutuan, Sabah dan Sarawak dan dasar luar negara.

Ia diluluskan oleh 1,500 perwakilan dengan mengangkat tangan.

Dasar tersebut kemudian ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Lim Kit Siang (Pengerusi DAP).M/Insider

Kenali ABU dlm PAS : Dasar Pakatan Rakyat: Muafakat baru untuk Malaysia

Kenyataan Media SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Berikut adalah kandungan muafakat rakyat.Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijaksanaan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi otoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tergelincir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campurtangan politik dan kepentingan perniagaan.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin, kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil, terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yan ghanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golonga miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

1. Demokrasi Telus dan Tulen


a. Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalin serta melanggar hak asasi.

6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan kuasa

Kebanyakan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.

3. Menjamin pertangjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

4. Mewajibkan pelantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).

6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.

8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara dil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.

6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan di bidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk "Merakyatkan Ekonomi Negara" bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapiran rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan di antara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi kemahiran tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketrampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.

2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.

3. Menggalakkan warga negara yang profesional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanahair dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.

b. Ekonomi demokratik dan telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsesi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil pada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasana air.

3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkatkan hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

2. mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan pelaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekaligus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.

4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar afirmatif berdasarkan keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin.

4. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

5. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

3. Memperkenalkan Akta peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

6. menyusun dasar pekerja sing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan perlindungan sosial


Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.

3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka

Pakatan Rakyat akan:

1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu keluarga, Satu Rumah.

2. Mengatasi masalah 'setinggan/peneroka bandar' sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.

3. Menyelaraskan sistem perundingan antara 'setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah.

4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.

5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.

6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.

7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan kemudahan awam


Penyediaan dan penyelenggaraan prasana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Pelaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.

3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.

4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.

5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.

6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam sekitar

1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.

5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kita semula yang menyeluruh.

2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel surai dan sel fuel hidrogen.

3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.

4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

Kenali ABU dlm PAS : Opsss, Salah Letak Calon

Oleh Nobisha

Sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat, Presiden PAS Dato' Seri Abd Hadi Awang berkata parti-parti yang bernaung di bawah gagasan itu hendaklah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Perak. Katanya, mereka tidak lagi boleh tangkap muat calon pilihanraya.

Ketika bercakap dengan wartawan Malaysia di Copenhagen, Pengerusi Barisan Nasional Dato' Seri Najib Tun Razak pula berkata parti itu akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang gagal hadir sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010. Klik di sini untuk membaca tulisan saya sebelum ini.

Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya amat memahami betapa sesebuah parti politik perlu menampilkan calon berkualiti. Dia ada pengalaman tersendiri. Projek 16 September yang ingin menarik Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat ke Pakatan Rakyat bukan saja gagal. Lebih parah, ramai wakil rakyat PKR melompat keluar.

Di Perak, dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan. Di Pulau Pinang, seorang ADUN dipaksa melepaskan jawatan tersebut dan Timbalan Ketua Menteri bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan. Di Kedah, seorang ADUN Bebas yang masuk PKR meletakkan jawatan dan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan. Di Selangor, seorang ADUN keluar PKR dan menjadi Bebas.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar (PKR) mengungut untuk keluar parti. Begitu juga dengan ADUN Perak A Siva Subramaniam (DAP) yang mengumumkan keluar parti kerana tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Beberapa jam kemudian, dia menarik balik keputusan itu.

Dalam PRU12 lalu, pengundi menunjukkan sikap menolak Barisan Nasional disebabkan kepimpinan parti itu yang dilihat "tidur" dan tidak responsif kepada kehendak rakyat. Kebanyakan calon yang bertanding melawan Barisan Nasional menang dengan mudah. Begitulah marahnya rakyat pada ketika itu.

Kini setelah hampir dua tahun PRU12 berlalu, sikap rakyat mula berubah. Mereka menjadi kritikal kepada kedua-dua belah pihak -- Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Sekiranya pemimpin PAS, DAP dan PKR merasakan rakyat akan menyokong mereka membuta-tuli, mereka membuat percaturan silap.

Begitu juga, rakyat tidak akan secara mudah menyokong Barisan Nasional kerana melihat Najib begitu bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka. Dibandingkan dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya fikir Najib dilihat lebih bersungguh-sungguh dan responsif kepada isu-isu rakyat. Itu pandangan saya. Anda boleh memilih untuk berpihak kepada Abdullah.

Rakyat mengharapkan lebih dari itu.

Di sinilah letaknya faktor calon.

Sementara rakyat mengharapkan Ahli Dewan Rakyat dan ADUN turut terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada pengundi, mereka juga ingin melihat wakil rakyat berfungsi sebagai anggota legislatif yang efektif.

Ini bermaksud, seseorang anggota legislatif hendaklah berada di Parlimen atau DUN sepanjang waktu persidangan. Kehadiran buruk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional di Dewan Rakyat ketika meluluskan Bajet 2010 tidak berhenti di situ. Di Kedah, seorang ADUN digantung oleh Speaker kerana gagal hadir Dewan. Kes ini masih di Mahkamah. Di beberapa DUN lainnya, ramai wakil rakyat yang hanya tunjuk muka pada sebelah pagi, kemudian hilang pada sebelah petangnya. Ada datang hari pertama, hari kedua ponteng.

Entah apa yang sibuknya, saya tak tahu, Sidang DUN hanya dua atau tiga kali setahun. Bukannya setiap hari. Mungkin mereka lupa, sewaktu pilihanraya merekalah yang terhegeh-hegeh meminta untuk dipilih.

Selain kehadiran, kualiti perbahasan. Berapa ramaikah Ahli Parlimen atau DUN mempunyai pasukan penyelidik bagi membantu perbahasan? Parlimen tahun ini menambah kakitangan bagi membantu wakil rakyat membuat penyelidikan, namun saya dimaklumkan ia tidak dimanfaatkan. Kalau setakat nak bercakap macam berbahas di kedai kopi, Pak Mat dan Mak Minah lagi sesuai jadi Ahli Dewan Rakyat!

Wakil rakyat juga diharapkan untuk melakukan "engagement" dengan rakyat. Seorang Ahli Dewan Rakyat atau ADUN hendaklah bersedia mendengar pandangan pengundi dan berkongsi pendiriannya dengan rakyat. Malangnya, ada yang melihat ini sebagai liabiliti yang boleh menjejaskannya peluangnya untuk kekal di legislatif.

Sepatutnya, wakil rakyat memanfaatkan media massa atau media sosial untuk mendekati rakyat. Apa yang berlaku sekarang, wakil rakyat Barisan Nasional agak liat untuk muncul di televisyen. Mereka hanya inginkan gambar mereka bersama Perdana Menteri atau ketika memotong riben disiarkan dalam berita tv, tetapi menolak untuk berkongsi pendapat dalam talk show.

Di media sosial, sebahagian besar anggota legislatif melakukan "ghost blogging" atau "ghost facebooking" -- orang lain melakukan untuk mereka tanpa mereka sendiri menunjukkan minat untuk menggunakan media tersebut bagi melakukan engagement dengan rakyat. Rakyat bukan hidup di zaman batu. Mereka tahu apa yang mereka mahukan dari wakil rakyat di blog dan Facebook!

Baiklah, sekarang apakah yang perlu dilakukan?

Dalam buku “Good to Great”, Jim Collins menulis mengenai keperluan seseorang pemimpin untuk mengeluarkan penumpang yang salah dari dalam bas (to get the wrong people off the bus). Inilah yang harus dilakukan oleh parti-parti politik sekarang. Parti-parti politik hendaklah menunjukkan keberanian menguggurkan wakil rakyat yang gagal memenuhi aspirasi rakyat.

Pada masa yang sama, parti-parti politik juga harus menentukan -- dalam istilah Jim Collins -- tidak ada orang salah menaiki bas tersebut pada masa depan (to avoid putting the wrong people on the bus in the first place)!

Proses menyaring calon yang baik bukanlah mudah. Namun, itulah yang harus dilakukan bukan saja oleh parti-parti politik untuk memelihara kredibiliti parti masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital One, Richard Fairbank menyebut, “At most companies, people spend two percents of their time recruiting and 75 percent managing their recruiting mistakes.”

Belajarlah dari semua kesalahan ini!

http://nobisha.blogspot.com/

Kenali ABU dlm PAS : Kesian, kesian, letih nampak lepas turun takhta ni!

Oleh DR HJ MOHD HAYATI HJ OTHMAN

Sebagai seorang yang berjasa buat seketika menjadi orang nombor satu negara dan begitu gah dengan Islam Hadharinya, ana kadang kala rasa kesihan tengok bekas PM ni, nampak makin letih mutakhir ni kerana terpaksa berkejar datang keparlimen dalam waktu-waktu senja begini kerana ada satu kesilapan besar yang telah berlaku 3 hari lepas dimana 70 orang MP BN telah melakukan satu aib besar kepada Perdana Menteri dengan kemenangan hanya 3 undi bacaan kali ketiga bajet negara, bajet sulong Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri.

Hanya 66 daripada 137 orang ahli yang hadir , bahkan ahli bebas yang nak masuk UMNO tapi tak jadi pun tak datang juga, ini semua bukan apa, nak tengok atau nak beritahu dunia bahawa mereka semua tu becadang atau berpakat atau bersekonkol untuk menjatuhkan suatu bebanan besar keatas PM sekarang ini, hendak memberitahu rakyat bahawa setakat itu sahajalah sokongan yang boleh diberikan kepada bajet PM ini, bahkan ianya merupakan bajet sulong yang tak sepatutnya berlaku.

Hari ini PM kata semua yang tak hadir kena beri alasan kenapa tak hadir, maknanya kenapa tak sokong bajet beliau. Dalam parlimen ini, ikut kata Speaker TS Pandikar Amin, kalau tak lulus bajet maknanya kerajaan yang ada kena adakan pilihanraya semula, mendapat mandat baru, tapi kalau di barat, dah kena letak jawatan tu, dan kalau di Jepun, nak masuk kubur tu, dah terjun bangunan, sebabitu yang tak hadir tu kena beri alasan.

Pasal tu pada petang , hari last sidang parlimen kali ni, terkocok-kocoh bekas PM tu datang, elok sampai ketangga parlimen nak masuk dewan, speaker tangguh mesyuarat jam 5.20etang kerana dah habis urusan dan mungkin ramai yang nak balik tengok bola Malaysia lawan Vietnam, tahniah lah menang 1-0.

Beliau mendengar khabar akan ada undi belah bahagi, takut nanti kena jawab dekat PM semula kenapa tak hadir, jadi dekat dengan masa nak mengundi baru nak datang, padahal masa jadi PM dulu beliaulah yang lantang menyeru semua MP agar jangan abaikan sidang parlimen.

Tapi kalau kita lihat sekarang ni, kerusi lebih banyak kosong daripada penuh terutamanya belah Menteri atau Timbalan Menteri sana, bahkan apa persoalan yang kita kemukakan dalam perbahasan pun masih belum mendapat jawapan daripada Menteri, janji nak jawab bertulislah, nak kaji dululah dan nak dapat info dari pegawailah.

Ambil satu contoh pasal yang ana sentuh mengenai perumahan guru di Tajar, Kubor Panjang dan Sumgai Tiang yang tidak diduduki kerana masalah meter air, meter letrik dan ketiadaan lift serta menjadi sarang maksiat, sampai sekarang Menteri janji nak jawab masih belum mendapat jawapan baik secara lisan ataupun tulisan.

Itu timbalan Menteri pelajaran yang janji nak jawab tu, begitu juga dengan jemputan kepada wakil rakyat dari Pakatan yang tidak dibenarkan untuk menghadiri program disekolah kerajaan SM atau SK atas alasan tidak diberikan green light oleh PPD, ana nak dapatkan kepastian secara hitam putih dan nak bawa kemesyuarat tindakan daerah kalau ini menjadi dasar kementerian, tak berani pula nak jawab, padahal setiap kali nak adakan program, bertimbun surat minta sumbangan nak buat majlis itu dan ini, padak nak jemput kita duduk atas pentas pun takut kena tindakan.!!

http://mppendang.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111