" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, February 23, 2010

say no 2 UG : Kehadiran Warga Asing Yang Menakutkan..

Oleh Drs Harun Jaafar

Hanya sekarang baharulah kita mendengar reaksi Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap lambakan warga asing di negara ini. Rakyat sudah lama mengeluh baharu sekarang dia kata kewujudan itu luar biasa. Sahlah bahawa sebelum ini dia tidur. Sindrom tidur dalam kalangan menteri UMNO/BN sudah menjadi satu sindrom. Ketiduran mereka tidak jadi hal kalau kesannya hanya muka sembab,lantak dialah kalau nak sangat nampak sembab, tetapi hal ini bersangkut paut dengan keselamatan negara.

Kalau sudah diterima kenyataan bahawa jumlah pendatang asing itu sudah sedemikian banyak, apakah tindakan segera kita? Bagaimana mereka datang? Siapa yang membawa mereka masuk? Siapa yang menjadi ejen memasukkan mereka? Berapa ramai pendatang yang masuk dengan izin? Berapa ramai pula yang masuk tanpa izin? Mereka ini semua orang baik-baik ke?

Semua persoalan itu mesti dirongkai dengan segera sebelum nasi jadi bubur. Jika kehadiran mereka menyebabkan rakyat Malaysia sendiri ketakutan untuk pergi ke sesuatu tempat, itu tandanya keselamatan dan ketenteraman mereka telah diragut. Hendak tunggu sampai bila bagi menyelesaikan perkara ini?

Yang mereka sibukkan ialah perarakan Maulidur Rasul. Yang mereka sibukkan ialah menentang keputusan mahkamah tentang penggunaan kalimah "Allah". Yang mereka sibukkan ialah tidak mahu bagi royalti petroleum kepada Kelantan. Yang mereka sibukkan ialah jangan rotan wanita yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang Islam, kena bagi nasihat dan kaunseling dulu, tak boleh terus sebat. Apa semua ini?

Rakyat Malaysia sememangnya sudah berasa tidak aman di bumi sendiri. Sudahlah keselamatan negara terancam. Kalau enjin jet F-5E boleh hilang dengan senang, apa maknanya dengan tahap keselamatan negara? Kalau kapal selam baru beli dah tak boleh pakai, bagus sangatkah keselamatan negara kita?

Semua ini menggugat keselamatan dan ketenteram kita. Jangan pandang ringan. Jangan pisang berbuah dua kali. Masalah pendatang di Sabah sampai sekarang belum selesai. Janganlah berlaku pula di Semenanjung. Hentikanlah bawa masuk pendatang ke negara ini. Janganlah kerana nak jaga periuk nasi kroni yang kerjanya buat untung dengan membawa masuk pendatang keselamatan negara jadi lintang-pukang.

Rakyat Malaysia perlu berasa cemas dengan isu ini. Rasa kurang senang terhadap kehadiran pendatang yang melampau-lampau semakin menebal. Kita bimbang hal ini menular menjadi kebencian. Macam-macam boleh terjadi jika benci menguasai jiwa. Kerajaan UMNO/BN pun boleh melayang!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111