" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, March 25, 2010

‘Pampers’ dan Zulkifli

Oleh Roziyah Mahamad

Sejurus Ahli Parlimen (MP) Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, kita diingatkan oleh MP berkenaan agar membawa `pampers' sekiranya berada di Parlimen nanti.
"Sudah tentu kita percaya YB Zul akan menggemparkan semua yang ada di Parlimen bahkan kita yang di luar Parlimen kerana melihat kepada kesungguhan beliau bercakap.
"Hari ini tibalah YB Zul bangun di Parlimen untuk mengambil giliran membahas titah DYMM YDP Agung," kata Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam blognya.
Beliau berkata, Zulkifli bercerita tentang bagaimana beliau 'ditawarkan' dengan habuan yang boleh 'menggugat iman' agar beliau membuat akuan bersumpah tentang penglibatan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Apabila dia memulakan perbahasannya, kita menanti bilakah masanya yang sesuai untuk kita mula memakai 'pampers'.
"Ada di antara kita sudah bersedia untuk memakai pampers kerana YB Zul mungkin akan mendedahkan siapakah orang yang menawarkian habuan itu.
"Adakah ianya Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang atau mungkin Ibrahim Ali kalau tidak Zahrain 'The Dog Attack'?
"Malangnya, cerita itu terhenti setakat itu dan tiadalah jadi kita untuk memakai pampers," kata Khalil Idham.
Bagi beliau, Zulkifli gagal membuat kegemparan setakat ini meskipun sedikit 'gempar' yang murahan dan melucukan seperti yang telah dilakukan oleh Zahrain 'The Dog Attack'.
Khalil Idham lim dalam blognya mempersoalkan kaitan Zulkifli dengan kes altantuya.
"Jika dahulu kita masih ingat di mana Balasundram telah membuat dua akuan bersumpah dalam tempoh tidak sampai 24 jam, itu dikira lojik kerana Bala ada kaitan dengan kes tersebut.
"Bala adalah Penyiasat Persendirian yang diupah oleh Razak Baginda iaitu salah seorang yang didakwa terlibat di dalam kes tersebut kemudiannya dibebaskan.
"Tetapi YB Zul apa kaitannya? Mengapa perlu `diupah' beliau untuk membuat akuan bersumpah? Mungkin kerana YB Zul adalah salah seorang Peguam yang pada mulanya akan mewakili salah seorang sidituduh dalam kes tersebut tetapi menarik diri akhirnya," tegas Khalil.
Menurut Khalil, Zulkifli terus bercerita tentang mengapa beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang dari tertuduh.
"Beliau mendakwa ada `pihak ketiga' yang mencampuri urusannya menyebabkan beliau menarik diri kerana ingin berlaku adil terhadap sidituduh.
"Sekali lagi kita merasakan perlu `pampers' dipakai pada waktu beliau mendedahkan kisah ini,"kata Zulkifli lagi.
Khalil berkata semua tertumpu dan memasang telinga untuk mengetahui siapa `orang ketiga' itu. Malangnya, cerita terhenti setakat itu sahaja.
Khalil mempersoalkan mengapa kedua-dua kisah yang ada potensi untuk `membanjirkan' dewan Parlimen dengan `air kencing' terhenti setakat itu sahaja dan hanya zulkifli sahaja yang mengetahuinya.
Khalil dalam kenyataannya tidak mahu hipokrit terhadap Zulkifli.
"Tahniah, kerana setakat ini berjaya dan mampu bercakap untuk menyokong keadilan terhadap Anwar di dalam kes liwatnya.
"Jika beliau tidak berani bercakap seperti itu sekali pun, kita masih ada ramai lagi MP yang berani untuk bercakap tentangnya.
Bagi Zulkifli, apa yang benar dari mulut zulkifli harus disokong dan bersangka baik.
Cuma bagi Khalil Idham, apa yang tidak patut pada zulkifli adalah berada di dalam Parlimen kerana beliau tidak lagi mewakili pengundi-pengundi yang mengundinya atas tiket PKR dahulu.

KUALA LUMPUR : Sejurus Ahli Parlimen (MP) Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, kita diingatkan oleh MP berkenaan agar membawa `pampers' sekiranya berada di Parlimen nanti.

"Sudah tentu kita percaya YB Zul akan menggemparkan semua yang ada di Parlimen bahkan kita yang di luar Parlimen kerana melihat kepada kesungguhan beliau bercakap.

"Hari ini tibalah YB Zul bangun di Parlimen untuk mengambil giliran membahas titah DYMM YDP Agung," kata Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam blognya.

Beliau berkata, Zulkifli bercerita tentang bagaimana beliau 'ditawarkan' dengan habuan yang boleh 'menggugat iman' agar beliau membuat akuan bersumpah tentang penglibatan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Apabila dia memulakan perbahasannya, kita menanti bilakah masanya yang sesuai untuk kita mula memakai 'pampers'.

"Ada di antara kita sudah bersedia untuk memakai pampers kerana YB Zul mungkin akan mendedahkan siapakah orang yang menawarkan habuan itu.

"Adakah ianya Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang atau mungkin Ibrahim Ali kalau tidak Zahrain 'The Dog Attack'?

"Malangnya, cerita itu terhenti setakat itu dan tiadalah jadi kita untuk memakai pampers," kata Khalil Idham.

Bagi beliau, Zulkifli gagal membuat kegemparan setakat ini meskipun sedikit 'gempar' yang murahan dan melucukan seperti yang telah dilakukan oleh Zahrain 'The Dog Attack'.

Khalil Idham lim dalam blognya mempersoalkan kaitan Zulkifli dengan kes altantuya.

"Jika dahulu kita masih ingat di mana Balasundram telah membuat dua akuan bersumpah dalam tempoh tidak sampai 24 jam, itu dikira lojik kerana Bala ada kaitan dengan kes tersebut.

"Bala adalah Penyiasat Persendirian yang diupah oleh Razak Baginda iaitu salah seorang yang didakwa terlibat di dalam kes tersebut kemudiannya dibebaskan.

"Tetapi YB Zul apa kaitannya? Mengapa perlu `diupah' beliau untuk membuat akuan bersumpah? Mungkin kerana YB Zul adalah salah seorang Peguam yang pada mulanya akan mewakili salah seorang sidituduh dalam kes tersebut tetapi menarik diri akhirnya," tegas Khalil.

Menurut Khalil, Zulkifli terus bercerita tentang mengapa zulkifli menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang dari tertuduh.

"Beliau mendakwa ada `pihak ketiga' yang mencampuri urusannya menyebabkan beliau menarik diri kerana ingin berlaku adil terhadap sidituduh.

"Sekali lagi kita merasakan perlu `pampers' dipakai pada waktu beliau mendedahkan kisah ini,"kata Zulkifli lagi.

Khalil berkata semua pasti akan tertumpu dan memasang telinga untuk mengetahui siapa `orang ketiga' itu.

Malangnya, cerita terhenti setakat itu sahaja.

Khalil mempersoalkan mengapa kedua-dua kisah yang ada potensi untuk `membanjirkan' dewan Parlimen dengan `air kencing' terhenti setakat itu sahaja dan hanya zulkifli sahaja yang mengetahuinya.

Khalil dalam kenyataannya jelas tidak mahu bersikap hipokrit terhadap Zulkifli.

"Tahniah, kerana setakat ini berjaya dan mampu bercakap untuk menyokong keadilan terhadap Anwar di dalam kes liwatnya.

"Jika beliau tidak berani bercakap seperti itu sekali pun, kita masih ada ramai lagi MP yang berani untuk bercakap tentangnya.

Bagi Zulkifli, apa yang benar dari mulut zulkifli harus disokong dan bersangka baik.

Cuma bagi Khalil Idham, apa yang tidak patut adalah apabila Zulkifli terus berada di dalam Parlimen kerana beliau tidak lagi mewakili pengundi-pengundi yang mengundinya atas tiket PKR dahulu.

EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111