" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 24, 2010

Petronas entiti haram!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: "Petronas sebuah entiti illegal - sekurang-kurang itu pendapat Professor Shad Saleem Faruqi. Petronas sebuah badan perniagaan haram?," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Petroleum Kelantan, Dato' Husam Musa merujuk kepada hujah pakar undang-undang itu baru-baru ini.

Husam secara sinis dalam blognya menulis, jika kenyataan pakar undang-undang itu dilihat bukan sebuah letupan di muka Petronas, menunggu letupan yang lebih besar beliau bimbang nanti sudah terlewat dan hanya meranapkan terus integriti Petronas.

Ujar Husam, Petronas ebagai sebuat badan korporat yang sangat besar sehingga kini hanya dilihat terus sanggup untuk diinjak maruahnya dalam mempertahankan kebebalan kerajaan Pusat untuk tidak membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Ketika Petronas sedang cergas melabur berpuluh bilion dollar di luar negara, kedudukan penubuhannya sendiri di sisi undang sampai dipertikaikan, kata Husam.

"Apa akan jadi jika pendapat Shad Faruqi itu sampai kepada negara-negara Petronas ada berikat? Apa akan jadi jika ada pihak menggunakan pandangan Shad Faruqi untuk mengisytiharkan Petronas bukan sebuah entiti yang sah?," katanya lagi

Menurut Husam, sebenarnya, semasa peguam-peguam penasihat kerajaan Negeri Kelantan berbincang sebelum ini, isu seperti ini ada dibangkitkan termasuk sudut lain bahawa perjanjian yang dibuat oleh kerajaan Negeri dengan Petronas adalah tidak sah dan tidak terpakai berasaskan sebab-sebab yang lain.

Namun, Kelantan mengambil pendirian mengenepikan sementara waktu pandangan seperti itu kerana ia akan merosakkan Petronas, katanya.

Kelantan memilih pandangan yang lebih sederhana iaitu mengikut undang-undang dan perjanjian serta konvensyen selama ini, dimana Kelantan terhak terhadap pembayaran royalti dari semua pengeluaran minyak dan gas di luar pantainya, katanya lagi.

Petronas dan pemimpin Kerajaan Umno/BN bagaimanapun nampaknya memilih permainan yang lebih kasar, katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam pula menjadi tokoh Umno kedua secara terbuka memberi pandangan yang berbeza tentang bayaran royalti berbanding pendirian rasmi kerajaan pusat.

Ujar Husam, seperti yang disebut Tun Musa Hitam apa pun nama bayaran yang diberikan, pembayarannya hendaklah kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga mempersoalkan selama mana sebenarnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menunggu untuk membetulkan semula sikapnya dan verapa ramai tokoh lagi ditunggu Najib untuk memberikan 'tamparan demi tamparan'.

Ahli Parlimen Umno sendiri, yang juga pengasas Petronas, Tengku Razalegh Hamzah telah 'menyapa', sementara Tun Salleh Abbas selaku bekas Peguamcara Negara yang menulis cadangan Akta berkenaan telah memberikan pendapat, kata Husam.

Selain itu bekas Eksekutif Jabatan Undang-undang Petronas di mana hampir semua dokumen perjanjian antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Malaysia dengan Petronas ada tercatit tanda tangannya dan beliau terlibat dalam membentuk kandungan perjanjian tersebut, Nik Saghir Mohd Nor juga menyebelahi tuntutan Kelantan.

Namun hingga kini Petronas sendiri mendiamkan hakikat itu, dan bagi Husam kemulian Petronas sebenarnya sudah tercemar.

Jika tuntutan Kelantan dilayan seadilnya sejak awal mengikut makna yang 'plain' dan amalan biasa seperti perjanjian, tidaklah perlu kenyataan-kenyataan yang merugikan seperti itu dikeluarkan, katanya.

Petronas tidak menjadi 'bankrap' kerana menunaikan hak Kelantan, nama baiknya tidak rosak dan kejujuran koporatnya tidak hilang, katanya.

DetikDaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111