KUALA LUMPUR : Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn meletak jawatan sebagai Wakil Rakyat disifatkan sebagai sandiwara oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Jika Yip benar-benar serius untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat, Yip yang juga bekas wartawan sambilan di salah sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini perlu pada masa yang sama menyerahkan surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya tidak berminat terlibat dengan permainan 'wayang' ini. Selagi SPR tidak mengesahkan perkara ini, saya yakin ia adalah sandiwara dalam dunia politik hari ini," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Kuala Terengganu semalam.
Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri dan memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.
Sejak semalam, Yip yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar berada di Pulau Pinang atas urusan 'rasmi'.
EraPakatan
No comments:
Post a Comment