" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 15, 2010

Ayuh, kita bantu rakyat yang dizalimi Umno-BN

Oleh Dr Hamzah Jaaffar

Kesian melihat kepada kedhaifan hidup rakyat yang sepatutnya hidup senang di bumi Malaysia ini. Malaysia kaya dengan minyak. Hasil minyak melebihi RM50 bilion. Hasil balak juga agak besar. Kita boleh tengok hasil balak di Kelantan dari Tahun 1985 – 1989 yang telah ditebang iaitu sebanyak 158,200 hektar. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Kelantan pada masa itu ialah RM167.6 juta. Ini bermakna Kerajaan Kelantan memperolehi hasil sebanyak RM1060 sehektar pada tahun tersebut.

Kalau diikut pula hasil balak yang diperolehi pada tahun seterusnya sewaktu pemerintahan Islam maka kita dapati hasil balak sehektar ialah sekitar RM11,880. Ini bermakna sekiranya balak diurus dengan penuh tanggungjawab maka penebangan balak seluas 158,200 hektar selama 5 tahun itu akan menghasilkan sebanyak lebih RM1.8 bilion (di mana perginya wang lebih RM1.6 bilion semasa BN memerintah Kelantan). Itu hasil dari negeri Kelantan. Tak termasuk dari negeri lain terutamanya Pahang, Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan hasil balaknya.

Kalaulah hasil minyak yang diperolehi oleh Kerajaan Malaysia sebanyak itu maka saya yakin pelajar sekolah dari sekolah tadika, rendah, menengah, Kolej dan universiti akan mendapat pendidikan percuma. Itu tak termasuk hasil balak.

Kalau begitu keadaannya kenapa rakyat harus hidup menderita dengan tekanan ekonominya. Manakala pemimpin politik pula hidup menderita dengan tekanan politiknya sehingga sesiapa sahaja yang bercakap dan mendedahkan penyelewengan kerajaan akan difitnah dan diaibkan lalu dicari jalan supaya dapat disumbat ke penjara?

Semuanya ini berpunca dari kejahatan dan kezaliman berpanjangan dari UMNO/BN yang telah beraksi lebih 50 tahun menindas,memperbodohkan dan menipu rakyat. Saya tidak memperincikan kezaliman UMNO/BN terhadap rakyatnya kerana terlalu banyak kezaliman, penipuan dan kejahatannya sehingga tak tertulis.Pembaca boleh fikir sendiri antaranya penyelewengan PKFZ, pembelian jet dan kapal selam, stadium runtuh, bangunan universiti belum siap tapi dah runtuh, dan macam-macam lagi.

Dalam Islam, orang yang zalim kita kena tolong. Caranya dalam konteks keazaliman UMNO/BN ialah dengan mempastikan kekalahannya dalam pilihanraya khususnya PRK Hulu Selangor pada 25.4.2010 nanti. Itulah yang diajarkan oleh Nabi saw, bagaimana cara untuk menolong orang yang zalim. Untuk menolong orang yang kena zalim, tak perlulah dihurai panjang kerana semua orang dah tahu. Wallahu’alam.


Dr Hamzah Jaaffar,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111