KUALA LUMPUR : Rakyat di Hulu Selangor menempelak menteri MCA, Kong Cho Ha yang cuba memanipulasi isu tanah di Selangor apabila menyebut isu itu bukan isu besar.
Penerima geran tanah, Low Keng Tong, 46, berkata, isu tanah di Selangor pastinya merupakan isu besar kerana sejak BN mencengkam negeri Selangor, parti perasuah itu menzalimi rakyat Selangor selain konsisten mengamalkan dasar perkauman dan mementingkan kroni.
Menurut Low, menteri MCA yang kalah dalam pemilihan parti itu yang juga orang kuat Chua Soi Lek sepatutnya membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu masyarakat Cina di Hulu Selangor dan bukannya menjadikan isu tanah yang telah diselesaikan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
“Apa salahnya Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) menyelesaikan masalah kami sedangkan BN yang memerintah bertahun-tahun sebelum ini gagal.
Kalau MCA menyebut persoalan angka, parti itu sepatutnya malu kerana lebih 50 tahun mereka bersama BN, masalah tanah saya terus bermasalah tetapi hanya dua tahun di bawah Pakatan Rakyat, masalah saya terus selesai, bukankah ini perkara yang menggembirakan,” katanya kepada erapakatan.com ketika di temui baru-baru ini.
Low memberi contoh bagaimana lot kedai dan tanah yang dimilikinya sejak lebih 50 tahun lalu gagal diluluskan oleh BN walaupun beliau telah membayar ribuan ringgit sepertimana yang dikehendaki oleh kerajaan pimpinan bekas Menteri Besar BN, Khir Toyo.
“Saya telah membayar ribuan ringgit seperti mana yang dikehendaki dan saya telah diakui layak, tetapi malangnya, permohonan saya sekadar permohonan dan terus tergantung.
Masalah saya hanya selesai di bawah Pakatan Rakyat dan ini pastinya sesuatu yang menggembirakan kami sekeluarga,” katanya sambil menunjukkan dokumen tersebut.
Low turut melahirkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat pasti memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiannya pada 25 April ini.
Ditanya asas keyakinan beliau, Low dengan tegas menyebut; “Pakatan Rakyat ikhlas membantu tanpa mengira kaum dan agama dan ini merupakan prinsip keadilan yang diamalkan di seluruh dunia,” tegas beliau.
Pada pertemuan itu, Low menunjukkan resit pembayaran sebanyak RM 2,610 pada tahun 2004 tetapi tetap bermasalah sebelum diselesaikan oleh Pakatan Rakyat awal tahun ini.
Khir Toyo ialah MB Selangor dari BN dari tahun 2002 hingga 2008, manakala Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Menteri Besar Pakatan Rakyat sejak 8 Mac 2008.
Sempena lawatan Khalid di Kampung beliau baru-baru ini, Low (gambar) mengambil kesempatan menunjukkan geran itu kepada Khalid yang turut disaksikan oleh Exco kerajaan negeri Selangor dan masyarakat setempat.
“Saya mahu mengambil peluang ini (lawatan pimpinan PR) untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pakatan Rakyat secara langsung dari mulut saya sendiri kepada mereka kerana menyelesaikan masalah saya yang tertangguh bertahun-tahun di bawah kerajaan BN,” tambah Low.
Low Keng Tong, 46, mohon tanah sejak tahun 1999 dan pada tahun 2004 membayar sebanyak RM 2,610 tetapi gagal diluluskan oleh kerajaan BN ketika itu.
PR meluluskan permohonan beliau pada tahun 2010.
No comments:
Post a Comment