" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 6, 2010

Sidang Dun Perak, sidang orang bisu - Nizar Jamaludin

Oleh SAIDAH HAIRAN

PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang hanya berlangsung setengah hari merupakan sidang orang bisu kerana semua pembesar suara Adun Pakatan Rakyat ditutup sepanjang berlangsungnya persidangan.

Menurut Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin sepanjang sesi soal jawab, Adun Pakatan Rakyat tidak dibenarkan mengajukan soalan tambahan, tiada perbahasan ucapan Tuanku Sultan dan tidak boleh membaca peraturan dewan.

Beliau memaklumkan ketika sidang Dun berlangsung pada 31 Mac lalu, Adun Pakatan Rakyat terpaksa menghadapi sekatan untuk masuk dalam dewan tidak seperti Adun Umno-BN yang bebas masuk ke dalam dewan.

Menurut beliau, Adun BN masuk dewan jam 9.30 pagi melalui pintu A lif nombor 3 manakala Adun Pakatan Rakyat masuk dewan 9.45 pagi melalui pintu B lif nombor 6.

"Masuk kena macam masuk kapal terbang, telefon bimbit dan video dirampas sehingga kami terpaksa meredah halangan polis," katanya dalam forum Pencabulan Amalan Federalisma, Implikasi kepada Institut Perundangan di Malaysia, di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya, malam Khamis, 1 April lalu.

Tambah beliau, di luar dewan penuh dengan anggota polis manakala dalam dewan di galeri awam pihak polis berpakaian awam manakala orang awam tidak dibenarkan masuk mengikuti sidang Dun.



Bertambah malang katanya, pihak polis hanya membenarkan media prokerajaan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, TV3 manakala media lain diletakkan dalam bilik yang tertutup.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukti Gantang kesal dengan tindakan Umno-BN yang mengurung pihak media di galeri awam sehingga mereka tidak dapat membuat liputan secara telus dan tepat.

Ini kerana katanya, pihak media lain dikurung di bilik atas dengan pembesar suara untuk Adun Pakatan Rakyat ditutup.

Beliau kesal dengan tindakan Umno-BN yang mengawal ketat sidang Dun dengan menggunakan anggota polis dan perkara itu tidak pernah berlaku ketika era kepimpinan Pakatan Rakyat.

Sebab itu Adun Pakatan Rakyat meninggalkan sidang Dun kerana 28 wakil rakyat yang berada di sidang Dun tidak dibenarkan bersuara, tegasnya.

Mengulas tentang kejadian itu katanya, tindakan Umno-BN itu membuktikan bahawa mereka telah melakukan pencabulan amalan demokarasi yang telah memberi kesan teruk pada institusi perundangan negara.

Beliau menegaskan, kesan pencabulan itu menjadikan institusi perundangan seperti Ketua Hakim, Peguam, polis, Parlimen, Dun, parti politik menjadi hamba kepada Umno-BN.

"Apa yang berlaku di Perak adalah ibu pencabulan, ibu kekejaman dan kezaliman Umno," tegasnya.

Menurut pandangan Dr Yusof Qaradawi kata beliau, tindakan merampas kuasa yang menjadi hak rakyat adalah haram malangnya Umno tidak memikirkan perkara itu.

Beliau mengingatkan rakyat bahawa pencabulan amalan demokarasi terkini bukan bermula apabila kerajaan Umno-BN tidak memberikan royaliti minyak kepada rakyat Kelantan.

Katanya, pencabulan itu bermula apabila Umno-BN merampas Perak dan menggunakan semua institusi perundangan negara.

Turut serta dalam forum tersebut, Ahli Parlimen Subang, Sivarasah Rasiah; peguam Sulaiman Abdullah dan Prof Undang-Undang dari UIAM, Dr Aziz Bari.

DetikDaily.net
pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111