" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 20, 2010

Utusan Berjaya Melahirkan Pemfitnah

Oleh laniisma

Utusan sepatutnya malu atau setidak-tidak ingin terasa malu. Namun mereka yang tak tahu malu dan tak pernah merasa malu, tak akan merasa malu juga kesudahannya. Kemaluannya sudah tiada.

Bagaimana Utusan boleh mempercayai dengan meletakkan di muka hadapan tentang blogger-blogger kurang akal. Kesahihan yang belum diperakui tetapi Utusan mendahului mengakui fitnah yang ingin dikemukakan. Begitu diperbesar-besarkan Utusan.

Utusan boleh mengiyakan yang sememangnya belum jelas kebenarannya. Inilah nasib malang akhbar pemfitnah. Bagaimana pemfitnah akan mendahului pemfitnah-pemfitnah lainya dan inilah juara pemfitnah sepanjang zaman. Tahniah kepada Utusan kerana berjaya melahirkan suku-sakatnya sebagai pemfitnah melalui blogger bengap yang begitu berjaya dalam pasaran fitnahnya.

Blogger yang akan menyiarkan gambar Zaid memegang botol arak diakui dan didahului Utusan. Blogger yang merasakan betul walaupun berfikiran tidak betul dan tak tahu malu itu juga menyiarkan gambar yang dirasakan betul. Mulanya kembang-kembanglah hidung blogger tersebut kononnya kebenaran dapat dilaksanakannya. Namun hanya beberapa ketika kebenarannya dapat diketahui, tetapi jenis yang tak tahu malu, tak ada apa-apanya juga. Blogger yang semacam ini sememangnya layak bersama Utusan.
Kalaulah ingin menyatakan bahawa Zaid itu minum arak, carilah yang lebih lojik. Takkanlah menggengam arak begitu erat kedua-dua belah tangan. Inilah akibatnya otak letaknya di kepala lutut, hatinya berada di telapak kaki. Bawalah bertaubat, fitnah itu besar balanya. Mungkin Kamala terasa juga nanti, peminum arak tegar pun taklah memeluk erat botol arak begitu.

Blogger-blogger PR dan seluruhnya, ingat-ingatlah pasal fitnah. Jangan pula fitnah kita memakan diri nanti. Kena ingat-ingat juga bala fitnah tak jauh dari kita, Allah nak bagi tak lama, datanglah juga meranapkan kita. ek-ele

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111