Pas Kelantan sekali lagi mahu blogger Syed Azidi Syed Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Kikdefella mendedahkan anggota Pas yang terlibat dalam menyalurkan peruntukan RM4 juta untuk mengadakan operasi gerak saraf untuk memburukkan imej Tun Abdullah Badawi yang disiarkan dalam akhbar, baru-baru ini.
Kali ini ia permintaan itu dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan kenyataan yang bersifat dakwaan itu dibuat oleh individu yang kecewa.
“Peruntukan RM4 juta ini tak pernah dibincangkan dan parti tidak pernah buat keputusan. Jadi saya pun tertanya juga bila dia (Kickdefella) kata Pas menyediakan peruntukan, daripada mana duit ini? Kita tidak ada duit, kita selalu kutip derma. Sebab itu saya pun hairan, kalau dia kata nak dedah, saya pun nak tahu juga,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Kickdefella yang mahu mendedahkan individu yang terlibat dalam menyalurkan peruntukan RM4 bagi operasi memburukkan imej pentadbiran Tun Abdullah serta mengekalkan Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Kicdefella mendedahkan individu yang menyalurkan kewangan itu sebelum isu tersebut dibincangkan ke peringkat kepimpinan Pas negeri. :
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, pihaknya belum memutuskan untuk membawa perkara itu ke mesyuarat Dewan Harian Pas dan perkara itu bergantung pada keputusan semasa.
Malah, katanya, Kerajaan Negeri tidak banyak membincangkan isu-isu yang dibawa oleh blogger tersebut memandangkan tulisan yang dibuat bersifat dakwaan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.
“Kita tidak perlu jawab sebenarnya sebab ia bercampur aduk dan lebih bersifat dakwaan, sebab itu kita tak respons. Secara peribadi bagi saya Kickdefella ini seorang yang kecewa,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang memohon maaf mewakili rakyat Kelantan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas kemurkaan yang dilakukan Menteri Besar itu, Mohd Amar berkata, Ibrahim tidak la-yak membuat kenyataan demikian.
“Saya rasa rakyat Kelantan pun tak iktiraf dia sebagai wakil rakyat negeri ini. Di Pasir Mas pun orang tak iktiraf dia sebagai wakil rak-yat,” katanya.

No comments:
Post a Comment