" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, June 19, 2010

Anwar Diminta Ikhlas Mengenai Bukti Bekas Wakil Rakyat PKR Ditawar RM2 Juta

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersikap ikhlas dan berani untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau kononnya beberapa Anggota Parlimen daripada parti itu ditawarkan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.

Ketika membuat desakan itu, kumpulan Anggota Parlimen berkenaan yang kini membentuk Konsensus Bebas, berkata Anwar tidak harus menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai asas politik bagi mengalih tumpuan umum daripada permasalahan yang dihadapinya

"Oleh itu, Konsensus Bebas mendesak Anwar bersikap ikhlas dan berani kerana benar untuk mendedahkan bukti, jika ada, seperti yang beliau dakwa," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata beliau akan mendedahkan bukti itu "pada masa dan tempat yang sesuai".

Konsensus Bebas, yang ditubuhkan baru-baru ini oleh lima orang wakil rakyat yang dahulunya daripada PKR, berkata mereka bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Anwar.

"Konsensus Bebas meminta rakyat untuk menilai semula tindak-tanduk dan cara Datuk Seri Anwar Ibrahim berpolitik," kata mereka dalam kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111