" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, June 16, 2010

PAS & Undi Bukan Islam

Oleh Nobisha

Seorang kolumnis The Star menulis bahawa hasrat PAS untuk meletakkan calon bukan Islam dalam PRU13 tidak disenangi oleh PKR dan DAP. Saya tak pasti adakah itu andaian kolumnis berkenaan atau ia sememangnya rasa hati PKR dan DAP yang masih berlegar dalam parti dan belum disuarakan di luar; sama seperti banyak isu lain yang dipendamkan dan cuba diselesaikan di kalangan pemimpin.

Sekiranya apa yang disebutkan oleh The Star itu benar, maka saya fikir ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Terdapat tiga alasan bagi menyokong hujah saya itu

Pertama, PAS berusaha menonjolkan imej sebagai sebuah parti untuk semua. Sifat universalisme Islam itu cuba ditampilkan dengan meletakkan calon bukan Islam dalam pilihanraya. Sekiranya PAS boleh membenarkan Dato' Ibrahim Ali yang bukan ahli parti itu bertanding di Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya lalu, tentunya ia juga boleh berbuat demikian dengan calon bukan Islam.

Kedua, analisis pilihanraya menunjukkan DAP mendapat manfaat paling besar dalam PRU12 dan hal yang sama dijangka berlaku dalam PRU13. Walaupun PAS adalah sebuah parti yang lama bertapak, pengaruhnya hanya berkisar di sekitar negeri-negeri tradisional PAS yang mempunyai pengundi Melayu ramai seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Dalam pilihanraya lalu, DAP telah menunjukkan prestasi yang baik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Untuk melangkah keluar dari negeri-negeri tradisionalnya, PAS memerlukan undi bukan Islam dan langkah yang paling logikal ialah meletakkan calon bukan Islam. Itu hakikat politik Malaysia dan PAS faham corak pengundian tersebut.

Ketiga, dalam politik tidak ada sesuatu yang kekal. PAS pernah berada dalam Barisan Nasional, kemudian keluar. PAS juga pernah berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996), tetapi tidak lama. Adalah terlalu naif untuk mengatakan pengundi bukan Melayu memberikan undi kepada PAS kerana perjuangan parti itu. Undi mereka kepada PAS adalah satu perhitungan politik yang bersyarat, iaitu selama mana PAS bersahabat dengan DAP dan PKR, selama itu ia akan mendapat undi bukan Melayu.

Bagi menyediakan kemungkinan berpisah dengan Pakatan Rakyat (walaupun setakat ini ia adalah satu kemungkinan yang dilihat jauh), maka adalah logikal juga untuk PAS menentukan ia tidak bergantung kepada PKR dan DAP untuk mendapat undi bukan Melayu. Tindakan yang wajar ialah menarik undi bukan Melayu melalui calon bukan Islam.

Dalam hal ini, saya fikir rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat tidak harus merasa cuak atau bimbang. Politik ialah mengenai survival dan itulah strategi PAS meletakkan calon bukan Islam. Apakah calon ini akan mufarakah seperti Ibrahim Ali setelah mereka dipilih dalam pilihanraya nanti, itu soal lain!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111