" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, June 15, 2010

Segalanya Kerana Gaza,Atas Nama Penduduk Palestin Yang Terseksa..

Oleh IZMAS

EPISOD yang menimpa dua kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak seminggu lalu melibatkan 18 sukarelawan kita semuanya berpunca kerana cita-cita mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza yang dilanda krisis kehidupan paling tragis sejak tiga tahun lalu.

Pemergian mereka sudah dijangka bakal menghadapi halangan sukar dan kemungkinan serangan dari tentera rejim Israel yang berdegil tidak membenarkan sebarang bantuan masuk ke Gaza. Alasan mereka kapal bantuan itu kononnya membawa senjata untuk Hamas yang disifatkan kumpulan pengganas dan semua peralatan seperti simen serta besi didakwa digunakan untuk membina terowong bawah tanah. Padahal terbukti yang dibawa adalah barangan dan peralatan keperluan perubatan dan keperluan asas makanan yang berupa bantuan kepada penduduk Gaza yang sudah dikepung dan terpenjara dalam penjara terbesar dunia pernah saksikan sejak 3 tahun lalu.

Dengan kehendak Allah Yang Maha Berkuasa, akibat dari tragedi kejam dan tidak berhati perut dalam insiden rotilla bantuan kemanusiaan itu, seluruh dunia mengutuk tindakan rejim Yahudi itu terutama dari kalangan negara Islam. Turki dikatakan akan memutuskan hubungan diplomatik sertamerta dengan Israel jika semua sukarelawan rotilla yang ditahan di penjara Israel tidak dibebaskan. Rejim Zionis yang dalam ketakutan melepaskan semua yang ditahan tanpa syarat dan kini bersedia mendengar suara dunia supaya ditubuhkan siasatan antarabangsa bagi menyiasat insiden itu.

Sempadan Gaza di Rafah yang dikuasai Mesir dibuka sehari selapas tragedi itu sebagai tindakan membantah perbuatan kejam tentera Israel itu. Mesir yang selama ini memihak Israel menukar pendirian selepas tragedi itu. Yang terkini, akibat dari desakan dunia antarabangsa termasuk Presiden Obama, rejim Zionis bersetuju melonggarkan kemasukan barangan bantuan asas makanan yang dilarang masuk sejak 3 tahun lalu seperti susu, tepung, gula, keju, makanan beku dan keperluan lain masuk segera ke Gaza tanpa sekatan.

Inilah hikmah di sebalik tragedi kekejaman rejim Yahudi itu yang menyaksikan sembilan nyawa terkorban dan kesedaran dunia terhadap kekejaman dan sikap sebenar negara Yahudi itu. Dunia sudah menyaksikan, tentera Israel bukan saja boleh membunuh dan menyembelih rakyat Palestin, malah juga rakyat negara lain (Turki) yang didakwa cuba melanggar arahannya. Dunia juga menyaksikan selepas tragedi kejam - tanpa kerelaaannya - rejim Zionis terpaksa tunduk dan membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza yang sudah lama terseksa atas desakan antarabangsa!

Selepas ini diharap, negara-negara bukan Islam dan barat yang selama ini menyokong Israel dan Amerika tanpa pertimbangan saksama dan adil, mulai insaf bahawa mereka tidak boleh bersikap hipokrit, double standard dan membenarkan semua tindakan tidak berperimanusiaan tentera Israel di Palestin khususnya di Gaza tanpa pembelaan sewajarnya.

Mulai sekarang diharap negara Islam yang masih menjalin hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu bertindak berani dengan memutuskan sertamerta hubungannya dengan rejim Zionis itu sebagai hukuman dan pengajaran terbaik kepada Israel. OIC dan Liga Arab harus lebih berani melepasklan dirinya dari pengaruh Amerika supaya pertubuhan itu lebih berkecuali dan memihak pihak yang benar. Sudah sampai masanya dunia Islam bersatu dan berpadu atas nama Tuhannya yang satu dan berjihad demi kemenanagan Islam tanpa mengira fahaman sunnah atau sunni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111