Sekurang-kurang pendedahan yang dibuat oleh TV3 malam tadi dapat memberi sedikit pengajaran buat Kerajaan Negeri Pahang dan Felda terutamanya untuk membantu. Maka, dihantarnya Timbalan Pengarah JBA Negeri Pahang untuk berdialog dengan rakyat. Apa yang berlaku, rakyat sudah muak dengan janji-janji manis itu sebenarnya.
Mana perginya pemimpin setempat yang kononnya ingin menjadi juara rakyat. Felda Mayam dan Felda Purun terletak dalam DUN Triang yang diwakili oleh Leong Ngah Ngah (DAP). Bukan dia yang wajar dipersalahkan sebenarnya, tetapi sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri dan Felda itu sendiri yang harus dipersalahkan. Sebagai ADUN pembangkang, sudah semestinya beliau tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan perubahan besar di situ. Tambahan pula dengan dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk membela rakyat disitu.
Maka, yang mempunyai wang untuk membantu ialah UMNO BN. Soalnya, mana pergi Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob itu agaknya?. Kelibatnya amat diperlukan oleh rakyat di kawasan itu. Kenapa beliau tidak berani ke depan untuk "mendahulukan rakyat" atau sekurang-kurangnya menjadi "juara rakyat" dalam isu ini?.
Rakyat Menanggung Derita Sejak 30 Tahun Lalu
Kini, apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dan mereka hanya mampu berserah mengarapkan simpati. Masalahnya, mereka tidak terdaya untuk mengajar puak-puak UMNO BN ini dalam setiap kali musim pilihanaraya. Marah akhirnya bertukar sayang seketika kepada BN dan Felda gara-gara diberikan "gula-gula pilihanraya". Selepas itu mereka merana menanggung sengsara akhirnya. Inilah senarionya yang berlaku sejak sekian lama. Soalnya sekarang, kenapa masalah ini gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pahang khasnya Felda itu sendiri.
Masalah yang sama pernah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada tahun 2003 yang lalu. Ia melibatkan kawasan Felda di Wilayah Jengka. Janji kerajaan ia akan diselesaikan, namun kini hanya tinggal janji semata-mata. Kononnya masalah air dikawasan Felda berlaku akibat masalah saluran paip lama yang berkarat dan sudah tidak sesuai digunakan. Maka mereka mahu menukarkannya dengan saluran paip baru yang lebih berkualiti dengan anggaran mencecah RM2 bilion ketika itu.
Dahulukan Projek Mega Daripada Nasib Rakyat
Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bila kerajaan UMNO BN dan Felda laksanakan projek mega mereka ada pula duit. Namun begitu, bila mahu membela dan membantu rakyat mereka menggunakan berbagai alasan. Inilah dia dasar UMNO BN yang bakal menjerat mereka dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Laungan "rakyat didahulukan" hanyalah "omongan kosong" untuk semata-mata. Jika benar mahu dahulukan rakyat, kenapa sampai berpuluh tahun masalah air di Felda ini gagal diatasi. Anehnya, Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar pula untuk menjual air ke Selangor, sedangkan rakyat sendiri menderita.
Apakah kerana projek Empangan Klau itu harganya lumayan dan mereka menerima komisyen yang boleh dimakan hingga ke tujuh keturunan, maka itulah projek tersebut tetap mahu diteruskan biarpun mendapat bantahan daripada sebahagian besar penduduk terutamanya masyarakat orang asli di situ. Inilah dasar mereka sebenarnya. Nasib rakyat "bagai telur dihujung tanduk" dan diperkotak-katikkan sesuka hati mereka. Jika inilah caranya, memang wajarlah rakyat menolak BN dalam Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Mereka perlu diajar dan ditunjuk jalan pulang, jika rakyat mahukan perubahan nasib mereka.
Yang jelas mereka menekan rakyat ada lagi. Sudahlah air tiada, kini rakyat Pahang di kenakan pula caj kepala meter RM1-RM2 dan Subsidi Air yang membebankan. Subdisi diberi tetapi rakyat terpaksa menanggung harga yang lebih tinggi dari sepatutnya apabila tarif air itu sendiri dinaikkan. Mereka mahu menipu rakyat dengan tindakan jahat ini sebenarnya. Memang menjadi kewajipan rakyat Pahang menjatuhkan kerajaan UMNO BN dalam Pilihanraya Umum akan datang jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi buat selama-lamanya. Lakukanlah segalanya mulai sekarang !!].
Sumber dari Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment