" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, July 21, 2010

PAS mengejar tembolok ?

Sumber
FOKUS KHAS ISU
setiap rabu menampilkan tulisan berapi penulis tamu albanjari, saudara Amir Bani Salim. Geletek ini bukan geletek yang buat sedap membahak, tetapi geletek ini geletek yang pedih jika benar itu yang berlaku kepada PAS. Baca seterusnya.

Amir Bani Salim - Sedih apabila menyaksikan sikap dan perilaku ahli dan pimpinan PAS yang ada pada hari ini. Politik tidak lagi menjadi sebahagian daripada dakwah tetapi dakwah itu telah bertukar menjadi sebahagian daripada politik.

Kenapa begitu? Kerana kegagalan untuk menghidupkan sistem tarbiyyah haraki yang dulunya menjadi tunjang kekuatan PAS. Itu yang pertama.

Yang kedua, kegagalan pimpinan dan ahli PAS untuk mendidik jiwa bahawa perjuangan ini adalah jihad fi sabilillah dan bukan sekadar perjuangan dunia sahaja.

Ramai yang mampu menyebut "kita berjuang kerana Allah swt", namun berapa ramaikah yang memahami konsep "kerana Allah swt" itu? Menghayati dan mengamalkan tidaklah semudah menyebutkan. Begitu juga menyebutkan belum bererti sudah menghayati dan sudah mengamalkan.

Ramai di kalangan kita iaitu ahli dan pimpinan PAS berjuang demi tembolok sendiri. Termasuk juga bloggers tertentu. Berjuang demi keinginan "tuan" dan bukan lagi berjuang demi keredhaan Allah swt.

Ini membawa erti perjuangan yang sewajibnya kita pelihara kemurniannya telah dicemari oleh unsur unsur kemunafikan yang kotor yang bersumberkan diri kita sendiri.

Wujudnya kem kem tertentu dalam PAS adalah bukti betapa jauhnya kita daripada keredhaan Allah swt dan betapa dekatnya kita dengan lubang lubang kemunafikan itu.

Ahli bawahan berjuang untuk menaikkan pemimpin tertentu. Pemimpin tertentu berjuang untuk menduduki jawatan tertentu atau sekurang kurangnya untuk menjadi calon YB. Bloggers tertentu pula berjuang untuk menaikkan individu tertentu walaupun terpaksa menikam Mursyid al -'Am dan menikam bloggers yang lain.

Semua fenomena ini memang berlaku secara langsung di dalam PAS secara disedari oleh semua pihak. Namun, kerana rapuhnya pemahaman haraki membuatkan semua pihak hanya memandang sahaja dan langsung tidak bersuara. Bukan kerana tidak berani bersuara tetapi kerana tidak tahu apa yang perlu disuarakan. Perjuangan mati pucuk.

Akibat daripada hilangnya kefahaman haraki, maka terjadilah perjuangan tanpa halatuju walaupun halatuju itu ada tetapi hanya di atas kertas sahaja. Perlaksanaannya hancur. Berseminarlah. Berforumlah. Bermuzakarahlah. Selagi mana "lillaahi ta'ala" itu tidak dijadikan sebahagian daripada aqidah maka seminar akan tinggal seminar, forum akan tinggal forum dan muzakarah akan tinggal muzakarah.


Lihat sahaja kepada idea jahat UMNO yang mahukan PAS duduk bersama UMNO kononnya bagi menyatukan Melayu dan menguatkan Islam.

Seharusnya kita mengulang sebut pandangan Mursyid al - 'Am dan bukannya sibuk dengan butir bicara kita sendiri. Lebih malang lagi apabila ada di kalangan kita sendiri yang menyanggah pandangan Mursyid al - 'Am yang kita kasihi itu.

Perkara sebegini wajib diatasi dan diselesaikan oleh PAS jika PAS mahu melihat PAS terus tegak berdiri sebagai sebuah Gerakan Islam tetapi PAS boleh memilih untuk berdiam diri dalam soal ini jika PAS mahu dilihat sebagai sebuah parti politik semata mata.

PAS sibuk mencari ahli baru supaya keahlian PAS mencecah angka juta tetapi dalam masa yang sama juga amatlah perlu bagi PAS untuk mentarbiyyah ahli sedia ada supaya mereka menjadi kader kader yang mampu berada di barisan hadapan untuk menegakkan kalimah Allah swt di bumi Malaysia.

Jika gagal, bererti PAS bukan melahirkan kader kader tetapi melahirkan pandir pandir yang hanya tahu menikam tetapi tidak tahu merawat luka tikaman. Pandir pandir ini hanya berani menikam sesama sendiri tanpa mempedulikan bedilan musuh yang datang bertubi tubi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111