" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, July 20, 2010

Ramai dah tahu siapa agen kepentingan Umno dalam PAS itu

Seorang wartawan memberitahu saya bahawa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria enggan memberitahu siapa agen kepentingan Umno dalam PAS yang bertemu dengannya membincangkan perpaduan Melayu. Wartawan itu memberitahu, Harussani sekadar berkata agen itu adalah pemimpin tertinggi PAS. Harussani yang kini merupakan pejuang terbilang Umno juga menafikan bahawa agen kepentingan Umno itu ada bercakap tentang perselingkuhan politik Umno dan PAS. Bagaimanapun beliau menyifatkan agen kepentingan Umno dalam PAS itu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang perpaduan Melayu.

Tidaklah menghairankan kalau Harussani enggan mendedahkan nama agen kepentingan Umno dalam PAS itu. Kalau dia dedahkan, akan terancamlah kedudukan politik agen itu , sama ada sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau Pesuruhjaya PAS negeri. Jika dia tidak lagi berada dalam kepimpinan tertinggi PAS, jatuhlah harga politiknya di sisi Umno. Harussani mungkin diberitahu supaya tidak membuka mulut untuk mengelakkan kemungkinan buruk itu.

Dalam posting bertajuk "Assalamu'alaikum PAS, setakat penafian orang tak pakai dah", seorang tukang komen (nombor 8) menghantar komen berikut:
Pak Bakar

Orang sekampong dah tahu siapa yang dimaksudkan olej Mufti Umno tu. Ada bukti gambar dan tarikhnya. Dimana mereka berjumpa dan sebagainya. Saja nak cakap berliku-liku untuk konfiuskan jemaah. Pokoknya orang yang dimaksudkan itu tak berani tampil kehadapan takut namanya diterajang dalam PRU 13 nanti. Saya sokong nama beliau ditimbulkan oleh Pak Bakar sendiri kerana Pak Bakar sendiri sedia maklum dan dimaklumkan dan Hamba Allah itu yang memberitahu saya.
Yang boleh saya katakan hanyalah, kalau siapa-siapa ada bagi gambar nanti, saya akan siarkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111