" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, September 7, 2010

Guru KAFA Pulau Pinang Dapat Duit Raya RM 250

Oleh PPBukit Bendera

Baru-baru ini Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng menyerahkan pemberian Bantuan Khas Kewangan ataupun Duit Raya sebanyak RM500.00 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam di Pentadbiran Negeri Pulau Pinang dan buat kali pertamanya RM 250 untuk guru KAFA(Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

Ini adalah satu penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh pegawai dan anggota pentadbiran negeri terhadap perkhidmatan masing-masing yang melibatkan 20 jabatan negeri dan guru KAFA.

Bantuan Khas kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Perbadanan Bekalan Air (PBA); Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI).

Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai/kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta. Pemberian kepada 1,396 guru KAFA sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Jumlah keseluruhan semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, sebanyak RM5.20 juta.

Pada asalnya pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos 2010 adalah hanya RM400.00 Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan Kerajaan Negeri, namun tindakan awal Kerajaan negeri Pulau Pinang ini telah berjaya mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun Bantuan Kewangan tersebut selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM500.00.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111