" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, September 14, 2010

Siswa bukan budak kecil

Oleh 21Halim

"Layanilah siswa seadanya. Siswa bukan budak kecil. Kelompok ini mahu orang yang berwibawa bertindak wajar dalam memenuhi tuntutan golongan muda termasuk para siswa. Banyak isu yang perlu diberi perhatian. Jika kerajaan yang ada bermasalah dalam menyelesaikan masalah pelajar, parti Islam mesti menampilkan contoh tindakan yang baik.

Demikian antara lain kata Lokman, siswa di Mesir dalam Majlis Sambutan Hari Raya bersama anak di rantau. Majlis anjuran PAS Kaw Mersing ini berlangsung pada raya ketiga di PASTI Al Iman 2, Mersing Kanan, mulai jam dua petang hingga waktu asar.

Terdahulu, Us Md Azam A. Razak, Timb YDP PAS Kaw Mersing, dalam kata-kata aluannya mengharap agar golongan muda memberi sokongan kepada perjuangan Islam. Banyak bentuk bantuan yang boleh disumbangkan.

Norafiqah, pelajar USIM mempelawa agar para pelajar menyertai IMEJ, satu badan pelajar Johor yang sedang belajar di IPTA/S tanah air.

Sementara itu Us Md Arif menyebut bahawa golongan muda merupakan mata rantai perjuangan. Siswa boleh memberi sumbangan tenaga dalam pengurusan parti dan pembentukan sahsiah ahli-ahli. Belajarlah rajin-rajin dan apabila pulang berilah sumbangan.

Majlis yang berlangsung meriah ini diterajui oleh Lajnah Kebajikan dan mendapat kerjasama padu dari Lajnah Penerangan, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda. Sebahagian besar siswa adalah anak-anak ahli PAS. Mereka merupakan siswa di pelbagai institusi dalam dan luar negara. Turut hadir ialah pimpinan PAS Kaw dan cawangan berhampiran

Beberapa siswa yang penulis temui mengharapkan program seperti ini bukan sahaja diteruskan pada tahun hadapan, malah beberapa program lain dianjur ketika cuti semester. Sementara itu PAS Kaw wajar memiliki saluran komunikasi yang lebih lancar. Dengan ini, pelbagai maklumat aktiviti parti pantas tersebar.

Latib Ali, Setiausaha PAS Caw Taman Nelayan mencadangkan majlis pada sebelah malam. Idris Ahmad, Setiausaha Lajnah Penerangan mengharap agar majlis lebih besar dianjurkan membabitkan siswa pelbagai kaum. Beliau juga menyebut bahawa kita wajar memberi ruang lebih luas untuk mereka berbicara. Mungkin dialog sesuai diadakan, dan ini memang memakan waktu, namun, hasilnya berbaloi dengan penat lelah yang dibuat oleh pelbagai pihak. Kita mesti memanfaatkan sumber pelajar ini kerana, mereka bukan lagi anak kecil...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111