Kondom , merupakan sejenis alat atau perkakas , dan ianya digunakan dan dipakai sebelum melakukan hubungan jenis. Ini menurut cerita kawan – kawan lah. Dan sebaliknya pemakaiannya menjadi haram , bagi tujuan yang haram seperti digunakan ketika melanggan pelacur. Bukan soal menggunakannya yang haram , tetapi melempiaskan nafsu terhadap pelacur itu haram.
Barangkali begitulah status dan fungsi wartawan media arus perdana kini , samada pemberita , jurugambar , penulis , pengarang dan seumpamanya , dalam dunia politik Malaysia hari ini.
Mungkin tidak keterlaluan , mereka diumpamakan sebagai alat dan perkakas sahaja , kepada pemerintah.
Ianya digunakan , dengan kemahiran sebagai seorang pengarang , penulis dan wartawan untuk tujuan memaparkan hasil nukilan ke arah memuaskan nasfu tuannya , iaitu UMNO.
Adakah mungkin fungsi wartawan sebegini sama dengan kondom yang dipakai ketika melanggan pelacur.
Rasanya ianya seiras dan serupa saja. Ianya dipakai selagi mana tulisannya masih tajam mempelopori fitnah , adu dumba dan maksiat , ianya akan dibuang ketika mana hasil tulisan sudah tumpul.
Begitu jugalah dengan kondom , ianya hanya digunakan sekali sahaja , dan tidak digunakan untuk kali kedua , iaitu pakai buang sahaja.
Mungkin ada yang bersetuju dengan kenyataan ini , bilamana berita dan cerita ini dan ini juga yang ini , dibaca , diteliti dan diperhalusi.
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


Tuan, saya faham dan setuju sangat-sangat!
ReplyDelete