Mengapa isu pluralisme ini timbul kembali?Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Isu ini sebenarnya telah menghangatkan negara sekitar tahun 2006 yang lalu melalui kes pemurtadan Azlina Jalani (Lina Joy) dan penubuhan kumpulan IFC mengenai soal Artikel 11.Persoalannya sekarang,apakah itu Pluralisme?
Pluralisme agama membawa maksud satu fahaman bahawa semua agama di dunia adalah sama,dan tiada mana-mana agama tunggal yang ekslusif yang menjadi sumber kebenaran.Ini bermakna tiada beza antara Islam dan Kristian,tiada beza Budha dan Hindu begitu juga agama-agama lain.
Apapun,kedatangan berita pluralisme kali ini agak menimbulkan polemik dan pertikaian setelah pemimpin-pemimpin utama negara disabitkan dengan perjuangan pluralisme termasuklah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Perdana Menteri sendiri,dengan alasan mereka menghadiri majlis keagamaan penganut agama lain.Pendapat ini walaubagaimanapun ditentang oleh Mufti Perlis,Dr.Juanda Jaya dan mantan mufti,Dr.Asri Zainul Abidin yang menganggap usaha menghukum seseorang sebagai penganut pluralisme dengan mudah adalah seperti cara Taliban di Afghanistan.
Perlu ditekankan bahawa,memang Islam menentang pluralisme tetapi menghukum si anu bin si anu itu sebagai seorang yang plural tanpa bukti adalah bersikap keterlaluan.
SERBUAN JAIS KE ATAS PENGANUT SYIAH
Seperti yang dilaporkan oleh media perdana beberapa hari lepas juga,diberitakan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat satu serbuan ke atas sebuah markaz penganut Hauzhah Ar Ridha di Taman Seri Gombak,Selangor yang menyakskikan seramai 200 orang pengikut ajaran tersebut ditangkap,termasuk pensyarah dan pelajar IPTA dan IPTS.
Kumpulan itu yang diketuai oleh seorang lelaki warga Iran dikatakan menganjurkan aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah di mana para pengikut mereka memukul diri dengan rantai sehingga berdarah bagi menyucikan dosa dalam diri,selain menghina dan mencaci isteri-isteri Nabi Muhammad,solat Jamak pada bila-bila masa selain mengunjungi makam Saidina Husain sebagai syarat masuk syurga.Berikut dipertontonkan video mengenai serbuan tersebut:
Dalam kes ini,penulis tidak mahu mengatakan siapa benar siapa yang salah,kerana jika penulis hendak catatkan bahawa Syiah itu menyeleweng,itu memerlukan pengkisahan sejarah dan fakta secara panjang lebar. Apapun,jika diikut dari segi perundangan negara,mazhab Syiah adalah satu mazhab yang tidak diiktiraf di semua negeri di Malaysia,malah dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan Lima sendiri ada mengangkat topik perbandingan mazhab antara Sunnah,Syiah dan Khawarij.
BAHAI DIIKTIRAF ATAU TIDAK?
Apapun,apa yang menarik untuk diperhatikan adalah Bahai (Bahaullah) yang mendakwa mereka sebagai agama termuda di dunia.Berikut diperturunkan secara ringkas mengenai Bahai (seperti yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan Lima):
BAHAI
(sempena nama pengasasnya Baha'ullah)
Pengasas : Husain Ali Al-Mazandari
(dibawa ke Malaysia oleh Yan Kee Leong pada tahun 1953)
Kesesatan:
1.Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah
2.semua agama adalah sama
3.Kitab mereka diberi nama Al-Bayan
4.menolak kewujudan neraka,syurga,malaikat dan mukjizat
Jika Ya,malanglah kita apabila sibuk menghentam pluralisme sana-sini sedangkan Bahai adalah salah satu fahaman yang menganjurkan kesamarataan agama.
Jika TIDAK,mengapa kerajaan seperti mengiktiraf Bahai sebagai agama di Malaysia?
Sila lihat lampiran gambar di bawah:
Klik untuk paparan yang lebih jelas |
Adakah kita terlepas pandang atau Bahai memang diiktiraf?Kalau diiktrif,apalah guna menentang pluralisme kalau ia sudah lama diiktiraf?
Penganut Islam Sunni,
Kuala Lumpur.
ARTIKEL ASAL DI http://propartiislammalaysia.blogspot.com/2010/12/ada-pihak-bersungguh-gempur-syiahtetapi.html
No comments:
Post a Comment