" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, December 23, 2010

Serahkan Hak Pemilikan Tanah Kepada Penduduk Kampung Baru

Oleh MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyatakan kekesalan terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Pembangunan Kampung Baru. Langkah ini seolah-olah mengenepikan peranan Persatuan Pembangunan Kampung Baru yang mewakili suara penduduk Kampung Baru

DPPKT juga membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru. Adalah difahamkan bahawa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru mempunyai kuasa yang luas termasuklah dari segi pengambilan tanah penduduk. Selain itu perbadanan juga diberi kuasa jaminan perlindungan daripada tindakan undang-undang. DPPKT turut merasa mecewa kerana Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) akan kehilangan pengaruh dan kuasa sedangkan MAS adalah badan pentadbir kampong Baru sejak sekian lama.

Tindakan ini seakan-akan suatu rompakan terhadap tanah hak milik warisan bangsa Melayu di Kuala Lumpur. Suatu ketika dahulu, kita marah terhadap penjajah yang mengambil tanah sesuka hati di Tanah Melayu ini. Tetapi kini, kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh bangsa Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan tanah warisan orang Melayu di Kuala Lumpur sehingga mahu ia diperbadankan..

DPPKT mempersoalkan mengapakah kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak mahu berunding dan berbincang lebih dahulu dengan penduduk atau Persatuan Pembangunan Kampung Baru dahulu sebelum membentangkan rang undang-undang di parlimen? Mengapa kerajaan tidak memberikan hak dan kuasa tersebut kepada Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) untuk menentukan masa depan mereka sehingga sanggup menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru?

DPPKT merasa bimbang kerana tiada jaminan bahawa Kampung Baru akan terus dimiliki oleh penduduk asal dan tidak diserahkan kepada pihak lain. Lebih dari itu, sekiranya rang undang-undang ini diluluskan di Parlimen tiada kuasa akan mampu mencabar kuasa perbadanan ini.

DPPKT mengingatkan kerajaan bahawa Kampung baru adalah kampong warisan bangsa Melayu dan itulah sahaja antara kampong Melayu yang masih ada di Kuala Lumpur. Telah banyak kampong setinggan yang dihuni oleh peneroka bandar bangsa Melayu telah dimusnahkan atas nama pembangunan bandar. Akhir sekali, DPPKT menegaskan sekiranya kerajaan BN terus berdegil dengan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, rakyat akan mengenang kerajaan UMNO-BN sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu!

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111