" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, December 14, 2010

Tiga tahap perjuangan: tempatan, nasional dan global

Oleh Abu Firdaus

Ketika memasuki tahun baru hijrah ini ada baiknya difikirkan semula mengenai soal-soal idealisme perjuangan, iaitu baik di peringkat tempatan, nasional dan global. Setelah mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak lama dahulu, maka perlu juga membuat perkiraan mengenai apa yang telah berlaku sepanjang tahun lalu dan apa pula yang dijangka pada tahun depan.

Idealisme perjuangan adalah jelas iaitu untuk menegakkan Islam. Sememangnya soal-soal apa yang dimaksudkan dengan Islam, politik Islam, parti Islam dan Negara Islam akan terus dibahsakan dari dahulu dan akan datang.

Perbahasan ini akan mencerminkan pemahaman setiap aktivis Islam terhadap agamanya menurut pengalaman masing-masing dan persekitaran yang masa kini> Tentulah ada perbezaan tanggapan seorang aktivis masa kini berbanding dengan mereka yang terlibat pada tahun 1980-an dahulu, umpamanya. Tetapi apa yang perlu dipertimbangkan ialah menerima perbezaan pendapat dan usaha untuk pemahamannya diteruskan hin ggalah ke akhir hayat seseorang.

Untuk memudahkan pemahaman perjuangan, boleh dilihat perjuangan itu pada tiga peringkat iaitu tempatan, nasional dan global. Apa yang dimaksudkan dengan tempatan ialah keadaan yang berlaku di sekitar tempat tinggal seseorang. Bagaimana perjuangan Islam itu diterapkan pada peringkat tempatan. Tentunya ia berkaitan dengan surau dan masjid di kawasan sendiri.

Di peringkat parti pula ialah pada tahap cawangan PAS setempat. Sementara ia pula dikaitkan denhgan keadaaan DUN serta hubungannya dengan kerajaan tempatan dan negeri. Dikaitkan pula dengan peringkjat kawasan PAS dan Parlimen yang seterusnya dilanjutkan ke peringkat nasional.

Pada nasional, isu-isu berhubung parti juga perlu sentiasa nilai. Kritikan dan analisis politik mengiatkan pemahaman dan tindakan yang perlu diambil sebagai aktivis perjuangan Ilsam. Tetapi tentunya perlu akur mengenai hadirnya perbezaan pendapat dan memelihara saf perjuangan dalam hubungannya dengan parti. Kecintaan terhadap parti adalah penting dalam hal ini.

Sebagai aktivis Islam, perhatian bukan setakat di peringkat nasional, tetapi turut mengambil kira apa yang berlaku di peringkat global. Faham perkembangan sekeliling. Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat umpamanya. Geopolitik dan kaitan dengan Israel umpamanya. Gelagat Amerika di Iraq dan Afghanistan umpamanya. Ini perlu perhatian dengan tumpuan lebih kepada peringkat serantau. Apa yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina akan sentiasa menjadi perhatian para aktivis Islam.

Sememanbgnya kekalahan di Galas mendukacitakan para pendokong parti. Tetapi analisis terhadap keklalahan itu perlu dilihat dalam pelbagai sudut, mungkin ia merupakan isu tempatan dan kaitannya dengan nasional. Ia juga membawa persoalan kepadfa prestasi kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan. Ia bukan soal menang dan kalah dalam puilihan raya. Perasaan gembira apabila p[arti sendiri dapat mengalahkan parti itu lawan. Untuk berasa gembira dibolehkan tetapi ia perlu idisedari bukanlah bola sepak di mana kemenangan adalah satu hiburan. Politik berbeza. Ia wahar dilihat dari sudut amal agama dalam menjalankan amanah sebagai seorang Islam.

Maka apa yang berlaku di Galkas janganlah diperbesar-besarkan daripada sepatutnya. Tetapi tidaklah wajar diperkecilkan sehingga ia langsung tidak diambil kira dalam perjalanan perjuangn yang panjang dan bermakna ini.

Sebagai parti politik kemenangan dalam apa saja pilihan raya sememangnya penting. Cara sistem demokrasi dijalankan juga harus difahami dan diterima. Perlu diingat bahawa rakyat yang mengundi hanyalah manusia yang membuang undi menurut rsa hatinya ketika hari pembuangan undi itu. Apa yang bberlaku di otak masing-masing dengan pengaruh semasa kempen atas persepsi, sama ada betul atau salah mewarnai pilihannya.

Apabila undi yang diterima oleh calon PAS lebih rendah daripada piak lawan, maka kalahlah beliau. Itu sistemnya tetapi tentulah bagaimana kekalahan itu berlaku adalah disebabkan oleh banyak faktor yang hanya boleh dibuat andaian-andaian tertentu dan dari pelbagai sudut.

Tetapi melihat sepanjang tahun lalu, PAS sebagaiparti sememangnya menghadapi pelbagai cabaran yang menjadi tamparan. PAS di setiap negeri, baik di mana ia turut mkentadbir: Kelantan, Kedah dan Selangor mengalami pelbagai cabaran sengit. Sebarang kelemahan perlu diterima secara berlapang dada tetapi pada wajtu yang sama menghargai pencapaian yang juga tidak boleh dinafikan.

Perlu diingat bahawa Malaysia masih tidak sepenuhnya menghormati semangat demokrasi dengan memberi parti lawannya lapangan yang adil, maka sudah tentu asakan yang diterima PAS adalah tidak seimbang. Tetapi di sudut lain pula, rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mendapat pembelaan yang kuat kerana kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang sentiasa berusaha terbaik untuk mentadbir.

Sementara negeri-negeri Barisan Nasional akan dilindungi oleh media dan jentera persekurtuan yang dikuasai mereka hingga pihak pembangkang di negeri-negeri itu tidaklah dapat berusaha aktif seperti mana pembangkang di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Tetapi apa jua strategi dalam politik, ia perlu dilakukan secara berlapang dada. Kesilap[an sendiri perlulah diterima dan kemudian dibaiki derngan dihebihkan kepada rakyat. Taktik politik adalah penting tetapi juga kewaspadaan kepada tindakan. Apa juag yang berlaku idealisme perjuangan PAS adalah lebih tinggi darjatnya daripada lain-lain parti baik dalam Pakatan Rakyat apatah lagi berbanding dengan parti-parti komponen Barisan Nasional. Islam yang membezakan PAS daripada yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111