" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, March 7, 2010

Polis Gempur Pentas Konvensyen 2 Tahun PR

Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.
Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.
Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.

Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.

Tengok nii...Kenyataan Paling "Bengap" Ustaz Jamil Khir.

Islam tidak mengajar umatnya bersembahyang hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan bencana kepada golongan seagama dan hukumnya adalah berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Saya tidak mahu menggelar mereka golongan apa, tetapi mereka ini termasuk dalam orang-orang yang menyalahgunakan agama demi kepentingan politik.

"Perkara ini (sembahyang hajat memohon bencana) tidak diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang yang dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Mohsin Fadzli Samsuri untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah, kerana dikatakan mengkhianati perjuangan parti.

Anggota Parlimen Bagan Serai itu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu dan menjadi wakil rakyat bebas setelah dikatakan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

"Hukum-hukum agama tidak boleh dibuat main-main sekalipun kita tidak dapat mengimbangi antara politik dan agama," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup kursus pengamatan nilai-nilai Islam di kalangan anggota polis, dekat sini.

Mengenai gejala sosial di kalangan umat Islam di negara ini yang semakin berleluasa, Jamil Khir berkata perkara seperti kelahiran bayi luar nikah, pembuangan anak dan penderaan berlaku akibat pergaulan bebas.

"Ia berjangkit dari budaya barat termasuk hubungan songsang lelaki dan perempuan. Ia berkembang dengan subur dan semakin dahsyat.

"Dalam soal ini masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana undang-undang yang adapun tidak dapat mengawal perlakuan sumbang golongan yang tidak kuat agama," katanya.

Lompat parti berlaku kerana pengaruh wang

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti sekali gus mahu mewujudkan ‘barisan merdeka’ bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba.“Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mampu bersaing dengan Barisan Nasional (BN) apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan.

“Rancangan dahsyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini. Krisis di Perak adalah antara kes yang jelas di mana kejadian memanipulasi kewangan jelas kelihatan.

“Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya,” kata Ketua penerangan PKR, Latheefa Koya dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.com.

Tambah beliau, pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang menurut jejak langkah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng adalah sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Malangnya, kata Latheefa, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini.

“Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN.

“Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik tidak mengejutkan kami,” kata Latheefa Koya lagi.

Menurut beliau, selepas peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah.

Kata beliau, Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China.

“Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR, tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya.

“Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit,” jelas beliau.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, kata Latheefa, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini.

“Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Sejak pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

“Kami menyeru rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul – bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik,” kata Latheefa Koya lagi. -erapakatan

Manikumar, Exco PKR Kedah bercakap soal lompat parti

S. Manikumar a/l Subramaniam Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan N 25 Bukit Selambau yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diminta pandangan dalam beberapa isu termasuk kekecohan wakil rakyat melompat parti sekarang ini

YB, masyarakat di Kedah ingin tahu sejauh manakah kemelut wakil rakyat melompat parti terutama sekali dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengganggu pentadbiran kerajaan negeri di sini

Seperti yang diketahui, di Kedah kita mempunya empat kerusi DUN yang diwakili oleh wakil PKR. Setakat ini tidak ada apa-apa yang kedengaran lebih-lebih lagi ribut keluar parti seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak. Untuk makluman pengundi, saya boleh memberi jaminan bahawa di Kedah buat masa ini sangat stabil baik dari segi politik atau ekonomi.

Keresahan rakyat bukan sahaja di Kedah tetapi di tempat lain juga. Bagaimana ini boleh berlaku

Pada pandangan saya ini terjadi dengan tiba-tiba sahaja. Melompat parti bagi saya merupakan satu perbuatan yang terkutuk. Rakyat memberikan undi dan mandat supaya wakil mereka menerajui kepimpinan dengan berada di dalam PKR. Bukan selepas sahaja mencapai kemenangan lalu mengkhianati amanah yang diberikan. Pada saya mereka yang melompat parti ini adalah dari kalangan yang mempunyai agenda personal dan bukannya berkaitan dengan apa-apa kelemahan kepimpinan atau parti.

Tapi YB mereka memberikan alasan bahawa kepimpinan parti tidak mendengar pandangan yang mereka bangkitkan

Jika ada masalah sekalipun, adakah kita perlu meninggalkan parti. Sampai bila? Rakyat mahu kita membantu mereka menyelesaikan masalah. Jika masalah kecil dalam parti pun tidak boleh kita bincang dan jadikan pula ia sebagai masalah sendiri, bagaimana hendak kita menangani dan selesaikan masalah yang lebih besar yang dipikulkan rakyat ke bahu kita. Inilah yang kepimpinan mahu agar kita sematkan di dalam sanubari sebagai seorang wakil kepada rakyat.

Adakah pandangan mereka didengar…

Memanglah sebagai satu jentera kerajaan adakalanya kita menghadapi sedikit kelewatan apabila berurusan dengan Exco, wakil rakyat, pegawai-pegawai di daerah, agensi-agensi dan kepimpinan parti dan kepimpinan kerajaan samada di peringkat negeri dan persekutuan. Adakah hanya kerana itu kita lari meninggalkan perjuangan. Kemudian kita dedahkan ia di media. Saya tidak setuju denga cara itu.

Apa pandangan YB untuk menangani gejala seperti..

Harus diingat bahawa rakyat sudah semakin celik. Rakyat dapat menilai yang mana baik dan tidak untuk masa depan politik mereka. Saya pasti dan saya nasihatkan rakyat agar memilih seorang wakil yang memperjuangkan nasib mereka, perkara seperti kreadibiliti calon, kelayakan, cara ia respon, berfikiran orthodox atau revolusioner, berperwatakan baik, berpendidikan politik yang mulia dan ciri-ciri kepimpinan yang lain diutamakan supaya kita tidak dipermainkan. Jika dilihat mereka yang keluar parti ini adalah dari kalangan yang bermasalah peribadi terutama sekali masalah kewangan baik Zahrain atau yang lainnya.

Apa yang YB boleh kongsi supaya rakyat tidak gelisah dengan situasi ini

Sebenarnya setiap manusia ada masalahnya sendiri. Saya sendiri pun ada masalah. Tetapi bagi wakil rakyat jika perkara ini mengelirikan, kita boleh kongsi bersama. Beritahu rakyat, kenapa tidak boleh hadir mana-mana function. Berikan reason yang masuk akal. Jangan berikan alasan yang tidak boleh diterima. Kita kena dampingi rakyat, bantu mereka dan lakukan perubahan. Baru rakyat akan rasa lebih selesa. Jika tidak mereka akan menganggap mandat yang diberikan adalah sia-sia sahaja dan mereka akan berusaha mencari wakil lain. Di pihak pemimpin, kita sedang sedaya upaya bukan sahaja meneyelesaikan masalah orang ramai tetapi juga masalah parti dan sebagainya. Rakyat tidak perlu bimbang. Kita sentiasa bersama mereka.

Calon PKR yang istihar diri mereka sebagai bebas, saya tidak setuju. Saya minta mereka letakkan jawatan sebagai wakil kawasan. Biar rakyat membuat pemilihan baru. Jangan jadikan diri mereka (wakil Bebas) sebagai dayus. Saya mahu rakyat pilih semula wakil rakyat mereka dengan adanya pilihanraya baru.

Berkaitan rombakan exco yang akan dilakukan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah tidak lama lagi. Apa komen YB

Saya tiada apa-apa bantahan langsung. Malah kita menyokong usaha YAB MB kita. Ini ada kaitan dengan tugas dan KPI kita sebagai wakil kepada rakyat. Masing-masing wakil rakyat, exco dan YAB MB sendiri ada KPI. YAB nak tengok kerja kita lebih mantap, lebih berkesan dan impaknya kepada rakyat, maka jika saya sekalipun diminta berundur dan digantikan dengan wakil lain, kita undur sahaja. Bagi saya, adalah lebih baik jika kita tahu bahawa keperluan berundur itu ada, kita beri peluang orang lain pula.

Saya ucapkan selamat Berjaya kepada YB

Terimakasih

Negara Luar Perlekeh Undang-Undang Kita

Oleh IZMAS

ADA dua insiden besar dan signifikan sudah berlaku yang mencemar kedaulatan undang-undang di negara ini. Pertama, mengenai kapal asing yang bermaharajalela memindah minyak secara haram di perairan kita walaupun sedang menghadapi hukuman mahkamah atas kesalahan yang sama.

Kedua, penyeludupan pasir yang masih berterusan ke Singapura dan keengganan serta sikap penguasa negara jiran itu yang seolah-olah mengalakkan penjualan pasir secara haram walapun sedar pasir tidak boleh diimport dari Malaysia.

Sebuah kapal asing, MT Eastern Star yang berdaftar di Tirawa, Kiribati pernah ditahan pada 25 Januari dan 12 Februarai lalu kerana menjalankan kegiatan memindah minyak secara haram di perairan Johor. Ketika dua kesalahan yang sama masih dibicarakan di mahkamah, kapal itu ditahan lagi di perairan Kota Tinggi atas kedegilan pengendali kapal itu. Ketika pemeriksaan dibuat didapati kapal berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen untuk melakukan pemindahan minyak dari pihak berkuasa dari negara ini.

Walaupun kes melibatkan kapal itu masih di mahkamah dan dokumen kapal itu di pegang oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan, namun mereka masih bergerak bebas dari Perairan Tanjung Piai ke Perairan Pengerang seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara ini.

Kedua-dua kapal dan anak kapalnya berjumlah 29 orang dari berbagai warganegara sudah ditahan. Mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara dua tahun jika atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Perbuatan pengendali kapal itu menimbulkan tandatanya besar di kalangan pelaksana undang-undang di negara ini. Mengapa mereka masih berani menjalankan kegiatan memindah minyak di perairan kita walaupun sedar kes mereka sedang dibicarakan di mahkamah? Apakah mereka tidak gentar dengan undang-undang negara ini dan boleh membayar denda yang dikenakan asalkan dapat meneruskan kegiatan haram itu di perairan kita?

Atau adakah pegawai dan pihak tertentu di negara ini yang melindungi aktiviti mereka sehingga mereka tidak gentar melakukan kesalahan yang sama berulangkali? Beberapa pihak berpendapat, tuan punya kapal itu boleh membayar berapa saja jumlah denda yang dikenakan asalkan tidak dipenjara dan mengulangi kesalahan sama memindahkan minyak di perairan kita yang dikatakan kurang berisiko dibandingkan dilakukan di negara lain seperti di Singapura atau Indonesia.

Tuanpunya kapal dikatakan sedar jika mereka melakukan kesalahan di perairan negara-negara tersebut, mereka boleh dihukum dengan hukuman lebih keras. Ada pihak di sini berpendapat, hukuman lebih keras patut diperkenalkan seperti jumlah denda yang mencecah jutaan ringgit dan penjara lebih lama seperti 10 atau 15 tahun bagi mengelakkan kesalahan itu berulang.

Setengah pihak malah mendesak undang-undang harus dipinda supaya kapal-kapal yang melakukan kesalahan itu di perairan negara dirampas dan syarikat kapal terlibat disenaraihitam dari melalui di perairan kita untuk jangka waktu tertentu atau buat selama-lamanya mengikut keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Dua bulan lalu, negara dikejutkan dengan episod penjualan pasir secara haram ke negara jiran Singapura yang melibatkan pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan tokoh politik di Selangor, Johor, Perak dan Pahang. Menteri Kerjaraya menganggarkan lebih kurang 500 hingga 700 buah lori dikatakan memasukki Singapura setiap hari membawa pasir tanpa permit sah dan pengetahuan agensi kerajaan yang didakwa merugikan kerajaan jutaan ringgit dalam bentuk berbagai cukai.

Kebanyakan penyeludup pasir ini didakwa mengorek pasir di tanah kerajaan tanpa kebenaran yang mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan. Mereka dilapurkan menipu pihak kastam dengan deklarasi menggunakan dokumen pasir silika untuk membenarkan eksport pasir asli ke negara jiran.

Beberapa pegawai kerajaan dan ahli perniagaan sudah pun didakwa di mahkamah atas kesalahan terlibat secara langsung dalam kes penjualan dan penyeludupan kepada pihak asing dengan harga murah. Beberapa orang ahli politik juga sedang disiasat dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menggunakan kedudukan istimewa mereka untuk melakukan penyelewangan.

Terbaru berlaku di Minyak Beku, Batu Pahat, sebuah kuari didakwa mengorek pasir sejak sekian lama untuk dieksport ke Singapura menggunakan jalan laut. Yang menghairankan, perbuatan mereka ini cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa tempatan yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan tuan punya kuari.

Yang menjadi persoalan, walaupun kerajaan sudah mengharamkan penjualan pasir ke negara asing, tetapi ada pihak yang masih berani melakukan kegiatan haram itu? Kenapa pihak berkuasa di Singapura menutup mata sebelah dan tidak mahu bertindak menyekat penjualan pasir secara haram memasukki negaranya sebagai menghormati undang-undang negara ini?

Dari dua episod yang sudah berlaku menunjukkan pihak asing dan negara luar seolah-oleh tidak gentar dan sengaja memperlekeh undang-undang dan peraturan negara ini. Warga tempatan bersekongkol terlibat sama kerana dikatakan mendapat upah sogokan yang lumayan setiap bulan. Warga asing pula mengaggap undang-undang di negara ini boleh dibeli melalui pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan politik yang rasuah dan tidak amanah.

Mereka boleh membayar wang rasuah dengan berapa banyak jumlah sekalipun kerana ada pegawai yang mudah dibeli asalkan matlamat mereka tercapai. Pasir amat diperlukan di Singapura kerana projek-projek pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di serata negara terutama di kawasan perjudian dan peranginan Marina Bay.

Pasir yang diseludup dari Malaysia lebih murah jika dbandingkan dengan harga pasir yang cuba diimport dari Thailand, Kemboja atau Vietnam. Menurut sumber, kos pembangunan di kawasan mewah strategik Marina Bay sudah melonjak 20 hingga 30 peratus akibat kekurangan pasir dan kos pembelian yang tinggi.

Pemerintah Indonesia sudah lama melarang penjualan pasir ke Singapura kerana dasar negara jiran itu yang menyekat pemulangan semula wang deposit pedagang keturunan Cina Indonesia yang menyimpan berbillion USD secara haram di bank-bank utama di Singapura. Indonesia bertindak balas dengan tidak membenarkan Singapura membeli pasir yang banyak berlambak di pulau-pulaunya yang berdekatan dengan negara jiran itu. Singapura dikatakan sejak sekian lama membeli pasir dari Indonesia dengan harga lebih murah tanpa masalah.

Namun akibat sikap kiasu dan mementingkan diri sendiri, negara jiran kecil itu masih berdegil enggan memulangkan semula wang haram warga Indonesia keturunan Cinanya walaupun beberapa rundingan sudah dilakukan untuk menghuraikan kekusutan itu. Pemerintah Indonesia dibawah Presiden Susilo Bambang Yudiyhono telah ‘mengajar’ dan memulangkan paku buah keras kepada pemimpin Singapura dengan tindakan tegasnya tidak memperduli permintaan pemimpin negara jiran itu.

Malah dikatakan syarikat korporat besar Singapura dihalang dari membeli saham dalam syarikat milik tempatan sebagai membalas tindakan kejam Singapura yang enggan memulangkan semua wang yang tersimpan secara haram di bank-bank terbesarnya yang didakwa boleh menyumbang besar kepada projek pembangunan di Indonesia

Kerajaan Perpaduan di Perak, terima kasih kepada Harussani !

Oleh oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Berikutan dengan kenyataan Mufti Perak , Tan Sri Harussani Zakaria dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

Namun perkara itu telah disanggah oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga pesuruhjaya PAS Perak pada masa itu , Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS. Dalam bahasa lain Harussani telah berbohong

Selayaknya dan dalam bahasa yang paling mudah Hasussani sekarang ini bukan lagi berperanan sebagai Mufti Perak yang sebenarnya, namun dia adalah Penasit Agama kepada UMNO, malah semacam jurucakap pula dalam permasalah tersebut.

Satu lontaran persoalan awal, kenapa perkara ini dilontarkan kepada orang yang berada diluar Perak dan dihadapan kalangan ilmuan dan mereka yang saya kira tidak selayaknya mengetahui dengan jelas perkara itu.

Atau adakah Harussani sudah tidak berani untuyk menghalalkan Kerajaan Perak yang ada sekarang di Perak , tetapi cuma berani untuk menghalalkannya diluar. kalau berani datanglah ke Parit Buntar untuk mengulangi ucapan tersebut.

Selain itu dalam pendedahan yang berlaku itu saya anggap satu rahmat kepada PAS dan Pakatan Rakyat Perak kerana ia menjadikan satu medan bagi menjelaskan betapa PAS ikhlas dan sangat konsisten dalam menegakkan prinsipnya untuk bersama dengan DAP dan PKR dalam menubuhkan kerajaan di Perak satu masa dulu.

Seperti yang didedahkan oleh Ust. Ahmad Awang bahawa Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam. Lalu disanggah olehnya dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," tegas Ust. Ahmad Awang.

Perkara ini mendedahkan bahawa kita bersama dengan DAP atas dasar mengenali lebih dekat dengan mereka dan tahu hati budi pimpinannya, sebaliknya Harussani walau seorang yang dipanggil mufti namun sengaja menegakkan hujah dan benang basahnya tanpa ada alasan yang kuat.

Perkara ini menyerlahkan sikap kita yang sebenarnya dan saya yakin akan mendapat perhatian penghormatan yang tinggi dari DAP.

Kerana itu beberapa hari lepas dalam Mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat Perak, DAP bertegas dan telah dipersetujui sebulat suara bahawa jawatan Ketua Pembangkang di DUN Perak diserahkan kepada DS. Nizar. Walaupun diperingkat awal kita beralah dan menjelaskan kerusi PAS jauh lebih sedikit dari mereka tetapi DAP tetap bertegas menyerahkannya kepada PAS.

Saya masih hairan dengan Harussani yang sangat dekat dengan perjuangan Melayu bersama UMNO sedangkan jelas perjungan Assobiyah yang dicanangkan oleh UMNO itu jelas bercanggah dengan Islam. Sepatutunya persoalan assobiyah yang menghantui perjuangan UMNO sudah cukup untuk Harusssani berdiam diri dan jangan terlalu memihak.

Sayangnya apa yang ditunjukkan oleh Harussani menyebabkan raputasi masyarakat Islam terhadapnya sudah sangat merosot. Ianya sangat dikesali oleh para "kulaan" . rungutan dari kawan-kawan sepengajian di Kolej Islam Kelang sering saya dengar.

Apa boleh buat, Harussani mahu dia tidak dihormati itulah yang dia dapat sekarang ....

Pemimpin keluar parti uji setiakawan dalam PR

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Dalam sesi pertemuan ringkas dengan sekumpulan tonggak utama PAS Kawasan Besut pada Isnin (1 Mac) lalu, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar diterjah soalan berhubung kecenderungan para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) meninggalkan parti itu mutakhir ini.

Kebetulan pula beberapa jam sebelum pertemuan tertutup itu, tersebar berita Ahli Parlimen Keadilan Nibong Tebal, Tan Tee Beng, mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Dalam sidang medianya beliau menyenaraikan empat sebab utama berbuat demikian. Antaranya ialah kecewa dengan kerenah kepimpinan tertinggi parti

Bekas Setiausaha Agung Keadilan, Dato’ Salehuddin Hashim, yang turut hadir pada sidang media tersebut pula mengesahkan telah terlebih dahulu mengambil tindakan demikian. Beliau mendakwa keluar parti dua minggu selepas melepaskan jawatannya pada 7 Januari lalu.

Perisytiharan itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, mengumumkan keluar Keadilan dan menyertai Umno. Beliau yang sebelum ini mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti disandangnya berbuat demikian di hadapan Perdana Menteri pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi sebuah pertubuhan silat di ibu negara.

Alasan diberikannya sudah agak klise. Beliau mendakwa hilang kepercayaan terhadap parti dan kepimpinannya. Alasan serupa telah kerap diberikan oleh mana-mana pemimpin yang melompat sebelum ini. Paling akhir kedengaran ialah pada 12 Februari lalu apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato’ Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan pendiriannya keluar Keadilan.

Rentetan kejadian keluar parti yang bagaikan sambung-menyambung itulah yang menimbulkan keresahan di kalangan para pendokong Pakatan Rakyat (PR), termasuk pendokong PAS di Besut. Apatah lagi di kalangan mereka yang berbuat demikian adalah wakil-wakil rakyat.

Tindakan mereka itu sudah tentu akan menjejaskan kekuatan dan kedudukan PR di dalam Dewan. Paling tidak ia memberi impak negatif terhadap imej dan kredibiliti pakatan pembangkang itu, terutama dalam usaha membina dan meraih kepercayaan lebih besar daripada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya kira tidak ada apa yang perlu dibimbangkan (ekoran wakil rakyat Keadilan keluar parti). Saya melihat apa yang berlaku terhadap Keadilan itu adalah proses pembersihan untuk partinya. Ia adalah proses biasa yang berlaku kepada mana-mana parti. Kita PAS sendiri pun telah lama melalui proses ini,” tegas Mahfuz.

Bagi memperkuatkan hujahnya, beliau turut menyebut nama beberapa bekas pemimpin utama PAS yang bertindak keluar parti, termasuk dua bekas Presiden dan Naib Presiden. Namun apa yang dilihatnya, dan menjadi fakta sejarah yang diakui semua pihak, perbuatan pemimpin meninggalkan PAS tidak memberikan kesan negatif jangka panjang kepada parti. Ia sebaliknya, sepertimana didakwa Mahfuz, telah membersih dan mematangkan PAS selepas peninggalan mereka.

Sememangnya wujud kebimbangan agak ketara di dalam masyarakat ekoran siri tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin Keadilan tadi. Meski pun bagi sesetengah khayalak politik masalah itu lebih menjurus kepada kelemahan dan kepincangan pentadbiran parti tersebut sahaja, suara lebih besar mengatakan ia juga menjadi masalah bersama parti-parti pendokong PR, termasuk PAS dan DAP.

Sepertimana dimaklumi, oleh kerana calon diletakkan mana-mana parti itu menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu adalah atas kesepakatan mewakili PR, maka keputusan rakyat memilih calon berkenaan hendaklah diakui atas dasar menyokong PR. Justeru, apa-apa tindakan dibuat mereka yang menjadi wakil rakyat itu adalah juga berkait rapat dengan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap pakatan tersebut. Ia tidak wajar dianggap sekadar menggambarkan masalah sokongan terhadap parti-parti tertentu sahaja.

Tidak syak lagi pihak paling gembira dan bersyukur dengan perkembangan ini ialah para pemimpin BN. Bertalu-talu sudah kedengaran berbagai komen dan ulasan mereka. Antara mereka mendakwa kejadian itu mengesahkan wujudnya masalah dalaman serius di kalangan parti-parti pembangkang, khususnya Keadilan. Ada pula optimis parti itu sudah hilang pengaruh dan bakal berkubur sedikit masa lagi.

Bahkan ada yang secara sinis memulangkan paku buah keras terhadap keghairahan PR mencanangkan hasrat menawan Putrajaya. Bagi mereka kejadian wakil rakyat Keadilan keluar parti mutakhir ini adalah bahana perancangan 16 September yang dilaung-laungkan pemimpin parti tersebut sendiri.

Apa pun telahan dan ulasan pihak lawan, para pendokong PR sepatutnya menangani keadaan kini dengan lebih berhati-hati. Itulah cabaran sebenar yang mendepani kita. Bahawa perkembangan tidak menyenangkan ini amat memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan semua pihak dalam PR.

Sementara BN kelihatan optimis mencanangkan akan memperolehi kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat menerusi sokongan wakil-wakil Bebas yang didakwa bakal bertambah jumlah mereka dalam masa terdekat, kedudukan Penasihat Keadilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga cuba digugatnya. Tusukan itu adalah jarum paling berbisa untuk menguji setiakawan parti-parti dalam PR.

Lompat Parti: Umno Beli "Kuda Patah Kaki"

Tindakan Umno membeli tiga Ahli Parlimen KEADILAN disifatkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sebagai mengguna kuda sakit atau patah kaki untuk berperang.

"Sekarang Umno dan Barisan Nasional sudah beli wakil rakyat KEADILAN dan tukar jadi wakil rakyat bebas. Dulu masa mengundi mereka menang atas tiket Pakatan Rakyat tetapi selepas ambil wang dari Umno mereka jadi bebas.

"Malangnya Umno sudah beli kuda sakit atau patah kaki. Mana ada orang pakai kuda sakit atau patah kaki untuk pergi perang," kata Husam dalam ucapan ringkas beliau pada jamuan makan malam anjuran DAP Kepong di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kepong selaku tuan rumah Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.

Husam berkata jika Pakatan Rakyat dan rakyat bersatu sudah tentu Umno dan BN dapat ditumbangkan pada pilihan raya umum akan datang.

Menyentuh mengenai isu royalti minyak yang dinafikan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu berkata mahkamah di Malaysia boleh dianggap sebagai mahkamah "kangaroo".

"Satu-satunya binantang dalam dunia yang ada poket ialah kangaroo. Umno sudah letak mahkamah dalam poketnya. Ia akan lompat ikut ke mana Najib arahkan.

"Itulah akibatnya jika tidak mengikut undang-undang. Dalam kes royalti minyak Kelantan apabila mahkamah sudah jadi mahkamah "kangaroo" mereka tidak mahu bayar royalti. Kerajaan akan jatuh, tamadun akan hancur dan musnah kalau undang-undang tidak mahu diikut. Oleh itu seluruh rakyat mesti bersatu padu dan komited untuk menumbangkan Umno-BN dan menubuhkan kerajaan pusat yang baru," katanya lagi.

Zulkifli Noordin Dicabar Kosongkan Kerusi

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mencabar ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu meletakkan jawatan kerana “mengambil kerusi yang bukan miliknya”.

“Petang ini saya cabar Zulkifli letak jawatan. Kalau hendak lawan, kalau hendak kritik, kritiklah (pihak) lawan, bukan kawan.

“Ini isu disiplin parti, bukan isu Islam,” katanya ketika menyampaikan amanat dalam konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam.

Selepas dipecat daripada PKR semalam, Zulkifli - yang didapati bersalah membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad - enggan merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan.

Peletakan jawatan Zulkifli semalam menjadikan jumlah ahli parlimen PKR yang meletakkan jawatan sebanyak empat orang dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut isu ahli parlimen parti itu yang meninggalkan parti seorang demi seorang, Wan Azizah menyatakan kekecewaannya ekoran tindakan itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

“Pada (menjelang) 16 September (tahun lepas) semua datang. Tetapi apabila saudara Anwar difitnah sekali lagi, siapa yang tingglkan kita?

"Siapa yang tinggal (bersama kita). Biarkan mereka, biarkan luncai dengan labu-labunya,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Wan Azizah ketika diminta mengulas lagi isu keengganan Zulkifli mengemukakan rayuannya terhadap partiberkata:

“Beliau sebagai seorang yang berprinsip patut mengosongkan kerusi (parlimen) itu dan memberi peluang kepada pemilih kawasan itu sama ada mereka memilih individu atau memilih parti,” kata Wan Azizah.

Ditanya sama ada PKR sekarang umpama “kapal yang sedang tenggelam”, beliau sekali lagi menafikannya.

“Dulu PKR hanya mempunyai satu kerusi di parlimen, tetapi kita tidak karam. Kenapa kita perlu karam, sekarang kita ada 27 kerusi.

“Tidak,” katanya sambil mengangkat tangan kanannya - isyarat tidak - kepada wartawan. -malaysiakini

BERUK : Satu Lagi Buku Terbaru Azizi

Kulit Novel BERUK, Karya terbaru Azizi Hj Abdullah

Satu lagi buku terbaru Azizi Hj Abdullah, diterbitkan oleh Penerbitan Al-Ameen Holdings Sdn.Bhd. Pelancaran akan diadakan pada 27hb Mac 2010 jam 6 petang di Dewan Utama Pesta Buku, di PWTC.

Selain buku Azizi, novel Faisal Tehrani juga akan turut dilancarkan.

Novel BERUK berasal dari cerpen Beruk yang ditulis dalam tahun 60an dan pernah menjadi teks sastera dalam antologi Hadiah terbitan Dewan Bahasa.

Azizi telah mengembangkannya menjadi sebuah novel yang sangat menyentuh perasaan. Alias seorang murid yang miskin, tinggal di daerah pendalaman, hanya bersama Beruk peliharaannya menjadi sumber mencari rezeki setiap hari. Beruknyalah yang memanjat kelapa tetapi memiliki kasih sayang yang sangat kental terhadap tuannya.

Alias menyayangi Beruknya, tapi harus pula membela gurunya. Dikorbankan kasih sayangnya demi melindungi gurunya.

Terharu jika membacanya.

Azizi juga akan menyampaikan pengalaman menulisnya dalam sessi ‘ Lorekkan Penamu’ di Universiti Utara Malaysia pada 12 Mac ini.

Bersama tokoh, Azizi juga akan berada di Sekolah Menengah Temenggung, Kati Kuala Kangsar pada 26 Mac 2010.

Yang berminat, dipersilakan.

Mengalas hidup dengan perjuangan

oleh : hafizquran

Nabi s.a.w pernah ditawarkan pangkat dan jawatan yang menjanjikan habuan ribuan ringgit, namun baginda menolak. Baginda s.a.w juga pernah dipujuk dengan habuan wanita2 sebagai pelayan ataupun gundik, bahkan diberi pula peluang untuk dipilih perempuan mana yang baginda mahu , namun baginda s.a.w tetap menolak. Baginda juga hendak diangkat menjadi pemimpin dan pembesar negara , namun baginda s.a.w tetap tegas menolak. Ini semua dilakarkan dalam sejarah.

Peristiwa ini semua orang tahu. Demikian juga dengan jawapan Nabi Muhammad s.a.w kepada mereka2 yang memujuknya itu , semua orang tahu bahkan hafal. Nabi s.a.w tidak sedikit pun ragu2 menjawab :

" sekiranya diletakkan matahari di tangan kananku , dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan perjuangan ini ( Islam ) , sekali2 aku tidak akan meninggalkannya..."

Nabi s.a.w juga seorang yang warak lagi zuhud. Bukan tidak ada hadith yang menceritakan tentang ini. Terlalu banyak. Kita bukan tidak pernah mendengar hadith tentang baginda s.a.w. yang berlapar bersama isterinya, sehingga 3 hari kerana ketiadaan makanan. Kita juga bukan tidak pernah mendengar betapa nabi s.a.w pernah tidur di atas pelepah kurma.

Kesemua yang dilalui oleh baginda - kiranya kita perhalusi - akan menemukan kita dengan satu kesimpulan. Bahawa sesungguhnya kehidupan nabi s.a.w jika dibandingkan dengan kehidupan kita, bezanya melangit. Itu baru kehidupan, tentang soal makan dan pakaian. Belum lagi soal perjuangan. Tidak terbanding perbezaannya yang amat besar.

Nabi bukan seorang saudagar. Bukan juga seorang hartawan mahupun jutawan. Namun ketika ditawarkan habuan ribuan bahkan mungkin jutaan ringgit supaya berhenti dari perjuangan, adakah baginda terima? Tidak sama sekali. Ini satu hakikat yang jelas diceritakan dalam kitab2 sirah.

Nabi juga ditawarkan dengan perempuan2 arab, bahkan mungkin juga anak dara yang masih bergetah. Mungkin juga janda muda yang menjadi rebutan masyarakat arab. Mungkin juga para artis yang glamour masa itu. Ini bukan tawaran kecil. Wanita adalah salah satu daripada perhiasan dunia yang paling cantik. Kecantikan wanita pula berbeza2 antara satu sama lain, yang mana membuatkan lelaki normal secara hakikatnya akan tergoda dan cair. Namun tahap itu terlalu rendah nilainya untuk dibandingkan dengan keutuhan perjuangan dan keikhlasan baginda s.a.w.

Begitu juga dengan pangkat dan kedudukan. Baginda s.a.w mungkin sahaja bergelar Y.A.B atau seorang yang paling berkuasa pada masa itu. Mungkin jauh lebih tinggi dari jawatan Perdana Menteri atau seumpamanya. Ini lebih2 lagi bukan tawaran yang enteng. Namun adakah baginda goyah dan rebah? Tidak sama sekali.

Menyoroti kembali kesemua perkara ini - meskipun kita sedia tahu - sebenarnya menggamit keinsafan dari dalam diri. Kita hari ini sangat jauh dengan keadaan2 di atas.

Perjuangan nabi s.a.w sama sekali bukan kerana yang lain dari Allah. Ini patut membuatkan kita merasa malu dengan baginda. Bukan kecil jumlahnya mereka yang berjuang bukan kerana Allah, tetapi kerana duit-pangkat-wanita , bahkan sebahagian besar 'pejuang' adalah terdiri dari spesis ini.

Kita takut dengan Orang Kaya dunia, kita lupa untuk takut dengan " Orang Kaya Akhirat ". Kita takut kepada kuasa dunia, tetapi kita lupa untuk takut dengan " Kuasa Akhirat ". Paling malang, kita bergantung rezeki dengan orang dunia sehingga sanggup melupakan bahawa hakikat rezeki datang dari " Penguasa Akhirat ".

Sungguh perkara ini penting dan perlu diingatkan. Andaikata kita diberi rezeki, maka kita ucapkan Alhamdulillah. Maknanya adalah segala puji - juga puja - hanyalah untuk Allah. Mutlak kepada Allah. 100% kepada Allah, tidak ada percent2 untuk manusia. Itu namanya jiwa sufi. Memandang dan menilai dengan pandangan mata hati, bukan semata2 mata kepala sahaja. Kita berterima kasih kepada manusia yang menjadi asbab kita mendapat rezeki, itu harus. Tetapi haram sama sekali kita mengimani bahawa manusia itu yang memberikan kita rezeki, gaji , elaun, upah dan sebagainya.

Ini persoalan akidah dan keimanan kita. Bukan tak ada manusia yang gugur akidah hanya kerana ' beberapa sen ' dari poket manusia. Hanya kerana kesenangan, dapat makan, pakai, tidur , be**k dan sesekali melancong, itu sudah memadai bagi mereka. Hakikatnya, kita tidak perlu takut andai diuji dengan kemiskinan atau kesusahan, kerana bala yang lebih besar adalah apabila kita diuji dengan kesenangan. Kesenangan yang datang dari Allah, tetapi kita menafikan Allah dan mengagungkan makhluk.

IMPLIKASI

Apakah implikasi yang akan timbul daripada keadaan2 di atas? Manusia yang mengimani bahawa rezeki dan kesenangan adalah datang dari Allah, dan manusia hanya sebagai asbab , tidak akan bersenang lenang secara mutlak. Mereka tidak akan meminggirkan Allah dari kehidupan mereka. Dengan kata lain, mereka sentiasa " mengalas hidup dengan perjuangan ". Mereka tidak terleka dengan kehidupan walaupun dipenuhi dengan pelbagai nikmat kesenangan.

Sebaliknya manusia yang bergantung rezeki dengan manusia - bahkan mungkin taghut - akan merasa senang dengan keadaan hidupnya yang senang dan selesa. Makan pakai cukup. Masa lapang juga banyak. Orang2 jenis ini usahkan ditawar dengan ribuan ringgit, bahkan diberi upah beberapa ratus sahaja sudahpun cukup menjadikan mereka ular sawa kenyang. Janji ' masyuk '.

KETENANGAN HATI

Seorang yang benar2 teguh akidah dan kepercayaannya kepada Allah , akan bertemu dengan ketenangan hati yang hakiki. Meskipun hidup tidak kaya raya, namun mereka bahagia. Kalau mereka berkeluarga, keluarga mereka damai dan bahagia. Jadual harian mereka terisi dengan usaha dan pergantungan kepada Yang Maha Agung tanpa was2 dan ragu2. Ini kerana mereka sentiasa mengalas kehidupan mereka dengan perjuangan- dan mengalas kecintaan mereka sesama manusia dengan Cinta Agung kepada Yang Maha Esa.

Sekian.

Ya Allah..sejujurnya aku takut dengan kehidupan yang penuh senang lenang..bukan tidak mensyukuri nikmat kurniaanMu..cuma aku risau kiranya aku lalai dari menyambung perjuangan kekasihMu..Ya Allah..jauhkanlah aku dari tergolong dalam golongan yang kufur nikmat..serta jauhkanlah aku dari tergolong dalam golongan yang tidak berjuang..Ameen ya Rabbal 'alamin...

Pengundi Melayu Mula Beralih Kepada PR

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Melaka melakukan perubahan segera dengan mengambil inisiatif menjadi ahli sama ada KEADILAN, PAS atau DAP seterusnya menyokong Pakatan Rakyat agar perubahan landskap politik negara yang baru dapat diwujudkan.

Ini kerana tanpa sebarang perubahan yang jelas rakyat akan terus dihimpit dengan masalah kritikal seperti kemiskinan, ketidakadilan ekonomi, penyelewengan dan rasuah yang dibawa oleh Umno-Barisan Nasional selama mereka pentadbir Malaysia sejak 52 tahun.

Malah Anwar dan para pemimpin Pakatan Rakyat menguatkan iltizam perjuangan dan tidak gentar menghadapi jentera Umno-BN kerana yakin negara perlukan perubahan secara total.

Bagi membawa perubahan ini, rakyat perlu bangkit dengan memberi sokongan dan bantuan kepada Pakatan Rakyat bagi merealisasi harapan dan aspirasi baru bagi Malaysia.

"Kita nak bawa perubahan, siapa yang nak tentukan? Jawapannya rakyat. Apa yang saya minta agar anda semua menjadi ahli dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat.

"Jangan cakap sahaja, lakukan perubahan sekarang. Jika tidak boleh bagi RM10 bagi RM5, jika tak boleh RM5 bagi RM1, jika tak bantu bagaimana mahu lakukan perubahan?" kata beliau ketika berucap kepada lebih 7,000 rakyat di Pulau Gadong, Klebang Melaka Jumaat lalu.

Sebelum itu, beliau sempat meluangkan masa memberi ceramah ringkas di Markas PAS di kilometer 16, Serkam Pulai.

Sementara itu, Anwar turut menyatakan keyakinannya bahawa Umno-BN akan musnah apabila melihat sokongan masyarakat Melayu di negeri-negeri yang masih dikuasai mereka kian luntur dan merosot.

Jelas Ketua Pembangkang itu walaupun KEADILAN disibukkan dengan isu lompat parti oleh beberapa Ahli Parlimen parti itu namun beliau tetap yakin dan berpegang teguh bahawa masa depan cerah negara adalah bersama Pakatan Rakyat.

"Lepas dua tiga orang lompat, mai puluh ribu datang kepada kita. Saya yakin untuk melawan Umno-BN" katanya lagi.

Tambah beliau lagi, kini semakin jelas pengundi-pengundi Melayu di beberapa daerah di bawah Umno-BN sudah beralih arah untuk menyokong Pakatan Rakyat.

"Selama ini Umno-BN cukup gah mengatakan pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu dikuasai mereka. Namun sebaliknya berlaku apabila menerusi ceramah di kawasan kubu kuat Umno-BN seperti di Pokok Sena, Jeniang, Jerantut, Segambut kita lihat sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat." kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Ujar beliau lagi, pengundi Melayu kini bukan mudah untuk diperbodohkan dan hanya menerima segala akses maklumat yang dilaporkan oleh media milik Umno-BN.

Mereka kini lebih terdedah dengan maklumat yang luas dan sahih dan bukan hanya membaca akhbar Utusan Malaysia semata-mata.

Malah melalui KEADILAN, gerakan secara berterusan dilakukan melalui Angkatan Muda KEADILAN, Wanita KEADILAN yang giat dan aktif turun padang untuk memberikan maklumat semasa dan menyedarkan pengundi Melayu khususnya.

"Jangan ingat orang Melayu hanya baca Utusan semata-mata? Anak-anak mereka ada di Kuala Lumpur, mereka boleh dapatkan maklumat yang lebih luas bukan macam dulu." katanya lagi.

Tian Chua Tetap Bersama KEADILAN

Tian Chua, penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sejak zaman Reformasi lagi, mengulangi ikrar taat setia beliau kepada parti di tengah-tengah desas desus lebih ramai ahli parlimen akan keluar dari parti itu.

"Saya tetap bersama KEADILAN dan menyokong kepimpinan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata beliau, yang juga Pengarah Strategik KEADILAN kepada Free Malaysia Today ketika dihubungi hari ini.

Ahli Parlimen Batu itu yang masih menganggap Anwar sebagai mentornya berkata, kesemua 27 ahli parlimen KEADILAN akan mengulangi ikrar taat setia mereka dalam sedikit masa lagi.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Kuantan dan juga Pengarah Pilihan Raya, Fuziah Sallah sedang mengatur satu perjumpaan di mana ke semua ahli parlimen dari parti itu akan melafazkan ikrar taat setia mereka kepada parti.

Mengenai laporan Utusan Malaysia yang membuat spekulasi tentang kemungkinan beliau akan keluar parti, beliau menyifatkannya sebagai karut dan hanya layak dibakul-sampahkan sahaja kerana "saya tidak mengiktiraf akhbar Utusan."

Semalam, akhbar yang menjadi kuda tunggangan Umno itu memetik laporan sebuah laman blog yang mendakwa menerima maklumat bahawa beliau bakal menjadi wakil rakyat bebas.

Ditanya adakah benar beliau ‘berlaga angin’ dengan Chua Jui Meng, seperti mana yang dilaporkan, Tian menyatakan beliau tidak ada sebarang perselisihan dengan sesiapa pun dalam parti.

Beliau menyifatkan laporan Utusan itu sebagai fitnah semata-mata dalam usaha Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan perpaduan dalam KEADILAN.

Umno Kelantan tentang tuntut royalti kerana politik

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 7 Mac: Kekalutan yang dibawa oleh pimpinan Umno dalam isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan bukannya berasaskan undang-undang tetapi hakikatnya ialah hanya berkepentingan politik semata-mata.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatakuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Minyak, Datuk Husam Musa di majlis penutupan Diskusi Semasa Royalti Petroleum Dari Perspektif Undang-Undang yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Muslimat Legal Team dan gabungan NGO, di sini semalam.

“Hari ini saya ingin mencabar Datuk Pa (Mustapa Mohamed) agar melakukan sumpah dalam menafikan hakikat sebenar beliau menentang tuntutan royalti ini adalah berkepentingan politik semata-mata,” katanya.

Di Kelantan, penolakan oleh Umno negeri diketuai oleh pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin sedangkan pada masa yang sama tokoh veteran Umno dan juga mantan Pengerusi Petronas,Tengku Razaleigh Hamzah bersama beberapa tokoh yang terlibat dalam sejarah awal Petronas berpihak kepada tuntutan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.

Diskusi semasa tersebut disertai oleh pensyarah undang-undang UIAM, Dr Shamrahayu Ab Aziz dengan kertas kerjanya ‘Hak-Hak Kerajaan Negeri dalam Persekutuan, Jaminan dan Pelanggaran/Hasil Mahsul Negeri’ dan mantan Exco Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong yang membentangkan kertas ‘Undang-undang Petroleum di Malaysia dan Hak-hak Yang Dijamin Oleh Undang-undang Antarabangsa’.

Tol; Malaysia dan Indonesia...

Oleh al_madd87

"plusAssalamualaikum...

Mari kita bandingkan harga tol antara Malaysia dan Indonesia. Saya akan membuat perbandingan harga dengan jarak yang hampir sama dan jenis kenderaan yang sama. Dalam kes ini saya mengambil jenis kenderaan golongan 1(contoh:kereta wira dengan enjin 1.6L)

Oleh itu laluan yang saya pilih adalah

Malaysia:Sungai Petani (Selatan) ke Bukit Kayu Hitam

Indonesia:Jakarta IC ke Cikampek

Sebelum itu kita lihat dulu lokasi keempat-empat tempat ini...

1.Sungai Petani ( Selatan) ke Bukit Kayu Hitam (74km)

2. Jakarta ke Cikampek (72km) Sumber:klik di sini

Sekarang mari pula kita lihat perbandingan harga antara dua perjalanan ini..

Saya menggunakan web http://www.xe.com/ucc/ untuk membuat perbandingan matawang kedua negara..

1.Sungai Petani (Selatan) ke Bukit Kayu Hitam: Rm 15.30 (Rp 42 000) Sumber:klik disini

2.Jakarta ke Cikampek Rp 11500 (Rm 4.00) Sumber:klik di sini

Secara matematik mudahnya perbandingan harga jarak 70km Malaysia dan Indonesia adalah Rm15.30 dan RM 4.

15.30/4= 3.825

Jadi harga tol di negara kita 3.825 kali ganda lebih mahal dari Indonesia...

Saya sertakan tulisan sahabat saya tentang harga tol di Malaysia.Untuk rujukan kita bersama..

ToL Kita AnTaRa YanGTeRMuRaH DiDuNia!!

Sebagai rakyat Malaysia apakah perasan kita setelah membaca tulisan ini?Gembira?Terharu?Sedih?Malu?...

Saya menulis di http://www.afe87.blogspot.com/

1) Husam Cabar Mustapa Bersumpah. 2) TGNA Telah Dibenarkan Pulang

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menolak dakwaan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang terus mempertahankan pendirian hanya wang ihsan menjadi hak Kelantan berasaskan undang-undang, sambil mencabar beliau agar bersumpah.

Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husein merupakan dua pemimpin Umno yang begitu menonjol dalam isu royalti apabila terus-menerus menjadi sasaran serangan pemimpin kerajaan negeri ekoran dikatakan penghalang kepada bayaran royalti

Mustapa dan Awang Adek adalah anak kelahiran Kelantan.

“Jika benar apa yang dipertahankan mereka itu berasaskan undang-undang, dan sama-sekali tidak berniat menafikan hak rakyat, dan tidak juga kerana kepentingan politik, saya cabar Datuk Pa (Mustapa) bersumpah dengan nama Allah.

“Semua rakyat barangkali merasai wajar kalau sumpah itu dibuat memandangkan royalti itu adalah milik sejuta lebih rakyat Kelantan.

“Sekurang-kurangnya sejuta lebih rakyat Kelantan itu hendak lihat sendiri kebenaran menteri berkenaan,” kata beliau pada majlis Penutupan Diskusi Semasa Royalti Petroleum Dari Perspektif Undang-undang.

Diskusi anjuran Urusetia Kerajaan Negeri dengan kerjasama Muslimat Legal Team dan gabungan badan NGO itu diadakan di dewan Balai Islam Lundang dekat sini.

Akhir bulan lalu satu taklimat hampir sama berhubung isu berkenaan disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas kepada exco kerajaan negeri.

Awal minggu ini Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan usul untuk membawa pertikaian itu ke mahkamah.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadhli Ashaari memaklumkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun dibenar pulang hari ini selepas dimasukkan ke hospital dua hari lepas.

Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM) selepas mengadu sakit dada Rabu lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111