" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, May 9, 2010

Zaid sedia menghadap

Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim bersedia menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah bagi memperjelaskan maksud sebenar kenyataan yang dibuat di laman blognya jika baginda berkenan menerimanya menghadap.

Menurutnya, beliau sentiasa taat dan hormat kepada pemimpin tertinggi, termasuk Sultan Selangor dan tidak pernah terlintas langsung untuk menghina sesiapa.

"Saya sekadar membuat tafsiran mengenai undang-undang negara. Saya bukan mencabar sesiapa, tetapi sekadar mahu mendapatkan kesahihan undang-undang serta penjelasan mengenainya,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, semalam.

Baru-baru ini, Zaid yang juga Ketua Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), melalui kenyataan terbuka di laman blognya berkata, titah Sultan Selangor agar masjid dan surau tidak digunakan sebagai gelanggang politik hanya sebagai pandangan peribadi baginda dan bukannya arahan.

Kenyataan itu menimbulkan tidak puas hati beberapa pihak, termasuk Pengerusi Majlis Agama Islam (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Mohamad Adzib berkata, pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang ingkar dan mempertikaikan perintah Sultan Selangor.



Susulan kenyataan Zaid itu, UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin, membuat laporan polis supaya menyiasat sama ada ia dianggap menghina atau berbaur hasutan.

Seramai 30 ahli Pemuda UMNO dan Selangor serta Perkasa mengadakan perhimpunan aman di hadapan Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, sebagai protes terhadap kenyataan Zaid itu.

Zaid menjelaskan, beliau menulis artikel itu bahawa kuasa Sultan dalam membuat arahan dan perintah tentang hal-hal agama Islam mesti tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Majlis Agama Islam sesebuah negeri.:

“Keputusan tersebut perlu diwartakan sebelum ia dikuatkuasakan sebagai undang-undang negeri yang sah,” katanya.

Zaid berkata, Mohamad Adzib memberitahu dalam surat kepadanya bahawa menjadi kesalahan jika sesiapa mengingkari dan mempertikaikan arahan dan perintah Sultan Selangor merujuk Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

“Saya faham mengenai perkara itu (Seksyen 12 Enakmen), namun sebagai peguam saya tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah itu adalah kuasa mutlak yang tidak perlu dirujuk kepada DUN.

“Jika kuasa membuat perintah dan arahan dalam hal agama Islam itu boleh dibuat Raja-Raja Melayu, tanpa merujuk DUN dan berkuat kuasa sebagai undang-undang serta-merta tanpa diwartakan, maka ia bererti kita kembali ke zaman khalifah dulu,” katanya.:

Beliau tidak bertujuan menghina dan mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu dan menyifatkan itu adalah tuduhan pihak tertentu.

Kenyataan Azhar Ibrahim ancam keharmonian

Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok mengecam hujah berunsur hasutan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Azhar Ibrahim yang berbunyi "tragedi 13 Mei akan berulang", sebagai api permusuhan kaum.

Loh Seng Kok berkata, kenyataan sedemikian akan memusnahkan sehabis-habisnya perpaduan dan keharmonian masyarakat yang dibina bersama semua kaum sepanjang 40 tahun yang lalu, malah menjejaskan konsep 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri

Kenyataan tersebut seolah-olah memberi peringatan kepada bangsa Melayu, supaya melihat tragedi 13 Mei sebagai satu pengajaran. Ia adalah kenyataan yang menyinggung orang Malaysia. Pada masa yang sama, ia adalah satu pengaiban terhadap orang Melayu, kerana menyifatkan orang Melayu sebagai bangsa yang ganas.

Loh Seng Kok berkata, seseorang wakil rakyat harus sentiasa mengingati bahawa dirinya tidak boleh menyalahgunakan kebebasan bersuara, walaupun kenyataan dalam dewan perundangan kebal daripada dakwaan.

Selain itu, seruan Azhar Ibrahimagar tentera membantu dalam menjaga keamanan mengandungi unsur ugutan. Pada masa yang sama, kemampuan Polis Di-Raja Malaysia diperlekehkan. Ini kerana negara kita bukan berada dalam keadaan darurat. Meminta agar tentera membantu untuk mengawal keselamatan mungkin mencungkil ketakutan rakyat Malaysia seolah-olah kita berada dalam zaman peperangan.

Apa yang lebih penting, keterlanjuran Azhar Ibrahim mungkin menakutkan pelabur syarikat multinasional yang bertapak di Pulau Pinang, menyebabkan pelabur asing menarik diri dari Malaysia.

Setelah 53 tahun merdeka, apa yang mengecewakan adalah kenyataan menghasut ini masih menyelubungi tempat yang suci ini. Sungguhpun kita mengalu-alu kritikan yang membina, tetapi bukan kenyataan menghasut.

Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus mengawal kenyatan dirinya supaya tidak terlebih kritik terhadap polis sebelum hasil siasatan keluar. Ini akan menjurus kepada kritikan yang berat sebelah dan tidak adil untuk polis.

*Kenyataan media oleh Loh Seng Kok, selaku Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA. Diterjemah dari kenyataan bahasa Cinanya.

Lesen Judi, SUkan Dan Wardah

Oleh Nobisha

Gila!

Itu respon spontan saya apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Hussein yang berkata kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan (baca: lesen judi) sukan untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini. Katanya sudah ada syarikat yang mengemukakan permohonan itu

Alasan yang diberikan ada dua. Pertama, untuk mengelakkan judi haram. Kedua, kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan sukan di negara ini.

Saya seperti tidak percaya membaca itulah alasan yang diberikan oleh Awang Adek. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali berdiskusi dengan beliau dan saya dapati Awang Adek adalah seorang pemimpin politik yang mempunyai idea bernas dan berfikiran terbuka. Dalam hal ini, saya lihat dia terbuka, tetapi idea itu tidak bernas!

Alasan melesenkan sesuatu yang diharamkan oleh Islam supaya ia mudah dikawal ialah alasan karut. Ia menunjukkan betapa lemahnya kerajaan sehingga tidak mampu mengawal sesuatu yang haram. Kalau itulah logiknya, maka saya sarankan kerajaan menimbangkan juga cadangan mengadakan “Wardah” – “warung dadah” (sama seperti “wartel”) agar pengambilannya dapat dikawal seperti Awang Adek ingin mengawal judi bola sepak!


Hujah mengenai pendapatan tambahan negara juga saya fikir cetek. Adakah kerajaan tidak berasa bersalah menambah dana negara dan membangunkan sukan melalui pendapatan haram?

Saya fikir cukuplah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Marilah kita bersama-sama membersihkan apa yang dilakukan dan tak perlulah menimbangkan idea-idea karut sebegini. Sepatutnya, awal-awal lagi kerajaan menolak permohonan lesen judi itu.

Kenyataan Awang Adek mengingatkan saya kepada pendapat Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan yang mengatakan keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor menunjukkan orang Melayu dan rakyat umumnya kembali memberikan sokongan kepada kerajaan.

Sekiranya kita menerima hujah Ahmad Maslan, maka kita harus bertanya adakah ini cara kerajaan membalas sokongan pengundi Islam yang menyokong Barisan Nasional?

Atau, adakah pemimpin kerajaan sudah mula leka dan merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan pengundi Islam akan terus memberikan sokongan?

Ah, begitulah naifnya cara sesetengah kita berfikir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111