" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, June 13, 2010

Si Hitam Di Celah Yang Putih

Ayat Manzurah adalah lansung dari Allah.

Di Hari Perhimpunan, ada yang dipakaikan Allah dengan warna hitam dicelah-celah warna putih.

Ada yang faham ada yang tidak. Bagi yang dikurniakan Allah kelebihan ilmu memperhati dan membaca ayat-ayat manzurahNya, berkilas ikan di air dapat diketahui jantan betinanya. Mukmin sebenar tidak boleh ditipu kerana tidak ada sesuatu pun kejadian Tuhan itu sia-sia.

Rabbana ma khalaqta hadza bathilan subhanaka faqina, azaban-nar. YaTuhan kami, tidaklah Engkau mencipta kan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


Contoh ayat-ayat Manzurah yang lain



Misteri Sungai Furat di Iraq

Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu bergunung ganang dan kering kontang. Dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya, hasil buminya tak pernah berdikit. Tetapi rakyatnya tidak pernah aman dari persengketaan kaum juga dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya perpecahan dan perbalahan tidak pernah bersatu.

Pun begitu, negara ini ditakdirkan telah mempunyai pemimpin yang cukup keras penentangannya terhadap kuasa-kuasa kafiaq Amerika dan Israel. Negara Kafiaq itu tidak menyenangi dasar luar Iraq ini lalu mereka mengambil kesempatan menyerang dan menaklukki negara Iraq atas alasan negara ini disifatkan sebagai negera 'pengganas'. Lalu Saddam dihukum bunuh oleh kafiaq dan konco2nya, sehingga kini negara itu tidak pernah aman dari persengketaan.

Mereka, kafiaq ini memang ada niat yang 'besar' disebalik penaklukan negara Iraq. Mereka melakukan peperangan ini sebenarnya ingin merebut kekayaan yang ada di negara Iraq.


Mari sama-sama kita hayati terjemahan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

"Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".

(H.R. Bukhari Muslim)


Di mana sebenarnya terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah sekarang ia sudah surut airnya? Apakah terjemahan hadis ini juga telah diketahui oleh Kafiaq Amerika menakluki Iraq sebagai persediaan untuk menunggu Sungai Furat itu menjadi kering bagi mendapatkan perbendaharan Emas itu?

Sesiapa yang belum biasa mendengar Sungai Furat (Sungai Euphrates), saya bantu anda melayari Google Map' di bawah untuk menuju ke sana. Jom ikut saya..



View Larger Map


Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana masuk golongan manusia seperti mereka itu. Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.

Inilah istimewanya Sungai Furat atau Sungai Euphrates. Sebagai peringatan kepada diri ini. Wallahu'alam.


Maklumat Tambahan Berkaitan Sungai Furat

Sungai ini merentangi 3 negara Iraq, Syria dan Turki. Panjang keseluruhan sungai ini adalah kira-kira 2,289km (1,422 batu). Peta di bawah melakari kepanjangan sungai ini.


Pemandangan di sekitar sungai ini sebahagiannya boleh disaksikan beberapa foto di bawah.


Anda lihatlah dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga ke muaranya di negera Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Persoalannya di mana letaknya 'perbendaharaan emas' yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Bagaimanapun, kita tidak perlu mencari harta itu kerana ia telah di LARANG oleh Pemimpin Besar kita.

Muktamar Berakhir Dengan 6 Usul

Para perwakilan hari ini meluluskan enam usul pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini.

Enam usul berkenaan ialah pindaan perlembagaan; usul kedaulatan negara; usul memansuhkan judi sukan; usul pemerkasaan parti; usul Palestin dan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Jawatankuasa Kerja PAS pusat membentangkan dua usul iaitu usul pindaan perlembagaan dan usul kedaulatan negara, Pemuda PAS pusat (usul memansulkan judi sukan), dewan muslimat PAS (usul Palestin), PAS kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam (usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13).


Usul jawatankuasa PAS Pusat ialah:

* Memansuhkan fasa 43 (5) iaitu bayaran RM5 untuk mendaftar sebagai ahli dewan.
* Mengutuk tindakan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN yang menyerahkan blok L dan M kepada kerajaan Brunei yang mengandungi nilai minyak RM320 bilion.
* Mengecam tindakan yang merugikan rakyat dan negara yang memberi hak milik tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodland kepada Singapura.
* Mendesak perkara penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus oleh seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.
* Mendesak kerajaan memutuskan dengan segera kontrak dengan Apco demi keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh Israel.

Usul dewan Pemuda PAS pula ialah:

* Mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.
* Mendesak PAS memobilasi semua rakyat turun ke himpunan 100,000 mansuhkan judi bola pada 3 Julai depan. Usul dewan Ulamak ialah:
* Memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Usul dewan Muslimat PAS pusat:

* Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera Israel yang melakukan serangan ganas ke atas misi kemanusiaan Gaza.
* Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan keadilan yang telah diceroboh oleh Israel dengan siap siaga membantu mereka dari semua pihak termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.
* Menetapkan PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza mensasarkan misi 1,000 armada bantuan pada satu-satu masa.
* Mendesak kerajaan melaksanakan ketetapan usul yang yang dibentangkan di parlimen pada 7 Jun yang berkaitan isu keganasan Israel.
* Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas sebagai kerajaan dan wakil yang sah.
* Menggesa rakyat memboikot barangan Israel sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara Israel.

Usul PAS Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam:

PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik dengan membongkar kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman.

PAS melalui jabatan pilihanraya PAS pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu.

PAS pusat mencadangkan kepada majlis pimpinan Pakatan Rakyat bagi mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekaligus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi.

Judi sukan : Sama saja mulut dan punggong pemimpin Umno

Oleh Afrar Yunus

Sekarang ini musim cuti sekolah. Banyak kenduri diadakan. Banyak pula cerita-cerita politik boleh kedengaran di majlis-majlis tersebut.

Berpeluang ke kawasan parlimen Kubang Pasu kelmarin. Ramai yang bercerita tentang pro dan kontra kenapa Najib Tun Razak Perdana Menteri kesayangan Tun Mahathir Mohamed begitu beria-ia mahu judi sukan dihalalkan.

Ada yang memberitahu, Pengerusi Berjaya Group Vincent Tan mendakwa lesen tersebut telahpun diluluskan kepadanya melalui pegangan di syarikatnya Ascot Sports Sdn Bhd.

Namun sejak adanya bantahan seluruh negara, Menteri Kewangan pertama Malaysia menafikan telah mengeluarkan lesen sedemikian kepada Vincent.

Sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri Malaysia pula tidak terlepas dalam perbincangan tersebut.

Seorang daripada mereka bertanya, adakah seorang menteri tidak tahu bagaimana Jabatan Imigresen boleh memadamkan rekod kemasukan Altantunya ke Malaysia. Tentu ada puaka disebalik arahan ini kata mereka.

Penyokong kuat Johari Baharom pula menyampok, "anak Mahathir masih menjadi ahli lembaga pengarah syarikat arak terbesar di Filipina itu lagikah ?"

Salah seorang dari bekas G7 Kubang Pasu mencelah, "pemimpin Umno sekarang bukan macam dulu. Pungkok depa pun boleh bercakap. Sama naik dengan mulut depa".

Saya terkejut bila ramai ahli Umno sudah boleh bercakap seperti mereka yang berminda kelas pertama. Mungkin fikiran sudah terbuka, boleh mendengar pandangan orang lain, banyak membaca, anak-anak balik bercerita, sudah dipatuk ular berkali-kali dalam lubang yang sama dan seumpamanya.

Atau adakah setelah meminta sesuatu, tidak dapat dan mulalah berbunyi.

Biar apa pun. Bercakap sahaja tidak memberikan faedah. Bangun dan buang mereka. Itu baru jantan namanya pak cik !

Demonstrasi Judi Piala Dunia: Pakai Jersi Tanda Protes

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai depan bakal tampil kelainan apabila orang ramai yang terlibat digesa memakai jersi pasukan bola sepak sebagai simbolik bantahan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan memakai jersi bola sepak sama ada pasukan tempatan ataupunantarabangsa perlu dipandang serius bagi menggambar perubahan gerakanbantahan rakyat yang sangat serius.

"Saya nak minta kepada peserta supaya datang dengan memakai jersi, tak kira jersi apa... ikut negeri masing-masing pun boleh, kalau datang dari Kelantan boleh pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai warna hijau kuning.

"Dan setiap peserta boleh juga bawa bola seorang sebiji, inilah simbolik kepada demonstrasi menentang judi bola sepak... kita nak sampaikan mesej bahawa bola tak mengapa, tapi judi tak boleh," katanyaketika menggulung ucapan perbahasan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Demonstrasi bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi itu akan diadakan di Masjid Negara dan seterusnya berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap demonstrasi berkenaan disertai oleh seramai mungkin rakyat di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan berkenaan.

"Walaubagaimanapun yang penting anda semua datang, jangan takut kepada pihak polis... semangat anda semua itu lebih penting," katanya.

Selepas Greece, Cina Akan Menyusul Dan Seterusnya Ekonomi Dunia Runtuh

Oleh ramziredang

"Ketika kejatuhan euro kepada harga paling rendah selama empat tahun berbanding dolar Amerika, hanya negara Jerman yang boleh dikatakan masih berada dalam kelompong selamat. Sedangkan PIIGS( Portugal, Itali, Ireland, Greece dan Sepanyol di jangka menunggu masa untuk runtuh ke semuanya. Hungary dan Sepanyol hanya beberapa langkah sahaja akan menghampiri seperti Greece, bankrap kerana beban hutang negara yang sentiasa meningkat.

Hutang Sepanyol dikatakan lapan kali lebih besar dari Greece. Rata rata negara yang menghampiri bankrap, jumlah hutang mereka adalah 300 billion. Perlu disebutkan juga di sini, hutang negara Malaysia sepertimana data yang dikeluarkan oleh bank negara adalah hampir 380 billion(Najib kata hanya 240 billion)

Pelabur matawang terkenal, George Soros memberi amaran, krisis kejatuhan euro hanya baru bermula memasuki fasa kedua dan ini sangat 'menakutkan dan mengerikan' terhadap kesan ekonomi dunia. Seolah olah keadaan ini sedang menuju saat keruntuhan ekonomi dunia sepertimana keruntuhan ekonomi dunia pada tahun tahun 1930an. Sepuluh kali lebih parah berbanding kemelesetan tahun 1990an.

Ketika negara negara Eropah memasuki fasa keruntuhan, negara Cina mula memasuki fasa baru. Pakar ekonomi Credit Suisse, Dong Tao menyatakan pembiayaan yang banyak untuk menampung syarikat global yang bertapak di Cina untuk mengekalkan harga murah, akan bakal berakhir.

Kejadian bersiri bunuh diri pekerja Foxconn Teknologi juga akan memberi kesan kepada kenaikan gaji buruh buruh di Cina. Foxconn Teknologi, pengeluar terbesar produk terkenal seperti iPhone Apple dan Dell, bercadang untuk menaikkan kadar upah 800ribu pekerja di Cina. Honda Jepun juga mengumumkan akan menaikkan kadar upah pekerja kilangnya di Cina. Minggu lalu Beijing mengumumkan akan menaikkan kadar upah minimum sebanyak 20 peratus.

Marshall w. Meyer, Pakar tentang negara Cina di University of Pennyslvania menyatakan kenaikan upah ini akan mengubah demografi Cina dan dengan sendirinya akan mengurangkan penggunaan buruh.

Pietra Rivoli, pakar bisnes antarabangsa di Georgetown University pula meramalkan, kenaikan harga upah di Cina akan menyebabkan keluaran barangan yang bernilai rendah akan berpindah ke vietnam atau bangladesh.

Ini dengan sendirinya akan membawa Cina ke jurang krisis ekonomi yang baru.

Sebenarnya keadaan kepanikan telah berlaku ke atas pakar pakar ekonomi seluruh dunia tentang kemelesetan yang bakal berlaku. Lantaran itu sesiapa sahaja yang faham tentang ekonomi dan nilai matawang, telah mula membeli emas dan menyimpannya mulai sekarang.

Muenze Oesterrich AG, The Austrian mint, pengeluar syilling emas di Eropah dan Jepun mengumum kadar kenaikan jualan yang tinggi bermula beberapa minggu lalu.

Kadar pembelian emas juga meningkat di Amerika. Menunjukkan kadar keyakinan terhadap kekukuhan dolar Amerika mula menurun. Sungguhpun pada saat ini dolar sedang meningkat tinggi seiring harga emas, namun ianya masih belum mampu menyakinkan pakar ekonomi. Mereka menganggap kenaikan dolar hanya bersifat sementara dan palsu, kenaikan yang hanya bersandarkan kepada ucapan janji politik presiden US semata mata.

Bimbang dengan kadar pembelian emas yang meningkat secara mendadak ini menyebabkan Amerika terpaksa mengumumkan 'Roosevelt scheme'. Di dorong oleh bank bank Wall Street, US cuba melakukan skim roosevelt, cuba untuk melarang pemilikan emas dalam skala besar, menghentikan perdagangan jualan logam emas.

Sedangkan pada masa yang sama Israel mula menyimpan bekalan emas yang banyak, bagi menghadapi saat kejatuhan nilai matawang dan ekonomi dunia yang meleset.

Nyatalah idea PAS mencadangkan penggunaan dinar emas adalah satu langkah yang baik dalam memelihara kestabilan ekonomi dunia. Kempen menggunakan dinar emas ini juga pernah dicadangkan oleh Mahathir dalam forum forum ekonomi dunia tetapi ditolak secara total oleh mereka yang memang tahu hanya emas penyelamat ekonomi dunia.

Mereka ingin melihat negara negara lain hancur tetapi pada masa yang sama mereka selamat dan dapat menguasai dunia dengan rizab emas yang banyak dan sumber kekayaan yang tak akan berkurang, malah makin meningkat nilainya.

Pada saat mereka menolak cadangan menggunakan dinar emas, negara mereka menyimpan emas dengan banyaknya. Itulah Israel.

Boikot Israel Dari Akar Umbi, Batal Permit Kapal Dagang

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

KAPAL kargo milik Israel yang dibenarkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang bagi tujuan perdagangan telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak berikutan kekejaman rejim Zionis itu terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Perkara mengenai kapal-kapal itu didedahkan baru-baru ini, malah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Keadaan itu mengimbas kembali peristiwa kapal-kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan binaan telah ditawan oleh tentera Israel.

Pertama, serangan terhadap kapal milik Turki, Mavi Marmara yang mengorbankan banyak nyawa.

Kedua, Kapal MV Rachel Corrie yang menyertai konvoi yang sama turut ditawan tentera Israel.

Kedua-dua kapal itu membawa sukarelawan dari beberapa negara dunia termasuk 12 sukarelawan Malaysia (Mavi Marmara) dan enam sukarelawan (Rachel Corrie).

Tragedi serangan itu disifatkan sebagai tindakan sengaja tentera Israel bagi menggagalkan misi bantuan kemanusian untuk rakyat Palestin di Gaza.

Rentetan kejadian tragik itu, banyak pihak termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan supaya membatalkan segera permit yang membenarkan kapal kargo milik Israel untuk memasuki pelabuhan di negara ini.

Desakan itu bertujuan untuk menyekat sebarang bentuk hubungan dagangan dengan rejim Tel Aviv ekoran kekejaman yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta misi bantuan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Israel turut memboikot

Tidakkah kita terfikir bahawa pihak Israel sendiri ‘memboikot’ kunjungan kita bersama sukarelawan daripada beberapa negara dunia yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza?

Sekatan yang berlaku di kawasan perairan antarabangsa itu dikecam hebat oleh tentera rejim zionis itu yang kononnya konvoi misi bantuan kemanusiaan itu mahu belayar ke Israel.

Malah, sukarelawan Malaysia dianggap Israel sebagai melakukan satu konspirasi lantaran Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Sikap tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan kemarahan seluruh dunia.

Ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membentangkan usul yang mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan tentera rejim Israel berkenaan.

Persidangan di Dewan Rakyat, Parlimen itu telah sebulat suara meluluskan usul tersebut.

Usul yang mempunyai 15 ketetapan itu antaranya menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Apa yang disuarakan rakyat Malaysia sebenarnya merupakan satu bentuk sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin yang terus-menerus dizalimi rejim zionis.

Pemerhati politik, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan perlu telus mempertimbangkan cadangan untuk membatalkan segera permit yang membenarkan kapal kargo milik Israel untuk memasuki pelabuhan di negara ini.

"Mereka (kerajaan) perlu memastikan sama ada kapal-kapal daripada Israel itu benar-benar mempunyai kaitan dengan regim zionis itu.

"Bukan semua Yahudi itu menyokong atau bersekongkol dengan Israel, malah mengecam kezaliman yang dilakukan terhadap Palestin," katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kerajaan mungkin dilema kerana sukar untuk membuat keputusan berikutan sekatan perdagangan dengan Israel itu bakal mencampur-adukkan antara ekonomi dan politik negara.

"Apapun yang diharapkan kepada kerajaan supaya menyelaraskan cadangan yang disuarakan itu dengan usul khas yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis itu," ujar Abdul Aziz.

Sekadar ‘serangan mesra’

Perdana Menteri sebelum ini pernah berkata, pengguna mempunyai hak sama ada mahu memboikot barangan utama Amerika Syarikat sebagai tanda protes terhadap negara itu yang menyokong sekutunya Israel.

Kita mempunyai pilihan untuk memboikot, maka kita juga mempunyai pilihan untuk memikirkan apa cara sekalipun bagi memastikan usaha memboikot Israel sehingga ke peringkat akar umbi.

Halangan perdagangan dengan Israel itu sebenarnya bersifat ‘serangan mesra’ kerana tiada sebarang senjata yang diperlukan atau menjadikan nyawa sebagai taruhan.

Namun, tindakan ini masih tegas dalam menyuarakan amaran kepada Israel supaya menghentikan penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Tindakan itu adalah wajar bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman jika dibandingkan dengan kezaliman Israel sehingga mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa.

Ini sebenarnya memberi tekanan kepada Israel yang ketika ini seluruh dunia mengutuk sekeras-sekerasnya terhadap kekejaman rejim zionis itu.

Kita tidak mahu dikatakan sebagai ‘talam dua muka’ apabila berusaha untuk membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel.

Namun, pada masa yang sama kita memberi peluang kepada pihak Israel memasuki Malaysia menerusi hubungan perdagangan.

Membakar bendera Israel dan patung pemimpinnya, Benjamin Netanyahu mungkin sekadar penunjuk perasaan marah rakyat dunia terhadap kekejaman itu.

Sekatan terhadap hubungan perdagangan itu sebenarnya memperlihatkan bantahan lebih jelas dalam menambahkan tekanan kepada Israel supaya menghentikan kezaliman.

Bagaimanapun, apa saja tindakan atau desakan yang dilakukan sebagai memberi amaran Israel terhadap kekejaman rejim zionis itu, ia perlu diteliti sewajarnya.

Kajian yang menyeluruh perlu dipertimbangkan mengenai kesannya terhadap negara terutama ekonomi, politik dan keamanan.

Ini kerana serangan yang dilakukan terhadap Palestin termasuk kapal konvoi flotila sudah cukup membuktikan rejim Yahudi sanggup melakukan apa saja demi kepuasan dan kepentingan mereka.

Siapa kata orang Melayu lari dari PAS?

Oleh Hamba Allah

Aku cukup setuju dengan perwakilan Shah Alam, Khalid Samad. Siapa kata orang melayu beralih dari sokong PAS.

Memang sebenarnya orang melayu tak pernah sokong PAS. Pasainya selama ini yang sokong PAS adalah orang Islam yang nakkan kepada Islam. Realitinya, kata YB Khaild Samad, sokongan orang melayu kepada PAS meningkat hampir 300% dari orang melayu.

Memang sebenarnya pun sokongan orang melayu kepada PAS sebelum ni pun tak banyak mana. Yang pernah dapat banyak pun mungkin lebih sikit masa PRU tahun 99, tapi tu pun diragui sebagai sokongan padu kepada PAS.

Realitinya, PRU sebelum-sebellum ni, PAS biasa sangat kalau hilang wang pertaruhan terutama sekali di sebelah negeri Johor.

Ramai yang kata orang melayu lari dari PAs sebenarnya cuma persepsi yang timbul bila sokongan orang bukan Islam kepada PAS tiba-tiba meningkat dengan cukup mendadak sampai PAS berjaya menubuhkan Dean Himpunan Penyokong Pas yang dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS.

Persepsi tu nampak lagi jelas bila keadaan di Perak dan Penang dijadikan contoh. Di Perak PAS cuma berjaya menang 6 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Yang lainnya calon PAS kalah kepada calon Umno BN. Di Penang pulak calon PAS kalah di semua kerusi kecuali kerusi Dun Permatang Pasir.

Walau apa pun. Pas memang amat-amat memerlukan peningkatan sokongan orang melayu untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan Dun. Sebabnya memang kebanyakkan kerusi yang calon Pas bertanding adalah kerusi majoriti melayu. Bukan takat majoriti tapi peratus pengundi melayu melebihi 70%.

Kalau kerusi tu 80% pengundi melayu, maknanya PAS kena dapat sokongan hampir 50% untuk mejamin kemenangan calon Pas.

Jadinya, aku sangat mengharapkan semua pihak dalam Pas meningkatkan lagi gerakerja untuk menarik sokongan orang Melayu. Tambah-tambah lagi aku mengharapkan Dewan Ulama' memulakan geerakerja berperancangan untuk pastikan sokongan orang Melayu Islam beralih dari menyokong Umno BN kepada menyokong PAS Pakatan Rakyat.

Bukan maksud aku Dewan Ulama' tak buat apa-apa tapi aku cuma nak bagitau aku tak nampak apa yang Dewan Ulama' buat selama ni. Dan aku rasa tak salah kalau kita letakkan tanggungjawab yang paling utama kepada Dewan Ulama' untuk tarik sokongan orang Islam sendiri kepada Pas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111